Uncategorized

Najib Ucap Takziah kpd keluarga Ng Man Tat, sekali ada yg pertikai dia kenal ke tak

Semalam bekas Perdana Menteri Ds Najib Razak ada memuat naik ucapan takziah kepada mendi4ng Nv Tat.

Namun begitu, ada segelintir di kalangan netizan memperosalakan sama ada Najib benar-benar mengenali pelakon yang bertaraf lagenda tersebut

Tidak berdiam diri, Najib hari ini tampil memuat satu lagi posting menjeaskan yang beliau benar mengenali pelakon tersebut

Berikut status di muat naik di Facebook rasmi beliau

“Ada juga yang pertikai jika saya benar-benar kenal siapa pelakon Hong Kong mendiang Ng Man Tat.

” Siapa yang tak kenal coach untuk pasukan bola sepak paling lejen pernah ada?

“Jangan terkejut sebab ramai warga Malaysia termasuk orang Melayu merupakan peminat filem-filem HK Stephen Chow dengan Ng Man Tat pada era 1980-an hingga 1990-an.

” Korang ingat wakil rakyat tak tonton TV ke?” soal Najib lagi

#1Malaysia

Tiada lagi Ng Man Tat di sisi Stephen Chow Sing Chi

KUALA LUMPUR: Stephen Chow Sing Chi itu seorang pelakon legenda, dan sentiasa menjadi kegilaan penggemar filem Hong Kong di negara ini.
Tetapi dalam kebanyakan filem beliau yang menjadi ‘hit’, akan sentiasa ada ‘sidekick’nya yang turut dianggap legenda – Ng Man Tat.
Awal hari ini portal hiburan Hong Kong, Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meni.nggal dunia hari ini setelah bert4rung ny4wa di h0spital akibat b4rah hati.

“Beliau telah menjalani pembed4han dan menjalani rawatan kem0terapi sejak dua bulan lepas, tetapi tahap kesih4tannya mer0sot dan k0ma.

“Beliau kemudian telah dipindahkan ke unit rawatan rapi, dan para petugas perubatan menasihati ahli keluarga untuk bersiap sedia.

“Baru-baru ini ramai rakan-rakan rapat menziarahi beliau, dan Ng selalu beritahu kepada mereka kes4kitan yang sedang dit4nggung amat pe.rit. Ketika itu beliau sudah memgambil morfin setiap empat jam sekali untuk menahan kes4kitan, tetapi ia sudah tidak berkesan,” kata aktor Tin Kai-man kepada media tempatan.

Chow, Ng, dan Tin masing-masing pernah berganding bahu membintangi filem yang sama iaitu Shaolin Soccer.

Portal Dim Sum Daily melaporkan, Ng, 70, telah meningg4l duni.a hari ini setelah bertarung ny4wa akibat b4rah hati.

Dalam filem tersebut, Chow membawa watak sebagai ‘Mighty Steel Leg Sing,’ Ng sebagai ‘Golden Leg Fung,’ dan Tin sebagai ‘Iron Shirt’.
Generasi rakyat Malaysia yang lahir pada era 80-an juga pasti tidak akan lupa filem Fight Back To School, yang turut dibintangi Chow dan Ng.

Dalam pada itu, Tin dilaporkan sebagai berkata, ahli keluarga dan rakan-rakan rapat pada awalnya mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang kenyataan kepada media bagi membolehkan Ng menjalani r4watan dengan tenang.

“Sewaktu pemeriksaan, kami mendapat tahu beliau sebenarnya mempunyai tum0r. Dua bulan lepas beliau kembali ke Hong Kong dari Macau untuk menjalani pembed4han dan kem0terapi. Selama ini Ng berada di hospital,” katanya lagi.

Portal Today Singapore melaporkan Chow merupakan antara mereka yang terawal berjumpa dengan Ng sejurus mengetahui rakan baiknya berada dalam kes4kitan.

Biarpun hubungan mereka dilaporkan tidak berapa baik dalam tempoh kebelakangan ini, itu sama sekali tidak menghalang Chow untuk terus menunjukkan sayang dan sikap ambil beratnya kepada rakan-rakan seperjuangan, terutama sekali untuk Ng.

Selamat tinggal, Ng Man Tat (1951-2021).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *