Hiburan

Muncul Group ‘Riak Apa Hari Ini’. Sekali Ustazah Asama Beri Komen

PETALING JAYA – Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menasihati secara terbuka kepada sebuah akaun kumpulan Facebook agar tidak menggunakan perkataan riak untuk tujuan bergurau.

Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, Ustazah Asma’ menegur pentadbir kumpulan “Riak Apa Hari Ini” supaya menukar nama atau terus menutup kumpulan itu yang disifatkan mengindahkan perbuatan riak.

“Mohon admin group ‘Riak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat aib. Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen juga mendapati teguran Ustazah Asma’ turut disokong oleh rata-rata netizen yang kebanyakannya menggesa supaya akaun tersebut ditutup.

Seorang netizen dikenali sebagai Irdina berkata, perbuatan riak itu tidak sewajarnya dijadikan senda gurau.

“Sangat takut apabila riak itu pada awalnya hanyalah sekadar untuk berkongsi rasa. Kini dijadikan senda gurau pula, akhirnya bertukar jadi tabiat,” katanya.

Baru-baru ini, akaun kumpulan Facebook tersebut menjadi tular di laman sosial.

Difahamkan kumpulan tersebut dicipta supaya pelayar Facebook boleh menunjuk-nunjuk kemewahan untuk tujuan bergurau dan menghiburkan semata-mata.

Akaun yang dicipta pada awal bulan Februari itu kini mempunyai lebih 120,000 pengikut.

Erti riak dan s0mbong

Kita semua tahu apa itu yang dimaksudkan dengan riak dan sombong. Sombong juga dikenali sebagai takbur. Ia merupakan istilah yang sering diguna dan disebut berhubung dengan sikap dan pe’el manusia.

Kita juga tahu ia dianggap sebagai penyakit hati yang tidak senang diubati kerana kesan-kesannya tidak kita rasai secara fizikal dalam tubuh badan kita. Tambah lagi jika kita tidak atau jarang sekali bermuhasabah diri.

ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman 31:18)

Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang, antaranya ialah riak atau sombong. Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin berkata, sifat takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *