Uncategorized

Kenali Imam Shah, Jejaka Yang Berjaya Tawan Hati Hannah Delisha

Pelakon cantik manis iaitu Hannah Delisha baru saja diijabkabulkan dengan Imam Shah yang merupakan seorang pelakon Singapura. Berita gembira itu dikongsikannya menerusi laman Instagram dengan meluahkan rasa syukur selepas lima tahun perkenalan bersama suami.

Selepas lima tahun

Menerusi perkongsian ringkas melalui laman Instagram, pelakon Singapura itu meluahkan kesyukuran selepas lima tahun perkenalan bersama Imam Shah, dan akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Hannah kelihatan mengenakan busana pernikahan berwarna off white, tampil anggun dan manis. Namun, bagaimanapun, masih tiada perkongsian lanjut mengenai pernikahan mereka.

‘I love you’

Imam Shah turut berkongsikan posting yang sama mengenai perkahwinan mereka sebentar tadi. Difahamkan, pasangan ini bernikah di Singapura.

Bagaimanapun, rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini selamat menempuhi alam perkahwinan.

Siapa suami Hannah Delisha?

Imam Shah merupakan salah seorang pelakon kelahiran Singapura yang berusia 32 tahun. Dia juga pernah membintangi beberapa buah drama TV3 dan antaranya Kau Yang Pertama dan Lafazkan Kalimah Cintamu. Kemudian, dia kembali ke Singapura untuk membintangi siri drama mini Saga bagi musim kedua.

Selain itu, dia juga merupakan seorang pelakon yang sangat komited dengan kerjayanya. Dia sebelum ini sering aktifkan diri ke pusat sukan bagi menambahkan stamina dan mendapatkan bentuk badan ideal untuk memegang watak seorang fighter.

‘Jaga privasi, dah rancang kahwin sejak 5 tahun lalu’

Tiada niat untuk merahsiakan perkahwinannya dengan suami, Imam Shah, pelakon jelita, Hannah Delisha sememangnya seorang yang amat berahsia terutama berkaitan hal peribadi.

Perkara itu didedahkan pengurusnya, Dura Aiman kepada Kosmo! Online sebentar tadi yang turut memaklumkan pelakon kelahiran Singapura itu akan berkongsi kenyataan media mempercincikan perkahwinan mengejutnya dengan lelaki juga merupakan seorang pelakon dari negara republik tersebut.

“Hannah is a very very private person. (Hannah merupakan seorang yang sangat-sangat menjaga privasi). Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin.

“Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi masa sedikit,” katanya Dura yang juga merupakan pengurus artis syarikat pengurusan, Prodigy Syndrome Management Malaysia kepada Kosmo! ketika dihubungi sebentar tadi.

“Hannah dan Imam sudah rancang berkahwin sejak 5 tahun lepas,” dedah Dura secara ringkas lagi.

Dalam pada itu, Dura berkata, gambar yang viral itu bukanlah adegan drama sebaliknya memang majlis akad nikah Hannah bersama Imam Shah.

“Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.

“Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut,” katanya.

Tambah Dura, pihak pengurusan sendiri tidak dapat ke Singapura kerana kekangan dari segi undang-undang bagi menyekat penyebaran Covid 19.

Terdahulu, Hannah atau nama lengkapnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, membuat kejutan dengan berkongsi foto dia selamat bernikah dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Imam Shah.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Hannah, 25, dalam satu hantaran Instagramnya sebentar tadi.

“Akhirnya selepas lima tahun. Alhamdulillah, saya cintakan awak @imamemy disertai dengan tanda pagar #imampadahannah,” tulis Hannah.

Sementara itu, dalam Instagram Imam, pengantin lelaki itu turut memuat naik hantaran dia sedang menyarungkan cincin pada jari manis pelakon yang popular menerusi drama Cinta Sekali Lagi itu.

Sumber: Hannah Delisha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *