Uncategorized

KWSP Umum Tarikh Lulus I-Sinar Untuk Semua

KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun yang sudah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac ini.

KWSP dalam kenyataannya memaklumkan, ia termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh terb.abit, tertakluk kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

“KWSP menghargai kes.abaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan kerana peman.suhan kri.teria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari lalu membabitkan perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online,” katanya.

Dana persaraan itu turut menjelaskan, jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal seperti sebelum ini.

Katanya, ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM 100,000 dan ke bawah di dalam Akaun 1, mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM 10,000.

“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam te.mpoh maksi.mum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maks.imum RM 5,000,” katanya.

Sementara itu, KWSP berkata, ahli yang mempunyai lebih dari RM 100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1.

“Bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM 60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maks.imum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM 10,000,” katanya.

KWSP berkata, peman.suhan krite.ria i-Sinar itu juga bermakna pembayaran interim RM 1,000 yang dilaksanakan pada bulan lalu akan dihentikan.

“KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan, untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac.

“Ini akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.

“Sehingga kini, sejumlah RM 18.5 bili0n sudah dikeluarkan di bawah kemudahan i-Sinar sejak permohonan dibuka pada bulan Disember 2020, memanfaatkan 3.3 j.uta ahli,” katanya.

Kredit : BHOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *