Hiburan

Selepas Bertegur Sapa Dgn Mamat, Sekali Ada Pula Lelaki Ajak Fida Ibrahim Kahwin

Dugaan bakal pengantin, Fida Ibrahim kata dia digoda oleh lelaki yang mengajaknya untuk berkahwin.

Bukan itu sahaja siap ditawarkan duit dengan jumlah yang besar pula tu!

Melalui Instagram, Fida kata ada seorang lelaki menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya.

Bagaimanapun dia Menolak dengan cara baik serta memohon maaf kerana dia sudah bertemu pilihan hati sendiri dan tidak memerlukan tawaran berkenaan.

Foto: IG

“Maaf, saya dah ada imam pilihan saya sendiri. Alhamdulillah dan terima kasih di atas niat suci awak itu. Saya dah ada pilihan hati saya, Insya-Allah.

“Sebelum salah faham, biar saya jelaskan sudah beberapa kali jadi macam ini, sampai ada yang nak cari famili. Bila dah ‘accept’ di DM, rupanya jadi panjang lebar,” katanya.

Tambah Fida lagi, perkongsian tersebut adalah sebagai peringatn supaya tiada lagi lelaki di luar sana yang berani untuk menghantar mesej sebegitu kepadanya.

“Tak lama lagi sahaja majlis saya akan berlangsung. Insya Allah, doakan yang terbaik.”

Fida dan bakal pasangannya yang juga seorang ahli perniagaan dijangka akan bernikah sebelum Ramadan tahun ini.

Fida pernah membintangi drama antaranya Cinta Tikar Sejadah, Epilog Syurga Cinta, Kasih Alia, Runtun Qalbu dan Setulus Janji, termasuk filem seperti Kongsi, Man Sewel Datang KL dan Adik Manja Returns.

Fida, Mamat Sepah bertanya khabar

Kuala Lumpur: Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali Fida, 35, berkongsi bingkisan perbualannya di WhatsApp bersama kenalan lama yang juga pelawak, Mamat Sepah.

Menurut Fida, perkongsian dibuatnya di Instagram itu menunjukkan bahawa dia dan Mamat profesional serta menghormati di antara satu sama lain sebagai kenalan lama yang pernah rapat dahulu.

“Saya dan Mamat, kami tidak pernah bermusuh pun selama ini. Cuma, kami selesa membawa haluan masing-masing kerana menghormati perasaan pasangan dan pandangan masyarakat.

“Cuma, baru-baru ini mungkin kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami ada berhubung di WhatsApp bagi bertanya khabar. Selain, Mamat juga mendoakan hari bahagia saya nanti.

“Pada majlis pernikahan Mamat dan isteri, Nordiana tahun lalu, saya tak dapat hadir kerana ada urusan perniagaan. Tapi, sebagai rakan artis dan saling kenal, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Fida lagi, tiada salah juga untuk mereka bertanya khabar sesama rakan artis. Malah, ujarnya semoga silaturahim kita sentiasa terjaga dan dipelihara oleh Allah SWT.

Terdahulu, pada awal Januari lalu, Fida turut berkongsi khabar gembira yang dia bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya tidak lama lagi.

Menurut Fida, dia dan bakal pasangannya yang juga seorang ahli perniagaan merancang mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan tahun ini.

Ujarnya lagi, mereka adalah kenalan lama dan sudah saling mengenali lebih 10 tahun lalu. Malah, Fida menyifatkan calon suaminya seorang lelaki yang baik, sangat memahami dan banyak membantunya.

Ketika aktif berlakon dahulu, Fida pernah membintangi drama antaranya Cinta Tikar Sejadah, Epilog Syurga Cinta, Kasih Alia, Runtun Qalbu dan Setulus Janji, termasuk filem seperti Kongsi, Man Sewel Datang KL dan Adik Manja Returns.

Selain itu, Fida yang juga pengasas perniagaan serum kecantikan, R Secrets Sdn Bhd pada 2014 pernah popular dengan lagu Apo Kono Eh Jang 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *