Hiburan

Kes bicara di Mahkamah PJ ditangguh 19 Mac. Ini komen sempoi Da’i Syed mengenai berat badan dia

Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful memberitahu bahawa dia bersedia untuk menjalani perbicaraan terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan ke atasnya.

Syed Shah Iqmal, 26, ketika ditemui buat kali pertama di mahk4mah hari ini selepas dituduh pada Disember tahun lalu berkata, dia bersyukur kerana setakat ini masih berada dalam keadaan sihat dan baik.

“Of course (sudah tentu) saya sedia untuk dibicarakan, insyallah kepada yang mendoakan dan menyokong saya dari awal sampai ke hari ini.

Saya ok, alhamdulilah makin gemuk dan makin berisi ,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada bersedia dibicarakan atau tidak.

Terdahulu semasa prosiding di Mahk4mah Sesyen di hadapan Hakim Jamaludin Mat dan Mahk4mah Maj1stret di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol kedua-dua mahkamah itu mahkam4h menetapkan 19 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Peguam yang mewakili Syed Shah Iqmal, Syed Amirul Syed Edros ketika ditemui memaklumkan sebutan semula kes itu berikutan kertas siasatan kes tidak dibawa ke mahkamah pada hari ini.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan di dua mahk4mah di sini.

Di Mahkam4h Sesyen, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan melakukan persetu.buhan yang bertentangan dengan aturan tab.ii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Kese.ksaan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jen4yah terhadap m4ngsa sama dengan maksud hendak menc4bul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseks4an.

Video:

Sumber : KOSMO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *