HOME

Kerana Ins1den Video Viral, Ini Suasana Di J&T Sekarang Buat Ramai Tak Percaya

Baru-baru ini tular di media sosial ins1den seorang pekerja J&T yang telah merakam aktiviti membaling dan merosakkan barang-barang kiriman pelanggan di aplikasi Tik Tok. Sehubungan itu, syarikat kurier bar4ng yang terkenal itu mendapat kec4man hebat dari netizen berhubung perkara berkenaan.

Sehubungan itu, ramai pelanggan yang berkongsi video menerima barangan yang telah rosak, disamping penghantaran yang lewat dari jangkamasa yang sepatutnya. Rata-rata pelanggan meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap prestasi kurier penghantaran J&T yang dahulunya terkenal dengan kecekapannya dalam penghataran barangan ke seluruh negara.

Tidak dinafikan, perkara ini berlaku berikutan pekerja J&T yang merasa tidak puas hati terhadap pengurusan kurier penghantaran tersebut yang dikatakan telah memotong elaun kerja lebih masa mereka disamping beban kerja yang berlebihan disebabkan aktitivi kawalan pergerakan dalam negara (PKP) disebabkan penularan wabak yang meng4ncam nyawa cov1d-19.

Terkini, pekerja J&T yang bertanggungjawab merakam insiden merosakkan barangan pelanggan terbabit tampil memohon maaf diatas keterlanjuran beliau memuatnaik video berkenaan di laman sosial Tik Tok beliau. Beliau tidak menyangka sama sekali perbuatan beliau itu telah mengakibatkan video tersebut viral di media massa. Berikutan tularnya video tersebut, syarikat penghantaran JNt mengalami kemerosotan penerimaan barangan pelanggan. Disebabkan ins1den tersebut, beliau telah dipecat serta merta.

Menurut video beliau terbaru, pekerja yang bernama Mahfuzah Zainuddin telah memohon maaf serta berterima kasih kerana pihak J&T yang telah memberinya pekerjaan sebelum ini.

Dalam video yang berdurasi 59 saat itu, beliau mendedahkan bahawa pihak jnt meminta beliau memadam video berkenaan kerana telah mencemarkan imej syarikat kurier penghantaran tersebut. Beliau juga menasihati orang ramai supaya mengambil iktibar dari perbuatan beliau yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Komen Netizen:

Dalam perkongsian video yang lain, kelihatan gudang barangan JNT yang kelihatan lenggang kerana tiada pelanggan yang sudah tidak mahu menggunakan perkhidmatan syarikat terbabit.

Peningkat4n mend4dak bungkusan

BEBERAPA hari lalu tular sebuah video memaparkan petugas syarikat penghantaran barangan J&T Express mencampakkan barang pelanggan.

Insiden tersebut nyata mengundang kecaman netizen lantaran ia disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab kerana menjadikan barang pelanggan sebagai ‘mngsa’ disebabkan isu dengan pihak syarikat.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian serius Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, KSM memaklumkan telah menjalankan siasatan berhubung kejadian mogok oleh pekerja-pekerja syarikat penghantaran berkenaan.

Menurut KSM, siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.

Hasil siasatan kementerian itu mendapati kejadian berkenaan berlaku di sebuah premis perniagaan syarikat yang terletak di Perak dan ia berpunca daripada bebanan kerja yang dialami oleh pekerja-pekerja di bahagian gudang berikutan peningkatan mendadak bungkusan.

“Siasatan turut mendapati terdapat di kalangan pekerja-pekerja terutamanya di bahagian penghantaran (despatch) tidak berpuas hati dengan pemberian bonus berdasarkan prestasi dan perubahan struktur bayaran komisen secara unilateral yang akan menyebabkan pendapatan pekerja yang terlibat berkurang.

“Pihak majikan memaklumkan bahawa isu berhubung kejadian pekerja memunggah bungkusan secara kasar telah selesai dan ia berlaku disebabkan salah faham.

“J&T telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada para pelanggan serta menjelaskan tentang sistem pemberian bonus kepada kakitangan yang menjadi punca ketidakpuasan hati kakitangan J&T,” jelas kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, Kementerian Sumber Manusia menegaskan kepada majikan agar sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak pekerja terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan melibatkan kepentingan pekerja.

Ia bagi memastikan keharmonian perusahaan yang dinikmati serta kebajikan pekerja terus berkekalan dan terpelihara.

Terdahulu pada Ahad lalu, tujuh pekerja J&T Express tampil membuat permohonan maaf di atas apa yang berlaku menerusi Facebook J&T Malaysia Perak.

Dalam pada itu, J&T juga tampil dengan satu kenyataan bagi menjelaskan insiden berkenaan.

Jelas syarikat itu, kejadian berkenaan berlaku selepas kurang penjelasan di kalangan pegawai jabatan berhubung sistem pengagihan bonus.

“J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan.

“Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama tempoh satu tahun dan ia (bonus) dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun,” menurut kenyataan berkenaan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

Sumber : Tiktok Mahfuzah Zainuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *