Business

KWSP lantik CEO baru bagi mengantikan Tunku Alizakri. Ini Kata2 Dari Pengerusi KWSP

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Perlantikan itu mendapat kelulusan Menteri Kewangan dan akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang menerajui KWSP sejak 20 Ogos 2018.

Amir Hamzah mempunyai 25 tahun pengalaman dalam meneraju beberapa organisasi korporat.

Kerjayanya bermula apabila menyertai Kumpulan Shell dan seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat antaranya MISC Bhd, PETRONAS Dagangan Bhd, PETRONAS Lubricants International, Icon Offshore Bhd dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, berkata Tunku Alizakri akan meneruskan sumbangannya terhadap perkhidmatan awam melalui kapasiti yang berbeza.

“Dengan berat hati, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada Tunku Alizakri atas dedikasi dan sumbangan beliau selama tujuh tahun, bermula sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) dan kemudian sebagai CEO KWSP.

“Wawasan serta komitmen Tunku Alizakri kepada semua pihak berkepentingan terutama ahli KWSP boleh dilihat melalui hala tuju KWSP dalam mempertingkatkan kecekapan operasinya melalui pecutan digital, mengguna pakai dasar dan tadbir urus alam sekitar (ESG) dan kelestarian (sustainability) sebagai metrik utama, serta memperkasakan keselamatan sosial dan kesejahteraan bagi rakyat,” katanya.

Ahmad Badri berkata, KWSP juga mengucapkan tahniah kepada Amir Hamzah di atas pelantikan itu.

Beliau berkata, Amir Hamzah akan membantu KWSP di kala mengharungi situasi ketika ini yang sangat kompleks dan mencabar dalam sejarah KWSP.

Amir yang sebelum ini merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang telah menerajui KWSP semenjak 20 Ogos 2018.

Amir yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam sektor korporat pernah menyertai Kumpulan Shell dan menerajui beberapa organisasi korporat antaranya MISC Berhad, PETRONAS Dagangan Berhad, PETRONAS Lubricants International, Icon Offshore Berhad dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan (Kewangan dan Ekonomi) daripada Universiti Syracuse, New York.

Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan (Kewangan dan Ekonomi) daripada Universiti Syracuse, New York. – Gambar fail

‘Mungkin saya orang paling dibe.nci di Malaysia sekarang’

Terdahulu bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Tunku Alizakri Alias berkata, KWSP tidak akan menggadaikan masa depan pencarumnya dengan membuat keputusan melulu atau terpengaruh dengan mana-mana desakan berhubung isu berkenaan.

Tunku Alizakri berkata, meskipun berdepan pelbagai tekanan termasuk daripada ahli politik yang sebulat suara menyokong pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1, katanya, ia tidak akan mematahkan semangat pasukannya dalam membuat keputusan terbaik demi jaminan masa depan pencarum.

“Saya faham ramai orang marah, bimbang, rungsing kerana kesan pandemik ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini.

“Mungkin, saya menjadi orang paling dibe.nci di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak popular.

“Biarlah orang kecam saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Kata Tunku Alizakri, KWSP mendengar pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Kita akan melihat semua aspek secara menyeluruh dengan mengimbangi keperluan semasa ahli sebelum membuat keputusan rasional yang bukan saja akan menyelesaikan masalah hari ini tetapi menjamin kelestarian masa depan ahli,” katanya lagi.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *