Amalan

Lelak Ini Ada PHD Tapi Hanya Mampu Kerja Grabfood. ‘Maaf Ibu Ayah Aku Hanya Mampu Sara Diri Sendiri’

Walaupun bergelar graduan Ijazah Kedoktoran (PhD), namun seorang pemuda berusia 32 tahun hanya bekerja sebagai GrabFood menyesal kerana menghabiskan masa memfokuskan diri membina ilmu berbanding mencari pengalaman kerja.

”Tidak berbaloi,”
demikian luah seorang pemuda berhubung tempoh lapan tahun yang dihabiskannya untuk melengkapkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

Perkongsian pemuda tersebut di IIUM Confenssions yang dikongsi oleh @ImanQurrotuaini melalui akuan Twitternya tular dan meraih 8,400 ulang kicau dan 5,700 tanda suka di media sosial tersebut.

Lebih pilu, dia juga risau kerana tidak dapat membantu tiga adiknya yang masih bersekolah serta ibu bapanya.

”Kesian mak ayah aku. Aku patut dah mampu bantu mereka dari segi perbelanjaan harian supaya mereka tak perlu pening berkira-kira dalam hidup.

”Ada lagi tiga adik masih belum habis belajar, pun perlu mereka tanggung.

”Aku? Hanya mampu sara diri sendiri. Maaf ibu ayah dan adik-adik abang,” luah pemuda itu.

Rata-rata netizen mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan pemuda tersebut.

Bercerita mengenai perjalanannya menuntut ilmu, dia memaklumkan sudah menghabiskan pengajian PhD pada 2017.

Ujarnya, dia sudah mencari kerja sejak di peringkat diploma, namun usahanya gagal dan berterusan sehingga ke peringkat PhD.

”Sebab penolakan mereka (syarikat), saya terlebih layak untuk pekerjaan itu. Kalau sorok PhD dan Master dalam resume, mereka akan tanya kenapa ada kekosongan lapan tahun tanpa pengalaman kerja?

”Masa tu kena berceritalah kata ada Master dan PhD. Disebabkan itu, mereka tolak saya untuk sebab sama.

”Saya lelaki, umur hampir 32 tahun, tanpa kerja stabil. Aku makin takut dengan hari-hari yang mendatang,” luahnya.

Ujarnya, tempoh lapan tahun itu sepatutnya diguna untuk membina kerjaya dan dia kini baru tersedar selepas melihat rakannya memiliki kehidupan yang stabil.

Malah, hidup ahli keluarganya juga pasti lebih baik jika dia sudah lama bekerja, luahnya lagi.

Tambah pemuda itu, jika dibandingkan beban hutang pelajaran yang ditanggung dengan keadaan semasa, ia sememangnya sangat tidak berbaloi untuk meneruskan pengajian hanya kerana minat belajar dan cintakan ilmu.

”Aku mula rasa sinis bila membaca komen-komen sambung belajar sebab minat belajar, buat PhD sebab cintakan ilmu.

”Aku pun begitu dulu, kerana cinta untuk belajar, sumpah benar. Kerana itu, aku sambung belajar hingga PhD.

”Tapi lihatlah sekarang, ke mana minat telah membawaku?” soalnya.

Perkongsian semula kisah itu di Twitter dan antara komen netizen di Twitter.

Dia turut memberi saranan bahawa pengajian postgraduate hanya sesuai untuk mereka yang bekerja dengan pengalaman dan kepakaran dalam bidang tertentu.

Malah, pensyarah dan profesor juga perlu berhenti menyasarkan lepasan ijazah untuk menjadi pelajar postgraduate mereka, kata pemuda itu.

”Ilmu bukan terletak di universiti sahaja. Di kilang-kilang, pejabat-pejabat hatta di jalan pun ada banyak ilmu lagi.

”Ingatlah, usahamu di lapangan kerja, orang sekelilingmu mendapat manfaat.

”Usahamu di makmal postgraduate akan tersimpan di celah kulit tebal dan rak buku terperuk dalam perpustakaan. Entah siapa yang akan membacanya nanti,” tulis pemuda itu lagi.

Dia juga mengakui mengalami tekanan disebabkan hal itu dan kini bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood.

Perkongsian luahan itu dikongsi semula oleh seorang individu di Twitter.

Ia sehingga kini menerima lebih 7,300 ulang kicau (Retweet) dan turut dihujani komen yang meminta agar dia bersabar dan terus berusaha.

@Intan_lavender menulis: “Inilah yang aku rasakan. Kadang-kadang rasa macam menyesal dulu tak kerja selepas dapat master walaupun ada dapat tawaran kerja tapi pilih untuk sambung PhD lepas dapat tawaran penajaan. Kena banyak sabar dan reda dengan pengalaman hidup yang ALLAH nak bagi.”

“Kakak saya ada master tapi sekarang sampai tak dapat kerja. Lepas itu kahwin ada anak, sekarang ini jadi suri rumah sahaja. Mak ayah pula kecewa sebab dia antara harapan keluarga belajar bertahun namun tak dapat kerja. Apapun perancangan ALLAH itu indah dan sentiasa bersangka baik,”katanya @ImanQurrotuaini di Twitter.

Rezeki Milik Allah

Allah SWT memiliki nama yang mulia dan dikenali sebagai Al-Asma’ Al-Husna. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama Allah atau nama Ar-Rahman, yang mana saja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu adalah baik belaka) kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah saja satu cara yang sederhana antara itu.” (Surah al-Isra’, ayat 110)

Antara nama Allah SWT yang mesti kita beriman dengannya ialah Ar-Razzaq. Nama itu merujuk kepada Allah SWT yang banyak memberi rezeki kepada hamba-Nya.

Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.

Merujuk kepada nama Ar-Razzaq, Allah SWT mengurniakan rezeki yang banyak kepada hamba-Nya sama ada manusia itu beriman ataupun sebaliknya.

Makna dan kelebihan Ar-Razzaq tidak dapat ditandingi setiap daripada makhluk-Nya. Dialah berkuasa mengurniakan rezeki kepada setiap makhluk-Nya.

Hal itu dijelaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: “…Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37)

Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas. Rezeki bukan hanya merujuk kepada wang ringgit, sebaliknya rezeki mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, zuriat, pekerjaan, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.

Justeru, setiap Muslim perlu menyedari hakikat rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT. Tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *