Amalan

“Guna plastik ganti pampers kerana tak ada wang” kisah Fakhrul jaga ibu lumpvh buat ramai sayu

TANPA ibu siapalah kita di dunia ini? Berpegang kepada prinsip itu anak yang bertanggungjawab pasti akan mendahului orang tua dalam apa jua keadaan. Beruntung siapa diberi peluang untuk mereka yang mampu menjaga kebajikan orang tua sehingga penghujung usia mereka.

Begitu juga yang dilalui seorang anak muda, Wan Mohd Fakhrul Anwar yang langsung tidak merasakan beban walaupun pernah mengikat perut kerana mahu menjaga ibu yang terlantar kerana lumpu.h sejak lapan tahun lalu.

Ibunya Remalah Syafein, 71, terlantar di rumah selepas lumpu.h sejak 2013 lalu selepas diserang angin ahmar (str0k) menyebabkan bahagian kanan badan tidak boleh bergerak.

RATU HATIKU… Sanggup lakukan apa sahaja demi ibunya selagi hayat dikandung badan. – Kredit foto: Facebook Wan Mohd Fakhrul Anwar.

Kongsi anak muda dari Pasir Mas, Kelantan itu sebelum ini dia pernah bekerja di luar negeri Kelantan selepas tamat pengajian di Universiti sains Malaysia (USM), namun terpaksa berhenti selepas mas4lah kesih4tan ibunya dan berdepan kesuk4ran menguruskan kehidupan harian.

Graduan Sastera dan Pendidikan itu nekad berhenti kerja dan kembali ke kampung halaman semata-mata mahu menjaga ibunya.

“Untuk membawa ibu sekali ke tempat saya bekerja memerlukan kos yang tinggi jadi saya yang berkorban dan kembali ke kampung bagi memudahkan urusan menjaga ibu ketika itu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu.

Malah dalam tempoh setahun menjaga ibu pelbagai dugaan dilalui dan pernah terputus makanan kerana ketiadaan wang, namun dia yakin setiap yang hidup di muka bumi telah dijanjikan rezeki oleh-Nya.

TEMPAT meng4du dan bermanja walaupun keadaan ibunya hanya terlantar.

“Itu yang selalu saya pegang membuatkan saya nekad menjaga ibu lagipun ibu perlukan saya buat masa ini,” katanya yang kini berniaga secara dalam talian.

Kongsi anak muda berusia 35 tahun itu dia pernah menggunakan plastik bagi menggantikan kain lampin kepada ibunya kerana ketiadaan wang.

“Itu saat getir yang pernah saya lalui dan ketika itu saya pernah makan nasi hanya berlaukkan kicap,” ujarnya mengenangkan perjalanan yang pernah dilalui. Namun kesusahan yang dilalui tidak mematahkan semangat untuk terus berbakti kepada ratu hatinya.

“Saya tidak malu melakukan apa sahaja kerja asalkan halal dan boleh memberi keselesaan kepada ibu,” ujarnya lagi.

Namun Wan Fakhrul bersyukur keperitan hidup yang dilalu itu dibantu oleh beberapa bantuan yang diterima termasuk bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mampu meringankan beb4nnnya.

“Kalau diikutkan bantuan berkenaan tidak mencukupi kerana kos pembiayaan rawatan ibu menelan RM1,200 sebulan termasuk lampin pakai buang, susu dan kos ulang-alik bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital, namun saya tetap bersyukur kerana meringankan beban saya selama ini,” kongsinya yang turut mengusahakan jualan piza secara kecil-kecilan.

Dia kini perlu bijak menguruskan kewangan kerana selain memperuntukkan untuk raw4tan ibunya setiap bulan dia juga perlu membayar keperluan lain seperti sewa rumah dan komitmen lain.

“Saya kini menerima semua kerja asalkan halal dan boleh menampung perbelanjaan sekeluarga,” ujarnya yang bersyukur kerana isterinya turut membantu dengan cara menjual barangan kosmetik bagi menambah pendapatan keluarga.

“Sebelum ini saya bekerja melakukan kerja sambilan dalam bidang penulisan seperti cerpen dan skrip serta pemasaran,” ujarnya yang turut menjadi penghantar makanan.

Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerja yang dilakukan itu terbatas menyebabkan dia tidak mahu berhenti berusaha. Kini dia meneruskan pencarian dengan cara menjual barangan mainan kanak-kanak secara dalam talian.

“Walaupun bukan kerja tetap tapi banyak membantu saya sekeluarga,” ujarnya yang baharu dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 10 bulan.

Katanya, rutin hariannya kini lebih tertumpu menguruskan ibu sebelum menguruskan perniagaan yang semakin mendapat sambutan.

Fakhrul kini bersedia menerima sebarang pekerjaan bagi menambah pendapatan keluarga termasuklah kerja berkaitan penulisan skrip, content writer dan juga pemasaran boleh menghubungi melalui talian 010-9229538.
Semoga ada sinar untukmu wahai anak muda. Yakinlah setiap ujian yang diberikan pasti rahmat yang menanti. Yakin dan terus berdoa! –

sumber: KitaReporters

Bertuah & Syurga Bagi Yang Menjaga IbuBapanya Setelah Tua

ANDA ada ibubapa anda yang telah tua? Bertuahlah, itulah peluang anda merasai nikmat mamasuki syurga dengan berkhidmat kepada mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan Kami wasiatkan kepada manusia terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan, dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali.” (Surah al-Lukman ayat 14).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a:Bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *