Amalan

Pacuan empat roda dibawa lari penjen4yah, sekali ada tiga anak dalam kereta

JENGKA – Seorang pemilik bengkel cat kenderaan berdepan detik cem4s apabila tiga anaknya yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda miliknya dilarikan dua lelaki di Masjid Bandar Jengka di sini pada pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi pagi itu, Abdul Hadi Abdul Abdul Rahim, 45, dari Jengka 13 di sini singgah ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat Subuh ketika dalam perjalanan menghantar isterinya yang merupakan seorang guru ke sekolah.

Menurutnya, dua anak lelakinya berusia lapan dan tiga tahun bersama seorang anak perempuan kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun ditinggalkan dalam kenderaan jenis Toyota Hilux miliknya itu.

“Saya keluar dulu dari kenderaan untuk masuk ke dalam masjid, kemudian baru isteri saya masuk ke dalam masjid. Tetapi isteri saya keluar dulu dari masjid selepas selesai solat Subuh.

“Bila saya keluar dari masjid, saya nampak isteri menangis di hadapan masjid. Dia kata kereta dan anak-anak kami sudah hilang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Abdul Hadi berkata, dia terus meminta bantuan keluarganya sebelum ketiga-tiga anaknya berjaya ditemui di sebuah simpang jalan di Jengka 11 di sini kira-kira jam 7 pagi.

“Masa itu saya hanya fikir anak-anak sahaja. Syukur kerana penjenayah yang melarikan kenderaan saya tidak mengapa-apakan anak-anak tetapi meninggalkan mereka di simpang,” katanya.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan mendapati seorang lelaki meminta salah seorang anak lelakinya membuka pintu kenderaan yang telah dikunci dari dalam.

Katanya, selepas kenderaan dibuka, lelaki itu terus memandu, manakala seorang lagi lelaki masuk ke dalam sebuah lagi kereta di belakang masjid,” katanya.

Abdul Hadi berkata, dia bernasib baik kerana kenderaannya yang dilengkapi dengan sistem GPS itu juga ditemui ditinggalkan dua penjenayah terbabit di Jengka 1 kira-kira jam 10 pagi.

“Bagaimanapun dokumen penting, barangan kemas, wang tunai serta telefon bimbit milik saya dan isteri yang berada di dalam kenderaan itu telah hilang,” katanya.

Mengakui trauma dengan insiden tersebut,Abdul Hadi berkata, ia satu pengajaran buat dirinya supaya lebih berhati-hati selepas ini.

Kenderaan pacuan empat roda milik Abdul Hadi yang dilarikan penjenayah dalam kejadian di Jengka pada Rabu.

Berikutan kejadian itu, katanya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bandar Pusat Jengka di sini.

Berikut reaksi dari netizan

“KENDERAAN dilarikan peny4mun dengan enjin on dan anak2 berada di dalam kereta banyak kali dah berlaku dan dilaporkan dalam media. Kita mungkin pernah membacanya tapi malangnya kita mudah lupa. Zaman anak2 saya kecil dahulu jika saya keluar dari kenderaan dan tinggalkan anak2 utk urusan sekejap, biasanya saya lock kereta dan matikan enjin. Biarlah mereka berpanas sekejap yg penting mereka selamat.

“Aku kalau trun isi myk atau stop tp kedai.runcit mmg dh train ank2 kunci , n aku mmg pesan kalau ada org dekt2 kereta ketuk atau suh buka pintu tekan hon banyak kali non stop, tp awal2 msa train dulu,smpai uncle dekt petrol pam nk cuci cermin pn ank tekan hon non stop, asal ada org dekt2 keta smua jdi suspek dia

“Dri anak masih kecil² smpai la Skrang Dah berusia 25&21 Tahun Sya tetap akan mati kan enjin Dan bwa kunci krta Klw Mereka hanya mau tunggu dlm krta saja.. Perasaan insecure Itu slalu dlm hti. Kdg² anak² pun geli hati Tngok perangai mak dia.

“kebanyak kan kereta bila tiba di mana saja pasti enjinnya hidup tak kira jenis kereta nak nak di pump minyak banyak belaku bila dah kena mcm ni baru ingat nak matikan enjin kereta buka satu dua malah kite bagi terguran malah kita balik yg di marahi itu lah sikap manusia yg ego bila jadi mcm tu baru nak gelupo itu lah sikap yg selama ni belaku

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *