Hiburan

“Mummy Mung Kecek Kelate Dok” Aksi Terbaru Anak Azhar Sulaiman Buat Ramai Geli Hati

Kasih Iris Leona merupakan anak perempuan kepada Pelakon dan Pengacara Azhar Sulaiman, Kasih yang selalu dihimpit kontroversi apabila tidak boleh berbahasa melayu dengan baik tetapi bercakap menggunakan bahasa inggeris dengan sangat baik malahan lebih baik daripada bahasa melayu.

Melalui perkongsian kasih melalui aplikasi Tik Tok menggunakan nama le yoooooo na, kasih meminta ibunya untuk bercakap menggunakan bahasa kelantan dengannya tetapi ibunya enggan untuk bercakap menggunakan bahasa kelantan.

Video:

Disebabkan itulah kasih menerangkan bahawa itulah sebabnya mengapa dia susah untuk bercakap mengggunakan bahasa melayu kerana tiada sesiapa ingin bercakap menggunakan bahasa melayu dengannya.

membesar dengan cara moden dan agak kebaratan mungkin juga menjadi satu isu kenapa Kasih Irish Leona tidak mampu untuk bertutur bahasa melayu dengan fasih tetapi itu tidak sama sekali menjadikan dirinya bukan orang melayu yang baik.

Komen Netizen:

“Pekat molek dio kecek”

“Kecek laaaa” Cute G1laaaa..

Jadi dari kita berfikir yang negatif, maka baiklah kita mendoakan semoga Kasih Irish Leona belajar untuk bercakap dengan baik satu hari nanti.

“Saya Harap Orang Berhenti Cakap Pasal Saya” – Kasih Iris Leona

Nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona hangat menjadi perbualan netizen.

Malah, nama remaja itu juga trending di Twitter selepas mendapat teguran kerap beraksi di TikTok termasuk video yang dirakam ketika berada dalam kelas di kolejnya.

Ekoran itu, Gempak telah menemu bual Leona untuk mendapatkan sedikit komen.

“Saya tak begitu terkesan dengan kejadian sebegitu, tetapi saya harap orang akan berhenti cakap pasal saya selepas ini.

“Orang selalu meninggalkan macam-macam komen mengenai saya di media sosial, tak kira apa yang saya lakukan, saya rasa segelintir netizen akan masih ‘menyerang’ saya.

“Tiada apa lagi yang saya boleh buat, saya tak boleh kawal perkara sebegini,” katanya kepada Gempak.

Leona berkata demikian ketika ditemui di Laun-Jink Party di Black Box MAPKL, Publika semalam.

Tambah Leona, dia tahu membahagikan masa untuk belajar dan merakam video TikTok.

Leona juga menegaskan video ketika berada di dalam kelas itu dirakam setelah proses pembelajaran berakhir.

“Mungkin ada pihak menyangka saya buat video TikTok setiap masa, tetapi saya pergi ke kolej untuk belajar.

“Video-video TikTok yang saya kongsi itu dirakam ketika waktu lapang atau selepas kelas tamat,” tuturnya menutup bicara.

“My Daughter Nak Berlakon Drama. Kalau You Larat Ajar Dia Melayu Betul-Betul…,” – Kata Azhar Sulaiman

Pelakon Azhar Sulaiman ‘mempromosikan’ anak perempuannya, Kasih Iris Leona untuk berlakon dalam mana-mana drama tempatan.

Bagaimanapun, Azhar mengakui bahawa Leona kurang mahir berbahasa Melayu.

Perkongsian tersebut dibuat bintang senior ini menerusi Instagram.

“My daughter Leona nak berlakon drama. Kalau you larat ajar dia Melayu betul2, Mami izinkan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata telah memberikan respon pelbagai.

Malah, Azhar dan anaknya juga dilihat ada memberikan reaksi.

Pada masa sama, Azhar ada memberitahu anaknya mampu bertutur dalam Bahasa Melayu, cuma pelat.

Terdahulu, Leona pernah menerima Anugerah Ikon Perintis Muda Pengakap Laut bersempena sambutan Hari Pelaut Peringkat Nasional.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Tiktok Kasih Iris Leona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *