Hiburan

Laki dah bertukar jd ‘NY4H pun ,tapi tindakan bini lebih buat ramai terkejut

Lelaki kongsi video berubah jadi ‘mak nyah’, isteri setia & terima seadanya

Baru-baru ini, sepasang suami isteri dari Kelantan meraih perhatian warganet apabila video mereka tular di TikTok selepas mendedahkan kisah peribadi yang selama ini menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.

Kisah mereka bukan sesuatu yang biasa dalam kalangan masyarakat, tambahan lagi apabila melihat si isteri bersuamikan seorang lelaki ‘mak nyah’.

Kongsi transformasi

Video Player

Pasangan suami isteri itu mula mendapat perhatian di TikTok apabila si suami yang menggunakan akaun bernama @abe_pink86, mendedahkan dia masih bahagia bersama isterinya walaupun sudah menukar diri menjadi seorang ‘mak nyah’.

Turut dikenali sebagai Abe Pink, lelaki yang berusia 35 tahun itu berkongsi cerita perubahan penampilannya menerusi beberapa video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menurutnya, dia mengubah penampilan kepada seorang wanita sejak beberapa tahun lalu.

Isteri tetap setia di sisi

Walaupun sudah beristeri, dia nekad dan tetap meneruskan niat menukar dirinya menjadi mak nyah. Namun begitu, dia dan isteri tidak pernah terfikir untuk berpisah dan masih menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Malah, isterinya yang dikenali sebagai Yana tetap setia bersama dan menerima segala kekurangan yang dimiliki oleh si suami dengan redha.

Ujian Allah

Mungkin perubahan yang berlaku terhadap Abe Pink merupakan satu ujian dan dugaan Allah ke atas dirinya. Abe Pink turut menyatakan dia juga tidak meminta perkara itu terjadi ke atas dirinya.

Dalam pada itu, majoriti pengikut mendoakan agar dia berubah ke jalan yang benar, malah Abe Pink sendiri memohon warganet mendoakan supaya dirinya kembali ke fitrah asal sebagai seorang lelaki.

Isterinya turut menerima pujian dan disifatkan sebagai seorang yang ‘tabah’ kerana sanggup menerima kekurangan suaminya dengan seadanya.

Semoga kekal bahagia

Semoga ‘abe’ kembali ke fitrah

Semoga kesetiaan dan kasih sayang isteri jadi asbab berubah

Berubah perlahan-lahan

Wanita yang baik menerima kekurangan suami

Daripada kita mengecam, lebih baik kita doakan agar dia terbuka hati untuk menjadi lelaki sejati kembali suatu hari nanti. Amin!

Pada asalnya sebarang bentuk pembedahan yang membawa kepada perubahan kepada anggota badan manusia tanpa keperluan adalah dih4ramkan oleh Syarak. Ini berdasarkan firman Allah Taala tentang perkataan Ib.lis:

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَننْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَددْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (menc4catkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membel4h telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”

(Surah al-Nisa’: 119)

Tentang mengubah ciptaan Allah SWT, ia bermaksud mengubah fitrah yang telah Allah SWT jadikan pada makhluknya; sama ada daripada sudut agama atau penciptaan-Nya. Berkata Imam al-Baidhawi Rahimahullah bagi ayat di atas: [Dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah] dari (asal) muka, rupa dan sifatnya. Lalu termasuk sekali dalam kategori ialah apa yang disebut seperti perbuatan menyucuk mata Hami (unta jantan yang pernah sepuluh kali membuntingkan), mengkasi hamba sahaya, bertatu, menjarangkan gigi, meliwat, perbuatan sihaq (lesbi4n), dan seumpama dengannya. Begitu juga menyembah matahari, bulan dan mengubah fitrah milik Allah Taala iaitu Islam dan menggunakan anggota dan kekuatan untuk membuat benda yang tidak mampu diterima oleh jiwa pada kesempurnaannya dan tidak layak dijadikan perantaraan kepada Allah (yakni penyembah berhala yang membina sendiri berhalanya). Umum lafaz ayat ini menegah secara mutlak perbuatan mengkasikan tetapi para fuqaha menyatakan rukhsah pada mengkasikan haiwan ternakan kerana keperluan.”

Rujuk Tafsir al-Baidhawi (2/98)

Daripada Abdullah bin Mas`ud RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ وَالمُتَنَمِّصَاتِ مُبْتَغِيَاتٍ لِلْحُسْنِ مُغَيِّرَاتٍ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta ditatu, wanita-wanita yang mencukur alis, demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan Allah.”

Riwayat al-Tirmidhi (no. 2706). Beliau mengatakan hadis ini hasan sahih.

Sumber: TikTok @abe_pink86 credit OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *