HOME

KWSP akhirnya mansuh syarat i-Sinar, ini reaksi pedas Najib

BERITA baik untuk rakyat Malaysia apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas pihak awam.

Beliau menjelaskan bahawa langkah tersebut diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

“Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, KWSP memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, iaitu bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

“Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, berikutan perubahan yang perlu dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan tersebut.

“Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP, dan kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.

“Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran-saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu atau mengelirukan ahli,” ujar beliau.

Berikut ulasan Ds Najib

” Akhirnya syarat pengeluaran I-Sinar KWSP dihapuskan hampir 5 bulan setelah kita tuntut secara berterusan dan setelah ramai mencari bukti-bukti dokumen secara sia-sia selama 2 bulan.

” Namun ianya bukan one-off sehingga RM10k tapi bayaran pertama adalah sehingga RM5k bagi mereka dengan baki simpanan di bawah RM100k.

“Pendapat saya ialah ini lebih adil tapi kita perlu tengok perlaksanaannya.

Rata-rata pengikut Ds Najib meninggalkan komen memuji kesungguhan beliau untuk memberi peluang kepada semua pencarum untuk mengeluarkan sebahagian wang KWSP mereka

“terbaik dato…hayunan sy juga tak sia2..alhamdullillah syukur nikmat pada Allah..kita sama2 hayun tanpa jemu dan henti…next pulak dato seri…kita hayunnnnn

” Akhirnya…cadangan DSN, diterima..
Terima kasih banyak2 DSN kerana tidak henti2 menyuarakan keluh kesah rakyat…
Alhamdulilah..saya tumpang happy untuk rakan2 semua…

“Lima bulan rakyat berjuang untuk mendapatkan hak mereka sendiri yang disimpan di KWSP.Walaupun had pengeluaran tidak sepenuhnya RM10K sebagaimana yang diharapkan, namun ia sudah memadai bagi mereka, tanpa pelbagai syarat yang membebankan pencarum. Sama-sama kita berdoa dan berharap agar pelaksanaannya berjalan lancar dan tidak menyusahkan rakyat. Terima kasih DS Najib Razak yang tidak berputus asa melontarkan isu dan cadangan demi kepentingan rakyat.

“Alhamdulillah.. Terima kasih DSNR.. Terbaik kerana ambik berat pada rakyat.. Kesian kat rakyat yng susah dapat lah selesai kan hutang sewa rumah yng tertunggak dan macam 2 lagi.. Semoga Allah swt panjang kan umur DSNR.. Yang tak habis2 perjuangan kan hak rakyat…Aamiin yaaaaaaa Allah swt… Terbaik….

Apa kata anda? Kobgsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *