Hiburan

Dilabel sebagai mentua dari nerek4, sekali Ibu Aiman Tino sound balik

Kuala Lumpur: Kontrov3rsi terbaru membabitkan penyanyi Aiman Tino tercetus lagi apabila ibunya, Hazelina Mat Jalil membuat kenyataan pedas membidas tindakan seorang warganet yang melabelkannya sebagai ‘mentua dari ner3ka’ gara-gara menyibuk dengan hal anaknya.

“Ciri-ciri mak mentua dari ner3ka. Nasiblah siapa yang sangkut dengan famili makcik. Nge.ri,” tulis individu itu yang jelas ditujukan kepada Hazelina.

Tanpa menunggu lama, Hazelina kemudian memberikan respon menerusi Instagram dengan menulis, tak kenal maka tak cinta. Ner4ka itu kau, anak aku, aku nak bawa ke syurga,” katanya.

Hazelina turut menyatakan apa yang dilakukan selama ini demi masa depan anak tersayang.

Malah, Hazelina turut meluahkan rasa kec3wa kerana susah-payah membesarkan anak-anak pasti menjadi perkara meny4kitkan akibat perbuatan pihak lain.

“Sudah ada anak nanti baru dapat rasa. Penat besarkan anak, lepas itu orang kiki.s.”

Perkongsian ini mendapat simpati pengikutnya yang menyokong apa yang dilakukan.

Isnin lalu, Hazelina menerusi Instagram meluahkan perasaan terkilan dengan Aiman yang berubah dan mengabaikan kerjaya seni semenjak mengenali seorang wanita bernama Fara Hanis.

Hazelina juga tidak teragak-agak memberi bayangan hidup anaknya itu dikongkong seorang wanita.

Namun, Aiman kemudiannya tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya yang mendakwa ia hanya salah faham dan kesilapan dirinya sendiri.

‘Saya minta maaf, memang silap saya’ – Aiman Tino

Kuala Lumpur: Penyanyi Aiman Tino memohon maaf atas kesalahannya ‘menghilangkan’ diri dan tidak menjawab panggilan dan membalas mesej ibu bapanya.

Aiman berkata, status yang dimuat naik ibunya, Hazelina Mat Jalil di Instagram semalam adalah kerana salah faham.

“Apa yang berlaku hanyalah salah faham dan kesalahan saya sendiri. Sejak dulu, tabiat saya memang lambat membalas mesej WhatsApp dan menjawab panggilan sekali gus timbul andaian itu dan ini.

“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di Instagram. Bukan sengaja tidak mahu menjawab tapi saya terlupa nak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima.

“Saya mula sedar yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan hingga mereka boleh berfikir macam-macam,” katanya.

Menurut Aiman, dia sudah pulang ke rumah keluarganya di Kuala Kubu Bharu, Selangor untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dan tidak akan mengambil mudah terhadap sesuatu perkara hingga boleh menyusahkan orang lain.

Menjawab dakwaan ibunya yang mengatakan dia kini dikongkong gadis dikenali sebagai Farah, Aiman mengaku mengenali wanita itu dan mereka berkenalan atas urusan kerja.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Seperti saya cakap, semua ini silap sendiri. Harap isu ini tidak berpanjangan. Saya enggan keruhkan keadaan lagi,” katanya.

Terdahulu, Hazelina menerusi Instagram meluahkan rasa terkilan dengan sikap anaknya yang dikatakan mula berubah selepas mengenali seorang wanita bernama Farah.

Kenali ‘Farah’ atas urusan kerja – Aiman Tino

WANITA bernama Farah yang mencetuskan kontroversi antara Aiman Tino dan keluarganya dikenali oleh penyanyi itu atas urusan kerja.

Demikian diakui penyanyi itu seperti yang dipetik dari BH Online bahawa mereka berkenalan atas urusan kerja.

Aiman membuat pengakuan itu ketika ditanya mengenai status yan dimuat naik oleh ibunya Hazelina Mat Jalil bahawa penyanyi kini melupakan kerjayanya dan dikongkong oleh wanita tersebut.

Melalui statun di Instastory, Hazelina mendakwa terkilan dengan sikap Aiman yang sukar dikesan dan dihubungi,

Hazelina turut mendedahkan bahawa semua itu berlaku termasuk mengabaikan karier dan dikongkong seorang wanita dikenali sebagai Farah.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri,” katanya.

Aiman juga menjelaskan, dia tidak dapat menghadiri sidang media maya pengumuman konsert virtual, ITSU 360 Care U, pada jam 2 petang ini, atas beberapa sebab.

Konsert ITSU 360 Care U bakal distrim secara langsung dari Mega Star Arena, di sini, pada 20 Februari depan.

Selain Aiman, konsert itu membariskan artis terkenal seperti Ella, Wany Hasrita, Naim Daniel dan Ernie Zakri.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *