Hiburan

“Kalau Dah Kamjad Sangat, Pi Pejabat Agama,” – Faezah Elai Ulasa Pasal Perkahwinan

Pelakon, Faezah Elai menyifatkan realiti alam perkahwinan tidak akan selalunya indah dan ada kalanya ia juga akan disulami dengan ujian serta dugaan.

Menurut Faezah, hidup berumah tangga jauh lebih berbeza daripada apa yang kita gambarkan menerusi drama-drama yang sering kali ditayangkan di televisyen.

“Kawin ni nk habaq mai kt ampa, bukan macam cerita korea yang ampa dok layan kat neplix tu dok salanghae. Kawin ni kadang-kadang happy, kadang berkeleih terbang habih pinggan mangkuk. Kalau mai yang hat qibut taupan,1 taman perumahan boleh dengaq.

“Haaa tu blom masuk watak-watak extra, mentua, satgi ipaq, mai pulak biraih seropa haram jadah dok jadi tukang cucuk. Ada jugak yang dapat laki tetiba gil.a beti.na. Dalam rumahtangga ni memang akan ada ujian and ujian kita tak sama,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Tanda Putera itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Faezah turut mengingatkan para pasangan yang telah berkahwin untuk tidak sewenang-wenangnya menjaja kisah rumah tangga mereka terutamanya menerusi platform media sosial.

Katanya lagi, ada pelbagai cara yang lebih baik untuk kita meluahkan masalah dan berkongsi di media sosial hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Terok mana pon ujian, sejahanam mana pon pasangan kita, se-pelaq mana pon perangai depa, jangan dicanang dalam socmed, buka aib laki/bini sama macam buka aib sendiri. Kalau kata dah kamjad sangat laki hang, tak tau nk luah kat sapa, ya lah satgi tk luah gila pulak, pi pejabat agama, pejabat agama ni bukan tempat nikah ceqai ja ampa ooii.

“Kalau rasa nak kena cerita jugak, luah kat mak pak, adik, mentua atau sapa-sapa lah yang dekat dengan kita. Bila canang kat socmed akan buat hang nampak lg pathetic and bagi ruang untuk laki hang carik salah.

“Bini ni, especially yang tak qerja, depa ada laki ngan anak-anak ja, bila laki buat hal lepaih dah bagi bulan bintang, memang mintak kaki lah. Tapi canang kat socmed is a bad idea. Tengoklah muka anak-anak pandang dalam-dalam, semua mak nak anak-anak jadi soleh/solehah.

Bagaimanapun, Faezah turut menjelaskan sekiranya permasalahan tersebut menemui jalan buntu, adalah lebih baik untuk pasangan yang telah berkahwin memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.

“Jangan ajaq anak benci bapak sendiri. Ajaq anak tentang kasih sayang tentang hormat pada orang tua. Sampai masa depa akan paham tapi kalau dah dipukui canang busuk pak dia, sampai besaq dia akan tau. Google semua benda keluaq. Kawan-kawan sekolah pon tau, kesian anak-anak.

“Kalau dah dok makan hati sampai makan diri elok lepaihkan diri. Sebab tu orang kata Div0rce isn’t a tragedy. A real tr4gedy’s staying in unhappy marriage and teaching our children the wrong thing about love.

“Nobody ever died of divorce.

As much as u want ur kids to be happy, same goes to ur parents, they want you to be happy bukan dok menangis tepi bucu katey.

“P/S : Self reminder jugak,bukan nak tunjuk pandai sekadar berkongsi cause my husband failed in his first marriage and now both of them happy with their lives.
Hurmm i think my husband is happy la kot.. tk happy ku pecah cermin kereta dia!,” akhirinya.

Sumber: Instagram Faezah Elai

“Nak solat pun siks.a” Dulu Berat 121Kg, Suami Faezah Elai Kini Tampil Kurus

Suami kepada pelakon Faezah Elai, Heykal Hanifah yang juga seorang pengarah telah mendedahkan berat badannya dahulu pernah mencecah sehingga 121KG!

Heykal mengakui pengalaman berbadan besar sebelum ini banyak membataskan dirinya untuk bergerak aktif sama ada di lokasi penggambaran atau menjalankan aktiviti lain seperti menunaikan solat.

“Pernah berat ku mencecah 121kg..masa tu nak solat pun siksa..masa tahiyat akhir rasa mcm nak terbalik pun ada, nak aktif di lokasi pun susah yang boleh hanya duduk di kerusi pengarah dan hanya gunakan suara base aku utk beri instruction kepada crews dan actors.”

Beliau menceritakan perkara itu pada laman Instagram miliknya semalam.

Malah, Heykal juga memuat naik gambar perubahannya dari berat 121KG dengan gambar yang terkini.

Ternyata perubahannya sangat mengagumkan dengan fizikal yang lebih konfiden dan kurus.

Heykal juga tidak putus-putus menyatakan syukur ke hadrat Ilahi kerana permudahkan usahanya dan doanya dimakbulkan.

“Bila pelbagai usaha yg dibuat menemui jalan buntu aku hanya ada satu jalan berdoa pada Allah swt agar permudahkan segala usahaku dan akhirnya segalanya dimakbulkan.terima kasih Allah..buatkanlah aku sentiasa berada di jalanMU,jalan menuju destinasi yang abadi.”

Tidak lupa juga ucapan terima kasih beliau terhadap isteri tercinta yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Terima kasih pada @ezdiet Terima kasih pada @slendefit. Terima kasih pada isteri tersayang yang banyak sangat membantuku @faezahelai LUTJ”

Sebelum ini, Faezah Elai dan Heykal telah melangsungkan perkahwinan pada September 2011.

Faezah Elai turut menjagatiga orang anak Heykal iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.

Lapan tahun bersama, mereka dianugerahkan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.

Tahniah sekali lagi buat Heykal dan semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *