Amalan

Pelanggan Tak Halalkan Duit Lebih Sedekah Pada ‘Rider’, M4rah Makanan Dihantar Tak Cukup

Korang selalu tak bagi ‘tip’ atau sedekah duit baki dekat food rider yang hantar makanan? Tapi, seorang rider baru-baru ni kongsi kisah perangai pelanggan dia yang tiba-tiba ‘tak halalkan’ duit yang baru disedekahkan.

Melalui perkongsian di Facebook, Khairul Haffendy Othman menunjukkan screenshot perbualan dia dan pelanggan wanita itu. Melalui mesej itu, pelanggan itu bagitahu Khairul yang dia tak menghalalkan wang lebih yang dia beri kerana makanan yang dihantarnya tidak mencukupi.

Dik. Kak tak halalkan duit terlebih kak bagi. Sebab makanan tak cukup. Call center pun tak angkat.”

Khairul bagaimanapun tidak terus melenting, sebaliknya membalas mesej pelanggan tersebut dengan baik dan memaklumkan yang dia akan sedekahkan semula wang lebihan yang tidak dihalalkan itu.

Kak, saya hnatar yang mana kedai bagi kak. Terima kasih kak kerana tak halal duit RM2 kak tu. Duit tu nanti saya masuh tabung masjid nah kak. Saya tak mau rosak rezeki saya dengan family saya.”

Menurut mStar, ia bukanlah sekadar ‘sembang kosong’ tapi Khairul memang betul-betul letakkan duit itu di tabung masjid nak sempat mengambil gambar untuk ditunjukkan kepada pelanggan berkenaan.


Perkongsian itu mendapat lebih 4.9 ribu shares di Facebook dan ramai netizen mengutuk sikap wanita tersebut kerana menyalahkan rider sedangkan mereka hanya ‘orang tengah’ sahaja. Antara komen netizen,

“Kak RM2 je, bukan RM2,000 mahupun 2 juta. Otak kak tertinggal kat perhentian bas mana yang terlupa nak fikir benda kecil macam ni?”

“Makanan tak cukup? Dia ingat rider tu masak sendiri ke apa?”

“Wei haritu makan aku order lain dapat lain aku complaint through live chat elok je foodpanda refund duit aku.”

“Sombongnya kau kak.”

Sedekah murahkan rezeki, hindar b4la

SEDEKAH menjadi antara amalan yang paling berat dilakukan, khususnya manusia yang tidak suka berkongsi harta dengan orang lain.

Namun, orang beriman yang memahami konsep sedekah itu akan meyakini ia amalan terpuji, yang bukan hanya mampu menyucikan diri dan harta, bahkan pahalanya berkekalan hingga ke hari pembalasan.

Pada umumnya, bersedekah ialah amalan sunat yang banyak disebut dalam Islam. Ia pemberian ikhlas yang sebenarnya menandakan tahap keimanan seseorang, selain bukti ketaatan kepada Allah SWT.

Amalan sedekah tidak terhad kepada orang berharta, sebaliknya orang Islam yang tidak memiliki harta pun boleh bersedekah berdasarkan kemampuannya, asalkan lahir daripada hati yang ikhlas.

Sedekah juga tidak terhad kepada pemberian wang ringgit atau harta benda, sebaliknya merangkumi hal seperti mengajar ilmu baik dan memberi pertolongan.

Malah, senyum juga disifatkan sebagai sedekah apatah lagi jika ia membabitkan pembangunan ekonomi umat Islam seperti membayar zakat, berwakaf dan infak (memberi sumbangan wang serta harta).

Abu Dzarr berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Senyummu kepada saudaramu ialah sedekah bagimu; kamu memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah sedekah; kamu memberi petunjuk kepada seseorang sesat di jalan ialah sedekah; kamu melihat kepada seseorang yang tidak dapat melihat dan menolongnya sedekah bagimu; kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan ialah sedekah bagimu dan kamu memasukkan air daripada timbamu ke timba saudaramu sedekah bagimu.” (HR Tirmizi)

Sementara dalam hadis lain, Abu Hurairah RA menyebut Nabi SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi berdoa: Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan.” (HR Bukhari dan Muslim).

Amalan sedekah meskipun pada logik matematiknya akan mengurangkan sebahagian harta kita apabila diberikan kepada orang lain, sebenarnya ia tidak sedemikian dalam pandangan alam Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *