Hiburan

Pandemik heret pelajar universiti ke kancah ‘sugar baby’. Ini 10 Universiti Di Malaysia Yg Paling Ramai Terlibat

Antara cabaran terbesar dalam kehidupan ini adalah membesarkan dan mendidik anak-anak. Ia akan menjadi lebih susah bila anak-anak ini sudah meningkat remaja. Zaman remaja penuh dengan cabaran yang boleh menyebabkan ibu bapa yang mahukan anaknya berakhlak mulia dan berperibadi muslim sakit kepala dengan perilaku anak-anak pada tahap remaja ini.

Ramai dalam kalangan ibu bapa Muslim di seluruh dunia keliru dan buntu memikirkan cara terbaik dalam mendidik anak remaja. Di sini, Islam sebagai panduan kita yang utama menganjurkan beberapa cara untuk menghadapi permasalahan ini. Perkara pertama yang perlu disematkan dalam diri ialah anda adalah ibu bapa sepenuh masa, bukannya identiti sebagai ibu bapa adalah seperti pekerja separuh masa. Tanggungjawab andalah untuk mendidik anak-anak berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Baru-baru ini, laporan oleh SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia mengejutkan ramai apabila Malaysia merupakan negara ketiga paling tinggi di Asia memiliki sugar daddy paling ramai.

Kalau ada sugar daddy, sudah tentu ada sugar baby. Terbaru, aplikasi Sugarbook mencatatkan peningkatan oleh sugar baby di Malaysia sepanjang musim PKP.

Aplikasi Sugarbook turut menyenaraikan 10 universiti di Malaysia yang mempunyai ramai sugar baby.

Melalui pendaftaran akaun baharu sebagai sugar baby dalam aplikasi Sugarbook, universiti yang paling ramai sugar baby adalah Sunway University sebanyak 3,105 pendaftaran.

Tangga kedua INTI International University dengan 2,624 pendaftaran dan ketiga Taylors University mencatatkan 1,696 pendaftaran.

Menurut Sugarbook, ketika ini adalah tempoh sukar memandangkan semua dilaksanakan dalam talian, tetapi yuran masih lagi perlu dibayar pada amaun yang sama.

Laporan juga mendedahkan elaun sugar baby yang diterima daripada sugar daddy mereka adalah sekitar RM2,500.

Lebih mengejutkan, senarai pekerjaan sugar baby dimonopoli oleh golongan pelajar, diikuti ahli perniagaan dan jururawat.

Pandemik heret pelajar universiti ke kancah ‘sugar baby’

PETALING JAYA: Peningkatan kes Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan lebih ramai pelajar universiti di negara ini terjebak dalam kancah “sugar baby-sugar daddy” bagi memperoleh wang mudah untuk menampung kos sara hidup termasuk yuran pengajian.

Sugarbook, platform temu janji “sugar daddy” terbesar di Asia melaporkan peningkatan 40% pelajar mendaftar untuk menjadi “sugar baby” sejak Januari, dengan menyatakan krisis kewangan dialami golongan terbabit.

Platform itu turut mendedahkan senarai “top 10” universiti “sugar baby” di Malaysia di Lembah Klang termasuk dua universiti awam, dengan seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan terjebak dalam kancah itu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook Darren Chan dalam kenyataan berkata, platform itu membantu meringankan beban pelajar berdepan masalah kewangan, pada masa sama mendedahkan mereka kepada golongan elit berpengaruh yang berpendapatan purata RM150,000.

“Berkenalan dengan seseorang yang lebih berjaya atau berpengalaman datang dengan faedahnya, dan insentif kewangan adalah salah satu daripadanya. Mereka dapat berhubung dengan individu berpengaruh sekali gus melancarkan peluang kerjaya.

“Menjelang Valentine’s dalam masa terdekat ini, kebanyakan ‘sugar baby’ mendapat elaun bulanan sehingga RM2,500, ini sangat membantu pelajar universiti yang berdepan situasi sukar,” katanya.

Menerusi laporan Sugarbook, golongan pelajar dan graduan menduduki tangga pertama paling ramai menjadi “sugar baby”, diikuti usahawan, jururawat, guru, peguam, pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model dan ahli farmasi.

Sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu, semua universiti awam dan swasta terpaksa ditutup, dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam talian.

Bagaimanapun, yuran pengajian universiti tetap sama, terbukti menjadi salah satu beban yang paling mencabar bagi kebanyakan keluarga.

Difahamkan terdapat juga beberapa universiti mengurangkan yuran pengajian pelajar sebagai usaha meringankan beban mereka berikutan kesan pandemik Covid-19.

Semalam, FMT melaporkan Malaysia menjadi “sarang” kepada 42,500 “sugar daddy”, ketiga paling tinggi di Asia selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250), menurut SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia.

Senarai itu diikuti Jepun yang mempunyai 32,500 “sugar daddy”, Hong Kong (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000) dan Sri Lanka (5,000).

Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.

Dilaporkan, negara Asia dengan kadar penembusan pendidikan tinggi terbukti lebih terdedah terhadap trend itu, dengan Malaysia mencatat hutang pinjaman tertunggak pelajarnya berjumlah RM39 bilion.

SUMBER: Technave

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *