Uncategorized

Janna Nick kembali aktif di IG, tapi ada benda dia dah tutup

SELEPAS sehari menghilangkan diri daripada media sosial, akhirnya pelakon Janna Nick mengaktifkan semula Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian terbaharu, Janna memuat naik klip promo drama lakonannya berjudul Marry Me, Senorita yang sedang bersiaran di Astro Ria.

Tutup Ruangan Komen

Meskipun akaun tersebut sudah boleh diakses oleh semua pengguna, namun Janna masih menghadkan komen daripada pengikut.

Sebelum ini menerusi laporan sebuah portal, Janna berkata dia menutup sementara akaun Instagram miliknya kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya yang menghilangkan diri daripada alam maya, tapi minta maaf kerana saya tidak boleh komen banyak.

Janna Nick dikecam netizen sehingga namanya menjadi trending di media sosial sejak Ahad.

“Setakat ini siasatan polis sedang dijalankan dan saya tak boleh nak komen lebih.

“Secara peribadi, saya okay tiada sosial media tapi saya juga ada komitmen dengan klien. Mujur mereka memahami dan biarlah dulu sehingga semua selesai,” katanya.

Bagaimanapun carian di Twitter, akaun aktres ini di platform berkenaan masih tidak dijumpai.

Pada Ahad, Janna menjadi sasaran netizen hingga namanya trending di Twitter serta wujud tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty.

Ia berikutan aktres itu didakwa mempersendakan bintang Kpop, Lisa daripada kumpulan Blackpink apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig.

Selain itu, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jonghyun yang meninggal dunia pada 2017 kembali diperkatakan apabila ia dikongsikan semula peminat Kpop.

Marry Me Senorita lakonan Janna bersama kekasih Dini Schatzmann bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria.

Kontr0versi antara Janna Nick dengan sebahagian besar peminat K-Pop telah membuatkan hampir dua hari hashtag #jannanickisgoingtopartyjail tular sehingga keluar negara.

Janna Nick juga telah membuat laporan polis dengan menafikan dakwaan dia menghina artis K-Pop di media sosial dan tidak lama selepas itu akaun Twitter dan Instagramnya ‘hilang’.

Kena rem0ve dari group belajar

Disebabkan kontr0versi yang berlaku, ada beberapa pihak yang turut terkesan dengan perkara tersebut. Antaranya ialah pelajar yang belajar di Korea Selatan.

Menerusi satu muat naik tangkapan skrin di Twitter, seorang pengguna telah berkongsi perbualan WhatsApp dengan seorang individu yang mempunyai kenalan pelajar Malaysia yang belajar disana apabila telah dikeluarkan dari kumpulan whatsApp tugasan universiti mereka.

“Harap tak jadi dekat adik aku”

Walaupun perkongsian tersebut tidak dapat dipastikan kebenarannya, namun menerusi komen yang mereka sertakan, terlihat ramai yang terkesan dengan kontroversi berkenaan kerana membawa nama Malaysia.

Mereka juga khuatir akan ada ramai lagi pelajar yang akan menerima nasib yang sama hanya disebabkan kontroversi tersebut.

Setakat ini, #jannanickisgoingtopartyjail masih lagi trending dan puluhan ribu ciapan dibuat menggunakan hashtag tersebut.

Perkara ini bermula disebabkan ada individu yang memuat naik kembali satu rakaman mendakwa pelakon Melastik Cinta itu mempersendkan kematian seorang anggota kumpulan SHinee pada tahun 2018.

Selepas itu, satu tangkapan skrin menunjukkan Janna menyindir girlband Blackpink ketika mempromosikan drama arahannya bertajuk Delen.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *