Amalan

Mohon Rentas Daerah Kerana Kem4tian, Gadis Sentap Di Sindir P0lis

Berikutan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 18 Februari akan datang.

Antara aktiviti yang masih dilarang adalah rentas daerah atau negeri.

Bagaimanapun, jika keadaan terlalu mendesak seperti ada kematian dan sebagainya, rakyat perlu memohon surat kebenaran daripada pihak polis.

Baru-baru ini, seorang gadis yang menggunakan nama @libertinebabe di Twitter.

Dia memaklumkan bahawa salah seorang insan tersayang dalam hidupnya baru sahaja meningg4l dunia.

Difahamkan lagi menerusi ciapannya itu, dia dan bapanya tinggal di daerah berlainan.

Jadi terpaksa meminta surat rentas daerah di balai polis sebelum boleh menziarahi jnazah.

Namun begitu, gadis itu meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa anggota polis sempat lagi ‘menyindir’ dia dan bapanya ketika di balai polis.

Mohon Rentas Daerah Ziarah KEM4TlAN, Gadis Kecewa dDakwa PoIis Melakukan Sindiran Ini

“Biasalah nak raya Cina ni banyaklah alasan,” kata polis berkenaan seperti didakwa gadis tersebut.

Gadis itu menyifatkan polis berkenaan bersikap kurang ajar.

Walhal kematian insan tersayang bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

Siapa sahaja yang tak s4kit hati kan, bila ada orang mempermainkan kematian insan terdekat. Memang tidak sensitif langsung!

Kem4tian bukan bahan lawak

Mohon Rentas Daerah Ziarah KEM4TlAN, Gadis Kecewa dDakwa PoIis Melakukan Sindiran Ini

Dia menegaskan bahawa anggota polis itu bertuah kerana bapanya merupakan seorang yang baik.

Dan tidak memperbesarkan isu tersebut pada pihak atasan.

Kalau tidak, ia mungkin menjadi hari terakhir anggota polis itu berkhidmat.

Kita tak minta, benda dah jadi

Mohon Rentas Daerah Ziarah KEM4TlAN, Gadis Kecewa dDakwa PoIis Melakukan Sindiran Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa marah dengan tindakan anggota polis terbabit.

Dan ramai juga yang berkongsi pengalaman sama saat berurusan dengan anggota polis bersikap sedemikian.

Lawak bod0h

“Betul ke mak meningg4l atau memang niat nak balik kampung beraya?”

Mohon Rentas Daerah Ziarah KEMATlAN, Gadis Kecewa dDakwa PoIis Melakukan Sindiran Ini

Kenapa makin ramai polis berperangai teruk?

Mohon Rentas Daerah Ziarah KEM4TlAN, Gadis Kecewa dDakwa PoIis Melakukan Sindiran Ini

Sebab itulah kita kena sentiasa jaga adab dalam setiap pertuturan kita…

Tambahan lagi, hal-hal melibatkan kem4tian. Jangan pernah dibuat main!

Sumber: Twitter @libertinebabe

Rentas negeri dibenar untuk kes tertentu

Terdahulu Kerajaan bersetuju melonggarkan syarat pergerakan rentas negeri bagi kes tertentu di seluruh negara bermula tengah malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebagai contoh, bagi individu yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas tidak perlu membatalkan tiket itu, sebaliknya meneruskan perjalanan mereka.

“Setelah berbincang dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat kes tertentu boleh diberi kelonggaran. Mereka yang beli tiket penerbangan, bas ekspres boleh teruskan perjalanan, tidak perlu batalkan tiket.

“Kelonggaran hanya diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu, ada yang melawat keluarga sakit di hospital.

“Mereka akan balik dua hari dari sekarang, Khamis ini. Saya sudah berbincang dengan PDRM, kes tertentu seperti ini dibenarkan,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, secara umumnya pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara di semua negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) serta PKP Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, semua pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan di negeri yang dikenakan PKP dan PKPB dan mereka yang berada di negeri yang dikenakan PKPP juga tidak dibenarkan merentas negeri ke negeri atau daerah yang dikenakan PKP dan PKPB.

“Di enam negeri dikenakan PKP, laluan keluar masuk akan ditutup dan dikawal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengadakan sekatan jalan raya untuk mengawal keluar masuk.

“Semua penduduk di kawasan PKP, tidak dibenarkan keluar dari kediaman atau tempat tinggal masing-masing kecuali atas sebab-sebab tertentu.

“Seperti dimaklumkan kedai-kedai untuk membeli barang keperluan harian, restoran dan gerai makan dibuka tetapi hanya untuk bungkus dan bawa pulang sahaja, maka dibenarkan keluar.

“Untuk khidmat penjagaan kesihatan, maksimum seramai tiga orang dibenarkan termasuk pesakit ke hospital atau klinik dalam radius tidak lebih 10 kilometer daripada tempat tinggal masing-masing kecuali tiada hospital atau klinik dalam radius yang dibenarkan.

“Untuk kes-kes kecemasan memang dibenarkan untuk pergerakan keluar masuk,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *