Hiburan

Nekad Jadi Rider Foodpanda, Jiwa Kental Gadis Cantik Penghantar Makanan Tarik Perhatian

Demi menampung perbelanjaan bulanan, ramai yang sanggup bekerja lebih dari satu pekerjaan pada satu-satu masa. Pekerjaan yang sering menjadi pilihan termasuklah sebagai penghantar makanan atau rider food delivery. Di bandar-bandar besar, terdapat pelbagai jenis khidmat penghantaran makanan yang tersedia. Kebanyakannya dilakukan oleh golongan anak muda atau penuntut universiti tanpa penat lelah bagi mencari sumber rezeki yang halal.

Penghantar makanan wanita di Malaysia agak jarang kelihatan tetapi hakikatnya ada. Wanita kini mampu untuk melakukan segala kerja asalkan mendatangkan rezeki yang halal.

Farah Nur Syifa, 20, memilih untuk bekerja sebagai seorang penghantar makanan (Foodpanda) sejak habis praktikal.

Lebih mesra dipanggil Fafa, pada awalnya pekerjaan ini sekadar sambilan tetapi memandangkan waktu sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dia membuat keputusan untuk melakukan sepenuh masa.

Mula bekerja awal tahun

“Saya kerja dengan Foodpanda sejak awal tahun lagi. Saya daftar tahun lepas masa tengah belajar dulu tapi baru dapat masuk awal tahun.

“Awal tahun pulak saya praktikal, jadi saya buat sambilan lepas dah habis kerja. Selepas praktikal, saya terus buat sepenuh masa sebab sekarang ini susah nak dapat kerja.

“Saya suka kerja ni, boleh dikira macam hobi juga la. Kadang kadang tu ada perasaan takut juga terutama waktu malam, saya pulak perempuan.

“Saya memilih kerjaya penghantar makanan juga kerana minat dengan motosikal sejak sekolah dan mempunyai lesen motosikal pada usia 17 tahun,”.

Ramai pelanggan terkejut

Fafa, 20, berkata, walaupun kerjaya itu didominasi kaum lelaki, ia tidak mematahkan semangatnya mencari rezeki sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai penghantar makanan.

Katanya, ramai pelanggan terkejut dan janggal ketika dia menghantar makanan kerana kebiasaannya penghantar makanan adalah lelaki.

“Alhamdulillah sepanjang bekerja ni tak ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Minta dijauhkan,” katanya.

Tambah pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Terapi Kecantikan ini berkata dia gembira dapat bertemu dengan berbagai bangsa dan umur pelanggan yang rata-ratanya memberi layanan yang baik.

Gadis berasal dari Ipoh, Perak itu berkata pada awalnya, ibu bapanya bimbang dengan keselamatannya sebagai penghantar makanan, namun dia membuktikan boleh menjaga diri dan sentiasa mengambil langkah keselamatan semasa menunggang.

Katanya, pada zaman ini, remaja tidak boleh memilih pekerjaan dan sebagai kaum wanita perlu berani meneroka pelbagai bidang.

“Saya sering mengikuti konvoi kapcai bersama kumpulan LC Super Spirit dan kali terakhir mengikuti kembara itu pada 5 Januari lalu.

Pengalaman yang paling seronok

“Pengalaman yang menyeronokkan, pelanggan tak kira bangsa dan umur. Mereka ‘sporting’, ada yang bagi duit raya dekat saya.

“Paling seronok apabila pelanggan faham masa kita lambat hantar sebab kedai makan tengah ramai orang.

“Alhamdulillah, masa puasa haritu ada pelanggan sedekahkan air untuk saya berbuka. Masa tu tinggal dua minit lagi nak berbuka. Rasa dihargai sebagai ‘rider’ dan barisan hadapan (frontliner),” kata Fafa.

Dalam pada itu, mempunyai wajah yang cantik membuatkan Fafa tidak terlepas daripada diganggu oleh kaum Adam.

“Kadang-kadang tu ada ja tapi saya tak layan. Kalau nombor tak kenal, saya akan layan jika dia pelanggan perniagaan saya.

“Bukan hanya satu kerja saya buat, ada beberapa lagi yang saya sertai sebagai ejen. Saya juga tolong ibu jual laksa mee pangkor, setiap hari saya akan hantar di sekitar Ipoh,” katanya menutup perbualan.

1. Syarat Utama Nak Jadi Rider Foodpanda

Syarat utama nak jadi Foodpanda Rider ni sangat mudah je sebenarnya.. 1) Kena ada motor. 2) Kena ada lesen 3) Berumur 18 tahun ke atas. Sesuai sangat untuk mereka yang belum ada kerja lagi / tengah menganggur. Dan sesuai juga untuk pelajar universiti yang tengah cuti semester. Masa la peluang nak cari duit poketkan.

2. Cara Mohon Kerja

Lepas isi borang di rider.foodpanda.my, perlu datang interview dan praktikal. Lepas tu kalau terpilih, kena sedia deposit rm100 (dipulangkan semula kalau nak berhenti) dan akan diberikan baju pink, beg besar dan beg thermos.. nanti akan ada kapten / senior yang akan train buat kerja.. alaa,senang je nak paham..

3. Shift Kerja

Boleh buat secara part time or full time. Nanti ada aplikasi khas untuk pilih shift waktu kerja.. nak pilih 2 shift berturut-turut pun boleh. Kalau rajin, buat jer terus 10 jam sehari. Lagi banyak income dapat.

4. Cara Rider Bekerja

Setiap rider akan ada apps khas. Bila tibanya shift kerja, sistem akan hantar order ke apps tu dan rider kena accept cepat2. Lepas accept, rider perlu ke vendor (restoran) untuk ambik makanan dan hantar ke alamat customer. Semua alamat customer boleh cari guna Maps or Waze jer..biasanya lokasi vendor dalam lingkungan 5km radius saja dari rumah customer.

5. Cara Bayaran Gaji

Gaji ikut jam. Sejam akan dibayar RM4.. dan setiap delivery, akan dapat komisen RM3 – RM5 per order. Bergantung kepada batch mana yang rider sertai. Walaupun tak dapat banyak order dalam 1 jam, gaji tetap akan dibayar. Itulah biasanya kalau kita tengok geng-geng foodpand rider tengah berkumpul di mamak / mana2 kedai makan tu, diorang tengah kerja tu.. bukan lepak kosong.. hehee..

6. Banyak Ke Order Biasa Dapat?
Biasanya, kalau kawasan yg betul2 padat, mereka akan dapat dalam 4-6 order untuk setiap jam.. sesetengah tempat tak sampai pun 4 order tu.. lagi2 kalau kat kawasan tu dah ramai rider yang bertugas.. itulah pentingnya untuk rider cepat2 take action untuk pegi collect makanan dari vendor dan hantar ke customer. Lagi byk order yang dapat disiapkan dalam masa 1 jam tu..

7. Berapa RM Biasanya Dapat

Kalau yg buat part time weekend saja, biasanya diorang dapat average dalam Rm150-RM250 macam tu.. kira ok la kan kerja hantar makanan sabtu dan ahad saja.. Daripada duk rumah takde buat apa, pergi hantar2 makanan lagi bagus.. takde la masa terbuang macam tu je kan..

8. Gaji Bayar Bila?

Gaji dibayar seminggu sekali setiap hari Rabu. Jadi, kepada yg duk kerja makan gaji dan buat foodpanda secara part time, mereka boleh la dapat income mingguan dulu sementara nak menunggu gaji bulanan masuk.. dapat la beli barang2 dapur guna hasil dari foodpanda ni kan.. best jugak tu..

9. Biasanya Customer Bayar Siap2 Melalui Apps Or Bayar Secara Cod?

Dua-dua cara ada..bergantung kepada customer. Yang penting, kalau customer bayar cash kepada rider, rider kena bank in segera sebelum jam 11mlm. Kalau tak, gaji kena hold nanti..

Apa-apa pun, saya respect dengan pengasas FoodPanda ni.. bukan saja ia membantu orang yang malas nak keluar beli makanan, malah, ianya menyediakan peluang pekerjaan yang sangat banyak kepada masyarakat. Sekarang, kalau kat area lembah klang ni, boleh nampak kan. Kat mana2 je ada rider foodpanda ni.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *