Amalan

Dr Adham cadang tempoh kuarantin 3 hari bagi menteri, sekali kena sound dgn pakar

Pakar peny4kit berj4ngkit Dr Adeeba Kamarulzaman membantah cadangan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba agar tempoh kuarantin selama tiga hari bagi menteri mungkin diperluas kepada ahli perniagaan atau orang awam di masa hadapan.

“Saya sama sekali tidak menganggap ini idea yang baik. Lebih baik tak ada kuar4ntin langsung,” kata Adeeba, yang merupakan anggota pasukan petugas penceg4han C0vid-19 Selangor (STFC).

Adham berkata penetapan kuarantin selama tiga hari, yang ketika ini hanya dikuatkuasa di kalangan menteri, mungkin akan diperluas bagi membuka sektor ekonomi.

Adeeba bagaimanapun berkata orang ramai memahami keperluan untuk membuka semula ekonomi tetapi perkara itu hanya boleh dicapai dengan menangani wabak tersebut terlebih dahulu.

“Peraturan (kuarantin) 10 hari ada sebab. Ini berdasarkan pada apa yang kita ketahui sekarang tentang virus, tempoh risiko penularan, bagaimana penyakit ini muncul.

“Seterusnya, ada kebimbangan seluruh dunia mengenai pengembangan varian dan apa kesannya terhadap vaksin semasa.

“Oleh itu, pembukaan sempadan secara sembarangan juga bukanlah idea yang baik. Memilih ekonomi berbanding kesihatan atau sebaliknya adalah dikotomi pal. su,” katanya di Twitter.

Dia juga meminta agar kerajaan membuat keputusan berdasarkan penemuan Sains.

Beberapa ahli parlimen semalam menuntut agar kerajaan menjelaskan keputusan untuk membenarkan menteri dikuar4ntin hanya selama tiga hari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan tempoh inkubasi C0vid-19 adalah antara dua hingga 10 hari.

Malaysia akan menerima bekalan v4ksin C0vid-19 pertama pada akhir bulan ini dan proses v4ksinasi akan bermula pada bulan Mac.

Terdapat kebimbangan bahawa beberapa v4ksin mungkin tidak berkesan terhadap varian baru C0vid-19 yang sudah bermut4si.

Afrika Selatan minggu ini menghentikan program vaksinasi AstraZeneca setelah data menunjukkan ia memberikan perlindungan minimum terhadap varian baru vir. us berkenaan.

Pihak berkuasa Afrika Selatan kemudian berkata mereka akan memulakan proses v4ksinasi secara bertahap untuk memerhatikan keputusan awal

Kementerian Kesihatan cadang teruskan sekatan rentas negeri, daerah

Kementerian Kesihatan mencadangkan larangan rentas negeri dan daerah dikekalkan susulan kejayaannya menurunkan jumlah kes dan kadar kebolehj4ngkitan C0vid-19.

“Hari ini cuma 10 hari bulan, (perintah kawalan pergerakan) masih berbaki 18 hari.

“Kita mohon rentas negeri dan daerah dikekalkan macam sekarang.

“Keupayaan untuk kita landaikan keluk Covid-19 ini penting diteruskan,” katan Menteri Kesihatan Adham Baba dalam sidang media hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *