Amalan

Peningkatan mendadak bungkusan. KSM dedah punca sebenar kejadian pekerja J&T campak barang

BEBERAPA hari lalu tular sebuah video memaparkan petugas syarikat penghantaran barangan J&T Express mencampakkan barang pelanggan.

Insiden tersebut nyata mengundang kecaman netizen lantaran ia disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab kerana menjadikan barang pelanggan sebagai ‘mngsa’ disebabkan isu dengan pihak syarikat.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian serius Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, KSM memaklumkan telah menjalankan siasatan berhubung kejadian mogok oleh pekerja-pekerja syarikat penghantaran berkenaan.

Menurut KSM, siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.

Hasil siasatan kementerian itu mendapati kejadian berkenaan berlaku di sebuah premis perniagaan syarikat yang terletak di Perak dan ia berpunca daripada bebanan kerja yang dialami oleh pekerja-pekerja di bahagian gudang berikutan peningkatan mendadak bungkusan.

“Siasatan turut mendapati terdapat di kalangan pekerja-pekerja terutamanya di bahagian penghantaran (despatch) tidak berpuas hati dengan pemberian bonus berdasarkan prestasi dan perubahan struktur bayaran komisen secara unilateral yang akan menyebabkan pendapatan pekerja yang terlibat berkurang.

“Pihak majikan memaklumkan bahawa isu berhubung kejadian pekerja memunggah bungkusan secara kasar telah selesai dan ia berlaku disebabkan salah faham.

“J&T telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada para pelanggan serta menjelaskan tentang sistem pemberian bonus kepada kakitangan yang menjadi punca ketidakpuasan hati kakitangan J&T,” jelas kenyataan itu.

Susulan kejadian itu, Kementerian Sumber Manusia menegaskan kepada majikan agar sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak pekerja terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perubahan melibatkan kepentingan pekerja.

Ia bagi memastikan keharmonian perusahaan yang dinikmati serta kebajikan pekerja terus berkekalan dan terpelihara.

Terdahulu pada Ahad lalu, tujuh pekerja J&T Express tampil membuat permohonan maaf di atas apa yang berlaku menerusi Facebook J&T Malaysia Perak.

Dalam pada itu, J&T juga tampil dengan satu kenyataan bagi menjelaskan insiden berkenaan.

Jelas syarikat itu, kejadian berkenaan berlaku selepas kurang penjelasan di kalangan pegawai jabatan berhubung sistem pengagihan bonus.

“J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan.

“Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama tempoh satu tahun dan ia (bonus) dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun,” menurut kenyataan berkenaan

Berikut pula perkongsian dari seoang netizan bagaimana pekerja di Jepun melakukan pr0stes atay m0g0k jika ada perkara yang mereka tidak puas hati dengan majikan atau pengurusan di tempat mereka berkerja

BEZA MOGOK CARA BIJAK …

Tahun 2018 dulu di Bandar Okayama di Jepun, driver-driver sebuah syarikat bas ni tak setuju dengan polisi syarikat. Jadi mereka pun bertekad nak buat protes.

Driver-driver tu tetap bawa bas macam biasa, tapi tak ambil bayaran dari penumpang. Free ride. Itu cara diorang protes kat syarikat.

Bila ditanya kenapa tak buat protes macam mogok tak datang kerja ke, driver-driver tu jawab:”kalau kami mogok tak bawa bas, penumpang akan lewat pergi kerja. Rutin harian pengguna bas akan terjejas. Ini antara kami dan syarikat, takkan orang awam pula kena tanggung”.

Itu cara masyarakat negara maju, mentaliti kelas pertama berfikir. Protes kepada syarikat tanpa menyusahkan pelanggan.

Bukan sebab marahkan syarikat, kau campak rosakkan barang-barang pelanggan…

Kredit: Hafez Fakhry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *