Uncategorized

Budak setahun kena k0mpaun dgn pengurusan kondo sebab tak pakai mask, ini rekasi Ismail Sabri

TINDAKAN yang tidak munasabah.

Demikian komen Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu tular seorang kanak-kanak berusia setahun yang dikompaun oleh pengurusan sebuah kondominium di Ampang, Selangor kerana tidak memakai pelitup muka.

Jelas Ismail, pihak pengurusan kondominium itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan tindakan sedemikian.

“Arahan memakai pelitup muka atau sebarang prosedur operasi standard (SOP) berada di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tindakan mengeluarkan kompaun boleh diberikan kepada KKM dan mereka yang diperturunkan kuasa oleh KKM, yang mana setakat hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kuasa itu.

“Setakat ini kita tak bagi kuasa kepada pengurusan kondominium, apartment mahupun pejabat mana-mana untuk ambil tindakan.

“Apa yang dilakukan oleh pengurusan sebuah kondominium itu tak boleh dilakukan, harap mereka tarik balik kompaun RM100 yang diberi kepada kanak-kanak usia setahun itu,” katanya dalam sidang media pada Khamis petang.

Dalam pada itu, Ismail turut mengulas isu empat pelajar berusia 17 tahun yang keluar dalam satu kereta yang pemandunya disaman RM1,000 kerana didakwa melanggar SOP kerana kesemua mereka tinggal berasingan.

Ia sekaligus menimbulkan kekeliruan berhubung isu had penumpang dalam sesebuah kenderaan.

“Tidak pernah disebutkan, mengatakan hanya daripada rumah sama. Jadi bermakna kalau tidak disebut, bermakna tidak timbul isu kena alamat sama dan sebagainya.

“Bebas dari segi penumpangnya, bebas dari rumah berbeza, asalkan ikut kapasiti tempat duduk.

“Daripada rumah berbeza pun boleh, bukan rumah sama,” jelasnya lagi.

Terdahulu Tindakan pihak pengurusan sebuah kondominium menyaman seorang kanak-kanak berusia setahun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam lif mengundang kecaman netizen semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Ampang, Selangor.

“Viral pada malam ini, kes seorang kanak-kanak berumur satu tahun disaman RM100 oleh pihak pengurusan sebuah kondominium di Ampang kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam lif.

“Untuk makluman kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah tidak perlu memakai pelitup muka,” katanya di Facebook semalam.

Turut dipaparkan dalam hantaran tersebut adalah surat saman yang dikeluarkan pihak pengurusan kondominium terbabit yang tertera nilai denda RM100 dan beberapa keping gambar tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai dirakam di dalam lif.

Selain itu, turut dipaparkan pada hantaran itu adalah tangkap layar perbualan ahli keluarga kanak-kanak tersebut dengan pihak pengurusan kondominium.

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan pihak pengurusan kondominium terbabit kerana telah mengambil tindakan tanpa merujuk arahan daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Pada masa sama, mereka mengarahkan pihak pengurusan kondominium terbabit supaya melihat dan membaca semula arahan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan pemakaian pelitup muka untuk kanak-kanak.

Sehingga pukul 11 pagi tadi, hantaran itu telah dikongsi 668 kali dan lebih 1,300 orang pengguna Facebook telah meninggalkan komen.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *