Hiburan

Jurunikah Tidak S4h, Sampai 100 Pasangan Bernikah Sejak Sebulan Lalu Dipanggil JAIS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM menganggarkan kira-kira 70 peratus pernikahan menggunakan khidmat sindik3t atau nikah ekspr3s tidak sah syariah. Namun paling banyak adalah kesalah4n berkait4n wali.

Penggunaan wali hakim

Menurut Pengarah Bahagian Penyelarasan, Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Mohd Kori Jusoh, berkata pasangan terlepas pandang dengan beranggap4n pernikahan luar kawasan melebihi dua marhalah, dibolehkan menggunakan wali hakim.

Beliau berkata, tanpa disedari wali sah seperti bapa, saudara lelaki (adik-beradik seibu sebapa atau sebapa), datuk (bapa ayah) dan bapa saudara (adik-beradik sebelah bapa) masih hidup.

Semua kategori wali ini katanya, perlu dicari sehingga dapat, bukannya mengambil jalan mudah menggunakan wali hakim.

Juru nikah tidak bertauliah
Namun apa yang lebih memeranjatk4n lagi ialah mengenai pernikahan menggunakan jurunikah tanpa tauliah yang dib0ngkar Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jais baru-baru ini.

Kalau mahkamah syariah mendapati pernikahan itu sah, pasangan terbabit perlu mendaftarkan perkahwinan dan membayar dend4, jika tidak s4h, perkahwinan itu terbat4l.“- Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Shahzihan Ahmad.

Menurut beliau lagi, terdapat lebih 100 pasangan dinikahkan menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah itu sejak lebih sebulan lalu diminta t4mpil segera ke Jais untuk membantu siasat4n berkaitan perkara itu.

Kita perlvk4n mereka t4mpil. Kita perlu sias4t dengan teliti kerana ia membabitkan hukvm, bukan boleh main-main.

Untuk pengetahuan, lelaki yang menawark4n khidmat sebagai jurunikah tidak bertauliah itu mengenakan caj RM3,000 hingga RM5,000 untuk setiap pernikahan dengan alasan ia berg4ntung kepada penyediaan dokumen. Malah lelaki berkena4n yang turut melakuk4n kegiat4n itu bersama isteri dan anaknya.

5 Rukun Nikah & Syarat Sah Nikah Yang Bakal Pengantin Patut Tahu

Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad saw yang dituntut dan digalakkan oleh Islam bagi mereka yang telah cukup memenuhi syarat dan berkemampuan daripada pelbagai aspek.

Perkahwinan di dalam pandangan Islam bukan hanya semata-mata sebagai penyatuan dua jiwa dan soal cinta, tetapi ia merupakan ibadah dan kepentingan untuk memikul tanggungjawab di antara suami dan isteri.

Rukun Nikah

Buat mereka yang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat atau sebaliknya, adalah penting untuk mempersiapkan diri dengan ilmu agama dan bukannya hanya tertumpu kepada persediaan majlis sahaja. Ini sesuai dengan firman Allah swt di dalam Surah An-Nisa, ayat 1:

Antara perkara yang wajib diketahui oleh bakal pengantin sama ada lelaki atau perempuan ialah rukun dan syarat sah nikah. Ini penting kerana tanpa memenuhi salah satu rukun atau syarat sah nikah, sesuatu pernikahan itu boleh dianggap sebagai tidak sah.

Jadi, mari kita lihat apakah antara perkara dan isi penting di dalam aspek rukun dan syarat sah nikah ini menurut pandangan Islam.

Apa Itu Rukun Nikah?

Pertama sekali kita perlu mengetahui bahawa terdapat perbezaan di antara rukun nikah dan syarat sah nikah tetapi keduanya wajib disempurnakan bagi tujuan sah sesuatu pernikahan tersebut. Pada asasnya, seperti yang telah dipersetujui oleh jumhur ulama’, Rukun Nikah ada 5 Perkara, iaitu:

Pengantin Lelaki (suami)

Pengantin Perempuan (isteri)

Wali

Dua orang saksi

Ijab dan Kabul

Setiap perkara yang terdapat pada rukun nikah seperti yang dinyatakan di atas, haruslah memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Di sinilah, syarat sah nikah diaplikasi dan digunapakai.

Oleh itu, penting di sini untuk syarat sah setiap rukun nikah tersebut diperjelaskan dengan lebih terperinci.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *