Hiburan

Polis Yg Tahan Gadis Ini Adalah Ayah Dia Sendiri. Telatah Ayah Sebelum Suruh Anak Berhenti Buat Ramai Terhibur

Sejak dua menjak ini tular di media sosial tentang kisah kisah yang agak kurang enak untuk hero frontliner kita iaitu anggota polis.

Sesetengah telah hilang kepercayaan kepada mereka tetapi masih ramai yakin bahawa apa yang terjadi tidak akan mencalarkan kredibiliti polis Malaysia kerana ini adalah perbuatan individu.

Dengan PKP disambung lagi untuk beberapa buah negeri dan sempadan negeri masih lagi ditutup, sekatan jalan raya untuk rentas daerah dan negeri masih dijalankan.

Tapi ada kisah yang lucu di sekatan jalan raya sebenarnya bukan kisah sedih sahaja yang kita dengar baru baru ini.

Ayah Sendiri Yang Jaga Sekatan Jalan Raya

Seorang pengguna Twitter @Ismadianaaaaa telah memuat naik 1 video pendek di platform Twitter beliau.

Di dalam video tersebut menunjukkan mereka menaiki kereta dan menghampiri satu sekatan jalan raya.

Rupanya yang jaga sekatan jalan raya itu adalah ayah dia sendiri.

Video:

https://twitter.com/Ismadianaaaaa/status/1361286034688860161?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1361286034688860161%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fapaceritatv.com.my%2F2021%2F02%2F16%2Fayoh-tahan-anak%2F

 

Rupanya gadis itu tidak menyangka akan berjumpa ayah sendiri. Dia dalam perjalanan untuk ke tempat kerja dan surat untuk rentas daerah pun ada.

Kejadian itu mencuit hati ramai orang. Ada yang mengimbau kenangan mereka ketika ayah mereka juga menjadi anggota polis.

KOMEN NETIZEN:

“Ayah aku pon polis tau, aku ingat haritu kena angkut kes rempit, bapak sendiri angkut aku masuk balai, nak nangis woi kena maki ngan ayah sendiri”

“Ahaha…can related. Ayah saya bekas Polis, tp peronda. Pernah balik lepas jumpa kawan lewat malam pastu tiba2 kereta peronda ikut belakang sampai rumah. cuak jugk lahRolling on the floor laughing n dia pencen betul2 before covid ni jadi. Semoga ayah awak di beri kesihatan yg baik selaluSmiling face with smiling eyes”

Boleh gerak lebih radius 10km, l4rangan rentas daerah dan negeri kekal

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan membenarkan pergerakan melebihi radius 10 kilometer dari lokasi tetapi mengekalkan larangan rentas daerah dan negeri.

Pergerakan lebih 10 km ini adalah dibenarkan di semua negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas banyak aktiviti perniagaan diberikan kebenaran untuk beroperasi di seluruh negara.

“Selepas mengambil kita keputusan kerajaan sebelum ini yang membenarkan banyak sektor perniagaan dibenarkan beroperasi, adalah tidak relevan untuk kita terus melarang mana-mana pihak bergerak dalam radius 10 km.

“Bagaimanapun larangan merentas daerah dan negeri setakat ini masih lagi dikekalkan di semua negeri,” katanya dalam sidang media harian C0VID-19, hari ini.

Apa kata anda? Kongsikna bersama kami

Sumber : Twitter Isma | Tudung (Borong dan Retail) @Ismadianaaaaa

Artikel : AwattSyeikhhh Network

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *