Amalan

Baru Umur 11 Tahun, Tapi Dah Berhempas Pulas Jaga Adik-beradik. Ini Kemana Ayah Dan Ibu Pergi

Masih ingat lagi tak kita di masa kecil, sewaktu baru berusia 11 tahun? Pada masa itu, kebanyakan daripada kita sedang sibuk belajar dan kalau ada masa lapang, mesti pergi bermain dengan kawan-kawan kan.

Tapi zaman muda yang gembira ini tidak dilalui oleh kanak-kanak perempuan bernama, Nurul Farisha Mohd Ridzuan, 11, yang terpaksa menggalas tanggungjawab ibu bapa dalam menjaga adik-adiknya, lapor Sinar Harian.

Semuanya berlaku selepas ayah dan ibunya dipenjarakan kerana kesal4han pengambilan d4dah lalu dia dan abangnya, Muhammad Faris, 12, terpaksa mengambil alih tugas menjaga keluarga.

Apa yang menarik mengenai Farisha ni, dia kelihatan serba-serbi cekap dan langsung tidak pernah mengeluh dalam menjaga tiga adik di bawahnya iaitu, Muhammad Faisal, 6, Muhammad Fakhrul Rizal, 3, dan Muhammad Faiz Farhan,1.

Sambil menghayun buaian adik bongsu, matanya juga tak lekang memerhati gelagat adik yang lagi dua orang bermain.

Bukan itu saja, Farisha jugalah yang menyediakan makanan buat abang dan adik-adik dengan menggunakan dapur kayu kerana tak ada kemudahan dapur gas. Allahu…

Dan semasa memasak juga, dia kena mendukung adiknya yang bongsu untuk elakkan budak tersebut menangis.

Tinggal bersama datuk nenek, tapi terpaksa buat kerja rumah sebab…

Menurut Farisha, mereka tidak tinggal bersendirian tetapi tinggal bersama datuk dan nenek yang sudah tua dan uzur.

Ketika neneknya keluar menjual minyak urut dari rumah ke rumah dari jam 9 pagi hingga 6 petang, Farisha lah yang akan menguruskan hal dalam rumah.

Di rumah ini kami tinggal bersama datuk dan nenek.

“Tetapi datuk (Fauzi Ismail, 63) sakit asma kronik dan sentiasa tidak sihat, manakala nenek pula (Wan Hasiah Wan Aziz, 56) keluar bekerja bagi menyara kami sekeluarga,” katanya yang tinggal di Kampung Binjal Pulau, Kubang Terap, Pasir Mas.

Tambahnya lagi, setiap hari dia akan memasak nasi, menggoreng ikan dan kadang-kadang masak mi segera untuk abang dan adik-adiknya.

Disebabkan tiada wang, dia terpaksa memberikan adik bongsunya minum susu pekat manis untuk gantikan susu tepung.

Mereka juga kini sudah tidak bersekolah selama dua tahun kerana sebelum ini menetap di Seremban, Negeri Sembilan sebelum berpindah ke Kelantan.

“Kali terakhir kami bersekolah semasa di Seremban, saya tidak pandai menulis dan membaca tetapi abang (Muhammad Faris) boleh.

“Kami sangat teringin untuk bersekolah, tapi hidup kami tidak seperti orang lain,” katanya.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian personaliti TV, Fedtri Yahya di Facebook, anak-anak ini telah mendapat bantuan Ahli Parlimen Pasir Mas.

Beliau berharap semoga adik Farisha dan adik beradiknya yang lain akan dikurniakan ‘ibu’ yang dapat menjaga mereka sebaiknya.

Sumber: Facebook
Sebak admin tengok budak semuda 11 tahun tu dah galas tugas macam-macam. Semoga dipermudahkan urusan hidup adik…

Ujian di dunia ‘jalan’ kita ke syurga

Kadangkala terlintas di fikiran, kenapalah diri kita kerap kali ditimpa ujian. Habis satu perkara, datang pula ujian lain. Sebenarnya, setiap ujian itu mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat.

Ujian adalah jalan bagi memudahkan kita masuk ke syurga Allah kelak. Itulah mentaliti yang perlu ditanam dalam diri setiap orang beriman.

Jangan bersangka buruk terhadap ujian kerana jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat mampu memperoleh pahala atas sifat sabar, syukur dan reda?

Dalam kalangan rasul Ulul Azmi, ujian yang ditimpakan ke atas mereka bagi mengangkat darjat kerana kegigihan, kesab4ran dan keber4nian mereka menanggung pelbagai ujian yang ber4t.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah SWT?” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

Bagi orang beriman, setiap ujian itu mempunyai maksud yang baik di sebaliknya. Buat orang yang melakukan dosa, ujian yang mereka hadapi itu sebenarnya adalah sebahagian cara pengampunan d0sanya.

Bagi orang beriman, ujian yang hadir dalam hidupnya itu untuk meningkatkan lagi darjatnya di sisi Allah SWT.

Hikmah ujian itu menurut golongan muqarrabin ialah Allah SWT melapangkan bagi seseorang supaya dia tidak selalu berasa kesemp.itan manakala Allah menyempitkan sesuatu supaya orang itu tidak terus hanyut dalam keadaan selesa dan Allah melepaskan kedua-duanya supaya orang itu tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *