Amalan

Cikgu ini buat ‘live’ sambil tah4n sebak sbb ada cal0n SPM m4ki dia depan muka

Tular sepotong video Tik.Tok seorang guru wanita yang men.ahan kes.edihan selepas dim.aki oleh seorang calon yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Selasa.

Menerusi video terbabit, guru berkenaan menceritakan keke.salan tentang ak.hlak pelajar kini yang be.rani mem.aki ha.mun guru ekoran tidak berp.uas hati apabila tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan 10 minit sebelum tamat kertas ujian.

D.edahnya, pelajar lelaki terbabit dipercayai meninggikan suaranya dengan perkataan bahasa Inggeris ‘what the fck sht’ ekoran b.erang selepas dikejutkan ketika tertidur di dalam dewan peperiksaan sekitar waktu tengah hari.

Bagaimanapun, video Tik.Tok terb.abit telah dipa.damkan dari media sosial guru berkenaan selepas permohonan maaf dibuat dari pihak sekolah.

“Permohonan maaf telah dibuat dari pihak sekolah atas apa yang dilakukan pelajar tadi.

“Anggap macam nilah, saya seorang guru dan seorang manusia saya ada hati dan perasaan. Memang saya dibayar gaji untuk menjadi seorang guru dan ada juga yang cakap terima gaji itu.

“Tapi saya tak dibayar gaji untuk dim.aki, saya melakukan kerja dengan penuh kasih sayang,” katanya yang sudah enam tahun berpengalaman bergelar guru dis.iplin.

Sepanjang tempoh bergelar guru, dia tidak pernah berdepan s.ituasi berkenaan seperti yang berlaku ketika sedang mengawasi peperiksaan SPM baru-baru ini.

“Sepanjang bergelar guru disi.plin, sekali pun saya tak pernah m.aki budak, pelajar sendiri datang dan meng.aku salah mereka.

“Bila hari ini saya dim.aki sedemikian jadi video sebelum ini pun saya turunkan. Tak ada manusia pun yang nak lahir untuk dim.aki, direct into your face. Tak ada siapa pun suka perasaan dim.aki.

“Anggaplah itu cara saya lepaskan perasaan. Tik.tok tempat penceritaan harian saya, minta maaflah kalau ada rasa t.indakan saya tak betul.

“Tapi sebagai manusia, apa saya buat itu perasaan saya yang terkejut dan tert.ekan dan m.arah dim.aki oleh pelajar 18 tahun sebegitu rupa.

VIDEO

“Saya tidak dibayar gaji dan belajar empat tahun sebagai guru sebagai tiket untuk generasi sekarang untuk m.aki saya. Saya ada harga diri, saya ada m.aruah,” tambahnya.

Menerusi tinjauan di Twitter, masih ada sebilangan pengguna yang terk.ilan dengan t.indakan pelajar terb.abit dan bersi.mpati atas na.sib yang men.impa guru berkenaan.

Pada tahun ini sahaja kita sering mendengar isu permasalahan akhlak pelajar yang semakin menjadi-jadi tidak kira di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah sehingga menjadi topik utama akhbar dan berita.

Terdapat banyak kes mengenai pelajar yang menumbuk, menendang, mencalarkan kereta guru dan memeras ugut guru mereka yang memberi teguran jika mereka melakukan kesilapan di dalam kelas dan mendenda mereka apabila mereka tidak menyiapkan kerja rumah.

Oleh itu, disini terdapat beberapa adab yang patut dicontohi oleh semua murid terhadap guru.

Hal ini demikian, kerana guru umpama ibubapa kita yang sentiasa mendidik kita tanpa jemu dan lelah.

#1 – Memberikan Salam Kepada Guru

Lihat pada zaman dahulu murid akan mengelak daripada bertembung dengan guru kerana perasaan takut dan hormat yang terlalu tinggi.

Tetapi lain pula yang berlaku pada hari ini guru pula perlu memberi laluan kepada murid kerana murid hari ini beranggapan urusan bersama guru telah selesai apabila diluar bilik darjah.

Jadi, untuk mengembalikan persekitaran pembelajaran yang mesra dan sentosa, budaya memberi salam kepada guru perlu dibaja dalam diri setiap murid supaya dapat mewujudkan suasana hormat- menghormati antara murid terhadap guru.

Di samping itu, salam juga merupakan antara sunnah yang sering dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W untuk merapatkan hubungan silaturahim.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah S.A.W bersabda:

Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai, dan orang yang muda memberi salam kepada orang yang tua.
Riwayat al Bukhari dan Muslim

#2 – Jangan Banyak Bercakap

Ketika guru sedang mengajar di hadapan, kita sebagai murid perlu mengelakkan bercakap-cakap dengan teman di sebelah.

Hal ini demikian kerana sikap begitu akan menyebabkan kita tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru yang menyebabkan kita tidak dapat memahami perkara yang diterangkan oleh guru.

Tambahan lagi, sikap bercakap ketika guru sedang mengajar di hadapan adalah sangat tidak beradab menurut Islam.

Tetapi, lain pula dengan situasi hari ini yang dapat kita lihat ialah murid semakin mendominasi situasi kelas seolah-olah lebih berkuasa daripada guru.

#3 – Jangan Bercakap Jika Tidak Ditanya

Ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, murid seharusnya bercakap apabila perlu sahaja dan jangan bercakap selagi tidak disoal oleh guru.

Hal ini demikian kerana apabila seorang murid bercakap ketika tidak ditanya ia seperti kita tidak beradab dengan orang yang telah mencurahkan ilmu kepada kita sebagaimana firman Allah S.W.T;

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulul-Amri {orang-orang yang berkuasa} dari kalangan kamu”
Surah An-Nisa’ ayat 59

Perkataan Ulul-Amri di dalam ayat tersebut boleh dinisbahkan kepada guru yang mana darjat mereka juga sangat tinggi disisi Allah.

Dan melalui ayat tersebut jelaslah bahawa kita sebagai murid perlu taat dan mendengar setiap arahan guru kita sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.

#4 – Jangan Menyangkal Kata-Kata Guru

Adab yang perlu dititikberatkan oleh murid yang seterusnya ialah jangan sesekali menyangkal kata-kata guru.

Hal ini demikian kerana apabila kita sebagai murid membantah setiap nasihat dan teguran guru yang telah mencurahkan segala ilmunya, kita seolah-olah melawan kata-kata ibu bapa kita sendiri.

Contohnya, guru sedang menerangkan salah satu formula Matematik di dalam kelas, kemudian kita menegur bahawa formula yang diajar oleh guru itu salah di hadapan kawan-kawan sekelas, perkara ini akan menjatuhkan air muka guru yang mungkin menjejaskan pekerjaannya sebagai guru.

Ini kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan untuk membuat teguran kepada guru yang mungkin terlepas pandang bahawa berlaku sedikit kesalahan dalam sesi pengajarannya.

#5 – Elakkan Berbisik Di Hadapan Guru

Selain itu, jangan kita berbisik dengan orang di sebelah ketika guru sedang menyampaikan ilmu.

Hal ini demikian kerana perlakuan berbisik itu sangat tidak bagus dan dilarang di dalam Islam sebagaimana hadith daripada Mas’ud r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda;

“Jika kalian bertiga maka janganlah 2 orang berbicara atau berbisik berduaan sementara yang ketiga tidak diajak sampai kalian bercampur dengan manusia kerana hal ini akan membuat orang yang ketiga tadi bersedih”.
Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Menurut hadith tersebut jelaslah bahawa perlakuan berbisik itu akan menyinggung perasaan orang lain yang berada di sekitar kita.

Jika berbisik di hadapan orang ketiga yang mungkin kawan kita juga akan menyebabkan dia tersinggung, apatah lagi pula jika berbisik di hadapan guru yang sedang mengajar di hadapan.

Perkara tersebut mungkin akan menimbulkan prasangka buruk di dalam diri guru tersebut.

Kredit: AstroGempak via OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *