Uncategorized

Lengkap beruniform, Pegawai yg turun ke liang lahad bantu urus jnazah anggota bukan calang2

Petaling Jaya – ” Kami sekeluarga tidak menyangka keprihatinan ketua Polis Daerah Petaling Janya yang sanggup turun ke li4ng l4had untuk membantu menguruskan jen4zah suami,” Kata nafsah Mohd Zin .
Nafisah, 53 , adalah balu kepada Sarjan Mejar Mashidi Husian 53, yang meninggal akibat peny4kit buah pingg4ng, semalam .

Menurutnya, arwah suaminya selalu bercerita mengenai keprihatan ‘bosnya’ , Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal , namun dia tidak menyangka peng4khiran arwah suaminya turut mendapat perhatian .

“Arwh mengidap peny4kit buah pingg4ng sejak 19 tahun lalu dan sentiasa komited dengan pekerjaan dilakukannya.

“kami sekeluarga terh4ru dengan tindakan Tuan Nik Ezanee yang turun ke li4ng lah4d lengkap dengan uniform.

“Adik beradik arwah yang tidak dapat datang turut terkejut apabila melihat gambar tular pegawai berpangkat tinggi membantu menguruskan jen4zah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nafisah berkata, kini anak bongsu lelaki berusia 22 tahun akan mengikut langkah arwah suaminya apabila memohon untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menjadikan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu sebagai idola.

Terdahulu , tular gambar dan video menunjukkan Nik Ezanee yang lengkap beruniform turun ke liang lahad bagi membantu menguruskan jen4zah anggotanya.

Gambar berkenaan mendapat perhatian ramai kerana tindakan prihatin dilakukan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu.

Arwh meningg4l dunia di rumahnya di Desa Aman, Pantai Dalam dan dikebu.mikan di Tanah Perkubu.ran Islam Pantai Dalam,semalam.

Kisah Nik Ezanee beri impak p0sitif

Kuala Lumpur: Jika ditaip nama Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal di enjin carian Google, pastinya menemui pelbagai kisah teladan dilakukan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu.

Kebanyakan membabitkan usaha beliau merapatkan lagi hubungan antara pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat.

Kisah Nik Ezanee membantu seorang suri rumah yang ditahan selepas gagal membayar barangan makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya 20 Januari lalu, sangat menyentuh perasaan umum.

Malah, anak sulung daripada dua beradik itu tampil membayar semula barang dicuri, sebelum mendermakan kepada wanita terbabit dan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling Jaya menyampaikan bantuan berupa keperluan harian.

Nik Ezanee turut mengambil keputusan menutup siasatan kes curi penampal penyejuk suhu badan, kek pandan dan sosej itu serta mengklasifikasikan kes sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) sebaik mendengar perincian daripada pegawai penyiasatnya.

Beliau yang ditemui BH dalam temu bual khas baru-baru ini berkata, perbuatan mencuri adalah satu jen4yah, tetapi untuk menghu.kum satu keluarga misk.in dan kelaparan juga satu perkara yang tidak betul.

“Saya lihat ada dua perbezaan pendapat di sini, pertama pendapat orang yang suka tindakan ini kerana membantu wanita itu dan keluarganya ketika susah.

“Kedua, cara saya ini seolah-olah mempromosi atau menggalakkan individu dalam situasi sama dengan wanita terbabit mencuri, namun bukan itu niat saya. Sekiranya perbuatan saya ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat, saya minta maaf,” katanya.

Bapa kepada seorang anak itu berkata, tujuannya berjumpa wanita terbabit adalah untuk memberitahu dan menasihatinya supaya tidak mengulangi perlakuan jenayah yang dilakukan.

“Walau apapun kesusahan yang menimpa pastinya ada penyelesaian dan Allah SWT juga sudah janji mengenai itu.

“Kerajaan sudah sediakan pelbagai bentuk saluran bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan seperti JKM, lembaga zakat, masjid dan rumah ibadat lain jika menghadapi masalah.

“Akhir sekali, saya beritahu kepada wanita itu kalau susah sangat nak dapatkan bantuan datanglah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Insya-Allah saya cuba bantu,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan, ibu kepada tiga anak itu menghadapi kesulitan selepas suaminya yang bekerja sebagai pembaik pulih lif tidak mempunyai sebarang pekerjaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nik Ezanee berkata, kisah dia dan wanita itu juga memberi impak positif apabila masyarakat mulai sedar fungsi sebenar JKM dan lembaga zakat, sekali gus menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan menyalahi undang-undang biarpun berdepan kemiskinan.

“Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat datang berjumpa dengan saya memberitahu pelbagai bantuan disediakan kepada mereka yang benar-benar mengalami kesusahan.

“Apabila faham fungsi sebenar lembaga zakat, IPD Petaling Jaya merancang bekerjasama bagi mengenal pasti golongan asnaf dalam kawasan pentadbiran saya.

“Sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, saya mengenali banyak persatuan penduduk di sini dan meminta bantuan mereka mengenal pasti individu atau keluarga susah, sebelum dibantu lembaga zakat,” katanya berharap perkara itu boleh dijadikan contoh dan panduan sebagai satu tambah nilai daripada perkhidmatan PDRM kepada masyarakat.

Sumber : Facebook

Dah baca ? jangan lupa share dan komen yer . Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *