Uncategorized

Kecoh pekerja baling barang pelanggan, Individu ini kongsi cara pekerja di Jepun m0g0k

Syarikat kurier, J&T Express (J&T) memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian pekerja mogok dan membaling barang yang tular di media sosial.

J&T dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, insiden berlaku disebabkan kakitangan kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca kejadian m0gok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu.

“Sebenarnya J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan.

“Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama tempoh satu tahun dan ia (bonus) dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

J&T turut memaklumkan, disebabkan masalah itu ada segelintir kakitangan yang kurang jelas berhubung sistem pengagihan bonus, sekali gus menyebabkan pengagihan bungkusan secara kasar, selain menghasut pekerja melakukan gangguan bersama dan menyebarkan rakaman video di media sosial.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan hub di negeri Perak segera menangani dan menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku.

“Pada 5 Februari lalu, pekerja kembali menjalankan tugas seperti biasa untuk menyusun dan memproses bungkusan pelanggan.

“Kami ingin menjelaskan, J&T tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja dan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat, selain institusi yang terbabit,” katanya.

Kenyataan itu juga berkata, J&T komited meningkatkan pampasan dan faedah pekerja dari semasa ke semasa serta mempromosikan pembangunan ekonomi sosial dan industri e-dagang Malaysia.

Dalam pada itu, J&T turut memberi maklum balas mengenai aduan pelanggan mengenai pekerja syarikat terbabit yang didakwa mencuri makanan dan minuman daripada bungkusan pelanggan.

“Disebabkan peningkatan pesat jumlah bungkusan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kami (J&T) mengambil lebih banyak bungkusan daripada masyarakat.

“Dalam tempoh itu, syarikat mengupah lebih ramai pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada mereka.

“Ini adalah kesalahan dalam pengurusan dan kami juga sudah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan baharu, khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa serta menyelesaikan bungkusan yang hilang dengan cepat,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial video pekerja syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Rakaman video berdurasi 15 saat di salah sebuah hub kurier syarikat itu turut menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan pelanggan yang kesal dengan tindakan pekerja terbabit kerana dikhuatiri akan mer0sakkan barangan dalam bungkusan.

Berikut pula perkongsian dari seoang netizan bagaimana pekerja di Jepun melakukan pr0stes atay m0g0k jika ada perkara yang mereka tidak puas hati dengan majikan atau pengurusan di tempat mereka berkerja

BEZA MOGOK CARA BIJAK …

Tahun 2018 dulu di Bandar Okayama di Jepun, driver-driver sebuah syarikat bas ni tak setuju dengan polisi syarikat. Jadi mereka pun bertekad nak buat protes.

Driver-driver tu tetap bawa bas macam biasa, tapi tak ambil bayaran dari penumpang. Free ride. Itu cara diorang protes kat syarikat.

Bila ditanya kenapa tak buat protes macam mogok tak datang kerja ke, driver-driver tu jawab:”kalau kami mogok tak bawa bas, penumpang akan lewat pergi kerja. Rutin harian pengguna bas akan terjejas. Ini antara kami dan syarikat, takkan orang awam pula kena tanggung”.

Itu cara masyarakat negara maju, mentaliti kelas pertama berfikir. Protes kepada syarikat tanpa menyusahkan pelanggan.

Bukan sebab marahkan syarikat, kau campak rosakkan barang-barang pelanggan…

Kredit: Hafez Fakhry

Barang Kurier R0sak & Pecah,Peguam Ini Ajar Cara Cara Nak Tuntut Hak Kita Yang Ramai Tak Tahu

Isu berkenaan dengan kemarahan pengguna yang menerima barang rosak akibat viral video staf penghantaran lempar barang baru-baru ini telah menarik perhatian peguam Nor Zabetha.

Bukan nak kupas tetang isu dalaman syarikat tersebut, peguam ini akan kongsikan satu info buat anda sebagai pengguna. Jika anda antara pengguna yang menjadi ‘mangsa’ kemarahan mereka, dapat barang yang rosak dan pecah, Nor Zabetha akan kongsikan cara-cara untuk tuntut hak.

Andai kata ada menerima barangan rosak oleh *&* kerana situasi ini, saya telah membuat semakan kepada terma dan syarat bagi penghantaran oleh *&*. Setakat mana hak kita? Apakah situasi yang boleh kita tuntut?”

Menurutnya, biarpun terma itu kelihatan sangat kuat menyebelahi syarikatnya, anda masih ada peluang sebagai seorang pelanggan untuk tuntut. Jadi, cara-caranya begini :

1) Aduan perlulah dibuat dalam masa 48 jam.

Terlepas 48 jam ini, *&* ada hak untuk tolak permohonan kita (Klausa 16.3 terma dan syarat. Aduan atau claim boleh call hotline 24 jam mereka iaitu 1300-80-9000 atau email seperti dalam Gambar 1 dibawah.

Sumber: Facebook

2) HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan.

Bagi barangan rosak atau hilang, Klausa 16.1 memperuntukkan HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis.

Jadi kalau anda adalah penerima, dapatkan pengesahan bertulis dari penghantar untuk memulakan tuntutan bagi pihak penghantar.

3) Isi borang ganti rugi

Perlu isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (kalau syarikat) dan lain-lain, nanti semak semula dengan *&*FJ dokumen lain yang diperlukan.

Sumber: Facebook

5) Sediakan juga gambar-gambar kerosakan.

Syarikat itu bakal menilai kerana berdasarkan terma, adalah menjadi tanggungjawab penghantar membuat bungkusan sewajarnya.

Maksudnya kalau barang mudah pecah perlu balut elok-elok dan jenis serta berat barangan perlu isytihar betul-betul.

Jika penghantar gagal mematuhi syarat ini, secara asasnya kalau barangan rosak, ianya bukanlah kesalahan *&* dan penghantar perlu menanggung kos dan kerugian akibat barangan rosak.

Jadi gambar membuktikan bahawa barang itu dibungkus elok adalah sangat penting. Tangkap gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak lagi dan dipercayai sebab kecuaian.

6) Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut mengikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya.

Nor Zabetha menjelaskan bahawa jumlah ganti rugi itu akan dinilai mengikut tahap kerosakan dan juga jumlah kerugian maksima telah pun ditetapkan.

Misalnya bagi barang yang hilang atau rosak yang beratnya kurang dari 2kg yang dihantar secara domestik (dalam negeri), jumlah yang boleh dituntut adalah berdasarkan harga kerosakan atau kehilangan atau maksimum RM100 sahaja atau mana-mana yang lebih rendah.

“Contoh, harga mainan kereta control yang dibeli dan dihantarkan adalah RM130.00. Kerosakannya adalah pada bahagian tayar yang terpatah. Dinilaikan sebanyak RM20 sahaja. Jadi tuntutan hanya RM20 sahaja.

Situasi lain, sekiranya kereta control ini hilang walaupun harga RM130, namun jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM100 sahaja. Itu sahaja nilai maksimum berdasarkan terma.”

Harganya berbeza, kalau domestik yang lebih 2.01kg, maksimum boleh tuntut RM300. Manakala barangan dari luar negara, maksimum RM400 tetapi ganti rugi akan diberikan kepada jumlah terpaling rendah berdasarkan siasatan dan semakan J&T.

:Mesti ramai yang kata tidak berbaloi bukan? Kalau barangan ribu ringgit. Yang rosak ribuan ringgit tetapi boleh tuntut hanyalah RM300. Sedangkan dalam video kelihatan barangan dikendalikan dengan ganas. Tak adil!

Memanglah ada terma dan syarat dan terikat tetapi jelas dalam video, barangan diperlakukan sedemikian rupa. Langsung tidak ikut SOP atau terma dan syarat.”

Baginya, ini adalah pengingkaran terma iaitu mereka sepatutnya mengendalikan barangan dengan baik. Kalau sekiranya mereka ikut SOP atau terma tetapi apakan daya barangan rosak, faham juga kerana ia tanpa disengajakan.

Tetapi kalau secara jelas, dicampaknya barangan kita ini. Tidak patut kerana kita meletakkan kepercayaan serta melantik mereka untuk mengendalikan dengan baik.

Sumber: Facebook

Tambahnya, seperti mana kita mematuhi terma dan syarat penghantaran. Begitu juga mereka. Jika mereka telah mengingkari, maka kita boleh mengemukakan saman kerana perbuatan mengingkari terma sehingga menyebabkan kita hilang ribuan ringgit.

Manalah tahu, keputusan berpihak kepada kita.

Sumber: LObakMerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *