Amalan

Tular Gambar Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan. Ini Kisah Sebenar

RAWANG – Seorang wanita berjaya memujuk bekas suaminya yang mahu terjun dari jambatan Rawang Bypass pada ketinggian kira-kira 100 meter pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang.

Menurutnya, lelaki berusia 50 tahun itu didapati sedang berdiri di atas pembahagi jalan sambil berpaut pada tiang lampu jalan ketika pasukan penye.lamat tiba.

“Pihak polis dan bomba berusaha memujuknya namun suspek enggan memberikan kerjasama dan meng.ugut akan terju.n.

“Ketika dalam proses memujuk, datang seorang perempuan yang mendakwa bekas isteri suspek hadir untuk memujuk suspek. Suspek akhirnya berjaya dipujuk,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, siasatan mendapati suspek bertindak demikian selepas menghadapi krisis rumah tangga bersama bekas isteri selepas bercerai pada Januari lalu.

Lelaki tersebut ditenangkan oleh anggota polis, bomba dan bekas isterinya di lokasi kejadian. Foto: Gambar tular.
“Suspek yang baru berhenti kerja sebagai pemandu peribadi dalam usaha memujuk bekas isteri untuk rujuk semula.

“Ia adalah perkahwinan kedua suspek selama empat tahun dan tidak dikurniakan zuriat,” katanya.

Tambahnya, suspek dit4han dan akan direman pada Sabtu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 309 Kanun Keseks4an.

Punca pencer4ian di Malaysia

Tidak sekepala, sudah tawar hati dengan pasangan, atau kes curang adalah salah satu punca penceraian yang paling sinonim kita pernah dengar.

Tapi, beberapa kajian telah membuktikan ada persamaan pada setiap pasangan yang bercerai. Persamaan ini yang menjadi punca penceraian mereka.

Hasil kajian berjaya mengesan antara masalah dalam hubungan rumah tangga yang mampu menyebabkan suami isteri itu terus hidup bahagia atau bakal bercer4i.

1. Kahwin terlalu awal atau terlalu lambat
Kajian mendapati mereka yang berkahwin saat masih remaja (di bawah usia 20 tahun) atau di pertengahan umur 30-an memiliki risiko yang tinggi untuk bercerai.

Ia jauh berbeza dengan pasangan yang berkahwin pada usia akhir 20-an atau awal 30-an. Tapi mengapa?

Berdasarkan penelitian Profesor Nicholas Wolfinger dari Utah University, pasangan yang berkahwin lewat usia 32 tahun akan bercerai sebanyak 5% setiap tahun.

Malah, Nicholas turut menulis dalam Institute for Family Studies yang menjelaskan –

“Akhir usia 20-an adalah waktu terbaik untuk berkahwin.”

Manakala sebuah kajian lain yang diterbitkan dalam jurnal Economic Inquiry pula mengatakan penceraian kerap terjadi jika jarak usia antara pasangan jauh berbeza.

Laporan Megan Garber dalam The Atlantic menyebut jika jarak usia antara pasangan adalah sebanyak 1 tahun, risiko penceraian adalah sebanyak 3% saja.

Jika jarak usia pasangan sebanyak 5 tahun, risiko penceraian meningkat sebanyak 18%. Perbezaan usia sebanyak 10 tahun lebih meningkatkan risiko pasangan bercerai sebanyak 39%.

2. Suami tak ada kerja tetap

Sebuah kajian yang dilakukan Harvard mendapati masalah kewangan bukanlah punca penceraian. Sebaliknya, ia disebabkan oleh pekerjaan suami.

Kajian yang diterbitkan di American Sociological Review itu mengatakan jika suami tak ada kerja tetap, risiko penceraian meningkat sebanyak 3.3% berbanding suami yang ada kerja tetap (2.5%).

Ini kerana semua sedia maklum suami adalah pencari nafkah utama untuk keluarga. Jika suami tiada kerja tetap, kestabilan rumah tangga bisa goyah.

3. Tak habis persekolahan

Sebuah soal selidik jangka panjang yang dilakukan sejak tahun 1979 oleh The National Longitudinal Survey of Youth mendapati pasangan yang tidak habis persekolahan cenderung untuk bercerai.

Manakala pasangan yang memiliki pendidikan tinggi pula 30% kurang bercerai berbanding mereka yang tak habis sekolah.

Ini kerana semakin rendah tahap pendidikan seseorang, semakin sukar untuk mereka mendapatkan pekerjaan. Jadi, perkahwinan juga sukar untuk dikekalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *