Amalan

Nabil Mahir kecewa laporan tentang Ayda Jebat hamil. Ini luahan panjang dia

Kecoh di media sosial semalam mengenai pelakon drama Cindai iaitu Ayda jebat yang dikatakan hamil setelah dua bulan mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Nabil Mahir.

Walau bagaimanapun, menjengah ke akaun Instagram milik Nabil, satu posting telah dimuat naik dan meminta tiada sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut.

Kalau ada berita baik, pasti akan kongsi

Menerusi perkongsian tersebut, pengacara berusia 33 tahun itu berkata sebarang berita gembira pasti akan dikongsi buat pengetahuan umum dan para peminat.

“Dalam kehidupan ini, apabila kita mendapat berita yang baik, sudah pasti kita sendiri yang ingin kongsikannya.

“Hari ni kami pening, marah & sedih sampai mengalir air mata kerana ramai yg terasa, tersentap dan yang ingin tahu. Stress yang tak diperlukan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan, Nabil kecewa dengan tindakan sebuah portal yang seakan-akan tidak menghormati privasi mereka. Hal ini kerana berita gembira haruslah dikongsi oleh ‘tuan badan’ sendiri dan bukan melalui gosip sahaja.

Walau bagaimanpun, dia mengucapkan terima kasih di atas kesemua doa dan ucapan yang diberikan selain turut berharap kesemua pihak faham dengan situasi pada waktu kini.

‘Stay strong!’

Posting berkenaan sudah tentu mendapat perhatian daripada warganet yang berharap agar mereka sentiasa kuat menghadapi sebarang dugaan.

Rata-rata warganet juga bersetuju rezeki cahaya mata merupakan topik sensitif dan tidak seharusnya digembar gemburkan tanpa keizinan.

Jaga Ayda untuk kami ya. Semoga Nabil & Ayda terus bersabar

Terdahulu, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan pada April tahun lalu dan selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2021.

SELEPAS hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir dikhabarkan sudah mendapat berita gembira.

Ia berikutan Ayda dikatakan sudah hamil selepas pelakon tersebut menemui pakar perbidanan dan sakit puan, di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan.

Sumber mengesahkan berita positif itu yang mengatakan Ayda sudah hamil namun tidak dijelaskan berapa minggu usia kandungannya.

mStar cuba mendapatkan pengesahan daripada Ayda namun panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Dalam pada itu, pasangan ini dipercayai masih belum bersedia untuk berkongsi berita gembira tersebut memandangkan usia kandungan yang masih baharu.

Pada 6 Februari lalu, Ayda menerusi laman Twitter pernah menulis status meluahkan rasa syukur, bagaimanapun dia tidak menjelaskan maksud perkongsiannya itu.

Pasangan ini dikatakan menemui pakar perbidanan di sebuah hospital.

“Alhamdulillah… syukur atas rezekimu,” tulisnya.

Gara-gara status itu, pengikut membuat andaian penyanyi lagu Parah Parah ini sedang hamil dan bakal bergelar ibu.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan tidak sabar menantikan pengumuman gembira itu

Menerusi Instastory pada Isnin, reaksi spontan Nabil mendengar perut Ayda Jebat turut memberi bayangan isterinya itu kini sedang hamil.

“Macam-macam bunyi,” kata Nabil.

Jika benar Ayda sedang hamil, penjagaan ketika kehamilan trimester pertama sangat penting dan perlu diuruskan dengan baik.

Di peringkat ini, kesihatan fizikal dan mental bayi yang bakal lahir dipengaruhi oleh penjagaan prakehamilan dan kehamilan trimester pertama.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Januari 2021.

Ayda juga dinasihatkan agar menjaga kesihatan serta tidak terlalu agresif dalam melakukan aktiviti harian.

Suami juga digalakkan membelai perut isteri selalu bagi membina hubungan antara anak dan bapa serta meningkatkan lagi kecerdasan bayi.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Marilah kita berdoa agar Ayda dan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan selamat jika benar dia hamil.

Namun begitu seandainya masih belum dikurniakan rezeki itu, kita berharap agar Allah mempermudahkan segala urusan yang baik buatnya.

Sumber: Instagram Nabil Mahir

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *