Hiburan

Pelakon Komedi Syanie Hisham kembali bergelar isteri

PELAKON komedi Syanie, kembali bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, kira-kira 9 pagi hari ini.

Majlis ijabkabul pasangan ini dilangsungkan dalam suasana ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berwajib.

Menurut Syanie atau nama penuhnya Syaniza Hisham, 47, tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas diserahkan pengantin lelaki.

“Alhamdulillah majlis pagi tadi berjalan sempurna seadanya.

“Sepatutnya kami merancang mengadakan resepsi pada 21 Februari ini, namun disebabkan PKP, mendorong kami menundanya dulu,” katanya.

Syanie terpikat dengan keikhlasan dan kejujuran Zahril.
Berkongsi ciri istimewa yang ada pada suami sehingga berjaya membuka pintu hatinya, jelas Syanie, dia tertarik dengan keikhlasan dan kejujuran lelaki berstatus duda tanpa anak itu.

“Ikutkan dia mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya fikir belum masanya cari pengganti. Pengajaran lalu, mematangkan saya.

“Bagaimanapun setahun lalu, dia bersungguh-sungguh mahu memancing hati saya dan pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.

“Sikap budimannya juga antara sebab yang buat saya tersentuh. Dia menjadi lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” katanya.

Sebelum ini Syanie mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan tentang hubungan cintanya dengan suami, termasuk majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada tahun lalu.

Terdahulu Syanie pernah mendirikan rumah tangga pada 1996 sebelum bercer4i pada 2002. Manakala perkahwinan keduanya pula pada 2014 dan bertahan selama dua tahun

MPelakon dan pelawak, Syanie Hisham, 46, bertarung ny4wa hampir tujuh jam ketika melakukan pembed4han pada bahagian 0vari dan uterus pada 29 April tahun lalu.

Kata Syanie, pembedahan yang dilakukan kebiasaannya mengambil masa kira-kira tiga jam.

“Bagaimanapun, saya berdepan dengan banyak komplikasi, jadi pembed4han memakan masa hampir tujuh jam.

“Namun, perjuangan saya untuk terus hidup berakhir dengan penamat indah dengan izin-Nya. Saya berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang menyelamatkan ny4wa saya,” katanya kepada BH Online.

Masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan, pelakon drama Sayang Si Montel dan Cili Padi itu bersyukur dan merasakan seolah-olah baru sahaja terlepas pengalaman hampir dicabut ny4wa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *