Infomaklumat

Bntuan Prihatin Sudah Mula Di Bayar. Tapi Ada Yg Belum Masuk. Ini Statvs Byaran Ikut Jenis Bank

PUTRAJAYA: Pembayaran Fasa I B.antuan Pr.ihatin Rakyat (BPR) melibatkan peruntukan berjumlah RM 1.93 b.ilion disalurkan secara berp.eringkat bermula hari ini berbanding jadual asal Mei depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya g.olongan mudah terj.ejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan b.antuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 j.uta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM 300 setiap penerima untuk kategori isi rumah melibatkan seramai 4.4 j.uta penerima dan RM 150 setiap seorang untuk individu bujang, seramai 4.05 j.uta penerima,”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah dilul.uskan sebelum ini.

“Isi rumah dan individu bujang akan menerima bayaran yang terus dikre.ditkan ke akaun bank masing-masing manakala penerima tidak mempunyai akaun bank, boleh menuntut bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Na.sional (BSN), bermula Khamis ini.

“Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank pula akan menerima bayaran di lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran Ba.ntuan Pri.hatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0), bermula 1 Mac sehingga 1 April depan,” katanya.

Pembayaran B.antuan P.rihatin Rakyat (BPR 2021) akan dilaksanakan secara bayaran berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya.

Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa a.gensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan m.aklumat diberikan itu menepati s.yarat kelayakan dikehendaki.

Bayaran BPR akan dikreditkan terus ke akaun penerima bantuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun atau akaun tidak a.ktif, boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Status Bayaran Ikut Bank

” Pada 18 Januari 2021, YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.⠀

” Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.⠀

” Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini.

” Pembayaran Fasa 1 ini telah dipercepatkan daripada bulan Mei kepada penghujung Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian.

” Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.” tulis Zafrul.

Reaksi warganet

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa gembira dengan pengumuman tersebut.

” Alhamdulillah syukur boleh lah beli mask..jangan beli emas pulak.. Takde mask lagi masak oii kena saman”

” Terima kasih kerajaan kerana prihatin nasib rakyat walaupun tak banyak boleh lah buat beli barang dapur..tengah2 pandemik ni memang perlu sgt duit”

” Saya dah banyak duit yb tapi kerajaan bagi saya amik jer hehehe terima kasih abah muhyiddin i love u”

Kredit : MySumber/Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *