Uncategorized

Kecoh perkampungan emas, sekali Adun mohon kerajaan beri permit lombong emas

” Beli kenderaan baharu secara tunai.”

Itu antara kesan lonjakan ekonomi yang dialami penduduk di daerah ini berikutan pe­nemuan emas di kawasan tanah milik mereka.

Tinjauan Kosmo! mendapati, selain kenderaan baharu, penduduk kampung juga memiliki jengkaut yang dikatakan dibeli sendiri bagi memudahkan kerja-kerja melombong emas di tanah mereka.

Difahamkan, selain mampu meningkatkan pendapatan, ke­wujudan emas di kawasan tersebut turut menyebabkan berlakunya kes perebutan tanah dalam kalangan adik-beradik sehingga tanah milik mereka terpaksa dijual.

Di sebalik ketenangan beberapa buah kampung di daerah Kechau, Lipis, Pahang yang mempunyai keluasan 77,000 hektar di sini, siapa sangka kandungan perut bumi­nya dilimpahi dengan emas mentah sekali gus mengubah taraf hidup kira-kira 5,000 penduduk di situ sejak turun temurun.

Kewujudan emas yang bertimbun di kawasan itu boleh digambarkan seolah-olah penduduk tinggal dan hidup dengan logam berharga tersebut kerana ia didakwa berada di bawah, depan dan belakang rumah mereka.

Oleh kerana banyaknya emas, ada penduduk yang memperoleh sehingga tujuh kilogram (kg) ketika melombong di kawasan seluas 0.4 hektar dan lebih menakjubkan apabila ada yang mendapat sehingga 2kg logam berharga itu dengan sekali sauk menggunakan jengkaut di permukaan tanah.

Keadaan itu menyebabkan rata-rata penduduk mahir mendulang dan melombong emas.

Antara kampung di Mukim Kechau yang dikenal pasti terdapat aktiviti melombong emas ialah Kampung Dada Kering, Kampung Petola, Kampung Pagar Sasak, Kampung Sungai Mun, Kampung Dusun dan Kampung Melaka.

Kosmo! yang membuat tinjauan di daerah itu mendapati, beberapa buah kampung di situ mempunyai lubang besar seperti kolam yang digali di belakang rumah.

Emas mentah yang ditemui selepas dilombong oleh penduduk di sebuah kampung di Lipis.

Terdapat banyak jengkaut yang diletakkan di kawasan rumah kerana mereka terpaksa menghentikan sementara operasi mengorek tanah bagi me­nunggu permohonan lesen perlombongan kecil diluluskan.

Penghulu Mukim Kechau, Mohd. Hafiz Jalaluddin berkata, sejak bertugas di situ pada 2018, dia melihat penduduk giat melombong emas.

” Mereka pada mulanya beker­ja dengan tauke besar sebelum mengusahakannya sendiri selepas mempunyai kemahiran dan modal.

” Emas memang banyak yang mana boleh mencecah sehingga 7kg di kawasan seluas setengah ekar (0.4 hektar) dan ada yang pernah mendapat dua kilogram hanya sekali sauk, itu pun penggalian permukaan menggunakan jengkaut sahaja,” katanya.

Tambahnya, aktiviti melombong emas di situ dimulakan oleh pelombong Cina hujung tahun 1800 sebelum aktiviti mendulang di kawasan sungai dilakukan penduduk kampung zaman berzaman.

Menurut Mohd. Hafiz, keba­nyakan emas dilombong di kawasan tanah pamah dan ia dijual pada harga antara RM230 hingga RM260 segram selepas diproses menggunakan palong. Modal minimum untuk melombong dan memproses emas ialah RM50,000.

Sementara itu, Ketua Kampung Dada Kering, Mat Isa Mat Lia, 65, berkata, dia masih ingat ketika mengikut ibu bapanya mendulang emas di sungai ketika dia masih muda.

” Kawasan ini memang banyak emas. Sekarang saya hanya mendulang emas di belakang rumah secara kecil-kecilan kerana perlu mohon permit untuk melombong.

” Sekarang, banyak kawasan tanah pamah milik penduduk telah digali. Setakat ini, 10 penduduk telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen melombong emas dan kami berharap ia diberi kelulusan se­gera,” katanya.

Tambahnya, antara kawasan perlombongan yang terkenal di kampung itu adalah di kawasan pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang kini telah ditambak.

Menurut Mat Isa, nama Kampung Dada Kering diambil sempena dengan perlombongan emas yang dijalankan di situ sejak lebih 100 tahun lalu.

” Dahulu di kampung ini pelombong Cina mencari emas dan lepas itu baru masuk orang Melayu termasuk datuk saya.

” Masa itu emas sudah habis, ha­nya tinggal kawasan lapang menyebabkan orang kampung kata tinggal dada sahaja, emas dah kering, jadilah Kampung Dada Kering,” ujarnya.

Tapak perlombongan emas di Kampung Petola, Lipis.

Boleh gali, tapi tak boleh ambil

“Boleh gali tetapi tidak boleh ambil.” itu kata Presiden Institut Geologi Malaysia Datuk Yunus Abd Razak berhubung aktiviti menggali emas oleh penduduk kampung di kawasan tanah berhampiran kediaman masing-masing.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkata, bahan galian seperti emas tersenarai antara mineral yang menjadi milik kerajaan walaupun berada di dalam kawasan tanah persendirian mengikut undang-undang.

“Pada asasnya semua sumber mineral adalah tertakluk dan menjadi hak kerajaan negeri.

“Penduduk dibenarkan menggali tanah tetapi sekiranya menemui sumber mineral antaranya emas dan timah, ia adalah milik kerajaan seperti termaktub dalam undang-undang,” katanya ketika dihubungi Metro.

Menurut Yunus, penduduk terbabit bagaimanapun boleh membuat permohonan Lesen Melombong Tuan Punya untuk mencari dan menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Lesen ini perlu dipohon daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri (PTG) dan selepas memperolehnya, mereka perlu memohon lesen operasi pula daripada JMG.

“Pemilik tanah juga perlu mengemukakan satu skim yang mana perlu mendapatkan bantuan jurutera perlombongan berdaftar.

“Skim ini secara mudahnya untuk menunjukkan keluasan, sistem pengairan dan beberapa aspek keselamatan lain yang perlu dipatuhi.

“Selain itu, wujud peruntukan dalam Enakmen Mineral Negeri yang memerlukan mereka membayar royalti sekitar 2.5 peratus daripada keuntungan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Yunus menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya merujuk kepada JMG untuk mendapatkan nasihat bagaimana mereka boleh meneruskan aktiviti menggali emas di tanah milik masing-masing.

“Tidak perlu terburu-buru, sebaliknya dapatkanlah nasihat daripada pakar. Mereka juga boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat yang mampu melakukan aktiviti berkenaan secara lebih berkesan dan terserah kepada persetujuan mereka mengenai nisbah pembahagian keuntungan,” katanya.

Mohon kerajaan beri permit lombong emas – Mustapa

LIPIS – Kerajaan negeri wajar memberikan kebenaran berupa lesen atau permit kepada penduduk di daerah ini bagi me­ngusahakan perlombongan emas secara kecil-kecilan di kawasan tanah milik mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long berkata, pemberian permit atau lesen itu juga dilihat penting bagi mengelak daripada ketirisan hasil kerajaan negeri akibat aktiviti perlombo­ngan secara haram. “Mereka (penduduk) ada ta­nah sendiri yang terbiar dan ada yang tidak sesuai untuk ditanam tanaman, tiba-tiba keluar emas yang sudah matang,

Apa kata amda? Kongsikan bersama kami

sumber: hmetro, kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *