Fashion Hiburan

Pernah berlakon bersama 5 tahun lalu, Hannah Delisah mula buka cerita pasal Imam

Semalam peminat pelakon jelita Hannah Delisha digemparkan dengan satu berita dimana secara tiba-tiba dia memuat naik posting yang memaparkan dirinya sudah selamat bergelar isteri.

Menurut laporan Kosmo! Online, pengurusnya, Dura Aiman mengakui pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu sememangnya sangat berahsia apabila berkaitan hal peribadi.

“Hannah merupakan seorang yang sangat-sangat menjaga privasi. Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin.

“Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi sedikit masa. Hannah dan imam sudah rancang berkahwin sejak lima tahun lepas,” jelasnya.
Selain itu menurut Dura, gambar yang bertebaran di media sosial sekarang bukanlah adegan drama tetapi memang majlis akad nikah Hannah bersama suaminya, Imam Shah.

“Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.

“Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut,” katanya.

Suami Banyak Dorong Agama

Mengenali Imam Shah sejak berlakon bersama menerusi satu drama di Singapura lima tahun lalu, Hannah berkata suaminya yang banyak mendorongnya ke arah keagamaan.

“Saya kenal Imam ketika kami menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura lima tahun lalu.

“Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar. Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut memohon peminat supaya mendoakan rumah tangganya dan terus menyokong kejayanya. Ujarnya, dia akan mengumumkan majlis bersanding kelak.

“Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya. Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.

“Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *