Entertainment

‘Hubungan Telah Diketahui Isteri Sejak 2019 Tapi…’ – Ayus Sabyan Mula Bersuara

Terdahulu, adik kepada pemain keyboard kumpulan Sabyan Gambus iaitu Fadhila Nova mendedahkan abangnya, Ayus didakwa menjalin hubungan dengan vokalis kumpulan itu, Nissa Sabyan.

Dihimpit dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi, akhirnya, Ayus Sabyan tampil buka mulut menjawab dakwaan tersebut. Dia turut mengakui kekhilafannya terhadap isteri.

Khilaf yang saya lakukan

Memetik laporan Kumparan, Ayus Sabyan tidak menafikan telah menjalin hubungan dengan Nissa Sabyan, malah, dia mengakui kekhilafannya dan memohon maaf kepada isterinya dan keluarga.

Assalamualaikum. Saya, Ayus Sabyan, ingin menyampaikan tentang berita yang sedang beredar saat ini. Saya, dengan penuh kesedaran dan ketulusan, ingin memohon maaf kepada isteri, keluarga, teman-teman Sabyan, dan semua yang merasa tidak nyaman dengan kekhilafan yang saya lakukan.

Mohon doanya semoga saya bisa menjadi lebih baik lagi ke depannya. Terima kasih. Wassalamualaikum.

Sudah tahu sejak 2019

Sementara itu, isteri kepada Ayus iaiti Ririe Fairus telah mengetahui hubungan perselingkuhan suaminya bersama vokalis kumpulan itu sejak 2019 lalu. Difahamkan, Ririe telah terbaca mesej antara mereka berdua di telefon bimbit suaminya.

Ririe juga pernah bersemuka dengan Nissa dan berbincang mengenai soal hubungan tersebut. Nissa Sabyan ketika itu mengakui khilaf dan memohon maaf kepada Ririe dan akan cuba untuk melepaskan Ayus. Namun, tidak disangka hubungan Nissa dan Ayus masih diteruskan.

Terdahulu media melaporkan yang Penyanyi kumpulan Sabyan Gambus iaitu Nissa Sabyan didakwa menjalin hubungan cinta dengan suami orang yang juga pemain keyboard kumpulan itu, Ayus.

Menurut laporan media Indonesia, pendedahan itu dibuat adik Ayus, Fadhila Nova yang mendakwa Nissa adalah orang ketiga yang mengganggu rumah tangga abang dan kakak iparnya, Ririe Fairus.

“Iya betul, orang ketiga adalah Nissa Sabyan. Nissa dan Ayus memang sedang bercinta dan mengaku saling mencintai di antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Nova, keluarga mereka juga sudah mengetahui mengenai kisah kecurangan abangnya sejak dua tahun lalu.

Kisah Nissa dan Ayus mula menjadi bualan ramai selepas Ririe memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Jakarta Utara, kelmarin.

Sehingga hari ini, Nissa dan Ayus terus mengunci mulut dan tidak tampil memberikan kenyataan berhubung dakwaan terbabit.

Sementara itu, pengurus Sabyan Gambus, Owan mengatakan pihak mereka tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung isu terbabit.

Kebanyakan netizen juga sudah menyerang Instagram Nissa dengan menuduhnya sebagai wanita perampas.

Sumber: Kumparan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *