Oh Masak

Reen Rahim Muatnaik Video Mengaji, Sekali Nampak Benda Lain Sampai Ibu Reen Terpaksa Tegur

Pelakon cantik, Reen Rahim memohon maaf atas keterlnjuran dan silapnya yang berpakaian menampakkan bahagian bahu dan belakang badannya ketika mahu mengaji al-Quran bersama ibunya.

Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 33, menerusi hantaran dalam Instagram membuat permohonan maaf tersebut selepas ditegur oleh bapa saudaranya.

” Assalam adik (Reen). Maaf sangat-sangat. Boleh tak potong sedikit video gambar ini. Depan al-Quran tu, nanti apa orang cakap,” kongsinya menerusi satu tangkap layar WhatsApp bapa saudaranya.

Dalam pada itu, ibunya turut melakukan perkara sama dengan menitipkan pesanan berbaur nasihat kepada Reen..

” Teguran mendidik apa salahnya kita ikut. Sebab teguran yang sama ada dekat hati ibu. Cumanya ibu nak beritahu petang-petang sikit.

” Tapi Allah kesian dekat ibu. Digerakkan hati uncle kau mewakili ibu. Potong ya dik sebab niat uncle dengan niat ibu sama. Kebetulan dia lebih cepat.

” Jangan sebab kesilapan sedikit yang kau terlepas pandang tu, dapat kemurkaan Allah. Please cut (tolong sunting) gambar itu, sebab depan al-Quran dan wajib jaga adab,” tulis ibunya menerusi WhatsApp kepada Reen.

Sementara itu, Reen ketika dihubungi Kosmo! mengakui kesilapannya sebelum bertindak memuat naik video tersebut dalam YouTube dan Facebook miliknya. Katanya, dia patut lebih sensitif.

” Sebenarnya saya sendiri tidak perasan dan terlepas pandang perkara tersebut. Setelah ditegur bapa saudara yang agak rapat dengan saya termasuk ibu, barulah saya sedar kesilapan sendiri.

” Tak sampai setengah jam saya muat naik dalam media sosial, ramai yang DM (direct message) mengatakan saya biadap dan tidak peka. Isunya disebabkan ada al-Quran di sisi dan pada masa itu ibu sedang mengaji,” katanya.

Reen sebenarnya sering menjadi perhatian gara-gara gemar menayangkan gambar-gambar berpakaian seksi menerusi Instagram.

Bagaimanapun sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Pujaan Hati Kanda itu kerap berkongsi aktivitinya bersama keluarga seperti belajar mengaji bersama ibunya.

Sekilas info Reen Rahim

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Reen Rahim memulakan kerjaya awalnya sebagai pendandan rambut.

Pada awal 2012, beliau menjuarai rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Lakonan TV pertamanya ialah menerusi watak Elia dalam drama Aku Tak Percaya Cinta yang disiarkan di TV3. Reen memegang watak Amy, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam Evolusi KL Drift: The Series di TV2.

Kerjaya filem beliau termasuk peranan dalam filem aksi komedi, Gangster Celop arahan Ahmad Idham lakonan Syamsul Yusof dan Kamal Adli, Mawar Putih arahan Rosnani Jamil dan Soulmate Hingga Jannah arahan A. Razak Mohaideen.

Reen memegang watak tajuk dalam drama Sahara yang disiarkan di Astro Prima, pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu.

Peranannya di dalam telefilem termasuk Talak, Romantika Bulan Madu, Aku Bukan Hijabista, Calon Suami dan Kaki Kipas.

Reen dilaporkan akan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, biarpun beliau lebih dikenali sebagai pelakon. Beliau bergandingan di samping aktres Nabila Huda menerusi filem Rempit Sampai Langit yang ditayangkan pada 23 November 2017.

Beliau digandingkan bersama Pekin Ibrahim dalam telefilem Perahu Kecil yang bersiaran di TV1 pada 29 September 2018.

Ditawar Jadi Perempuan simp4nan

Tutup soal kerjaya, Reen yang namanya mula meletup-meletup dan menjadi perhatian menerusi watak Kak Su si mulut celupar menerusi drama popular Pujaan Hati Kanda turut tidak terlepas daripada kontroversi.

Bukan kontroversi bercinta dengan suami orang apatah merampas kebahagiaan orang lain, sebaliknya, dugaan terbesar yang menghimpit hidup Reen ialah tawaran hidup mewah sebagai perempuan simpanan.

DISEBABKAN imej sek.si, Reen mengakui pernah cuba didekati golongan VIP bergelar Datuk yang menawarkannya menjadi perempu4n simp4nan.

Ujar Reen, lumrah bergelar anak seni, pasti ada cabaran dan tidak terlepas daripada isu-isu tidak matang, terutama apabila kerjaya seni sedang mencanak. Reen juga begitu. Baru-baru ini, timbul dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan su.lit dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Akui Reen, jika sekadar mahu hidup mewah tanpa perlu membuktikan kemampuan bakat, sudah lama dia menjadi wanita kaya. Bahkan tawaran sedemikian pernah datang ke dalam hidupnya sejak dia belum dikenali sebagai pelakon.

“Ingatkan perkara ini tamat sampai situ, tapi masih berlarutan. Baru-baru ini, saya menerima satu tawaran untuk melayani golongan VIP yang ingin menawarkan wang tunai berjumlah RM32,000 dengan hanya melayan nafsu serakahnya selama tiga jam.

“Gila bukan? Bukan wang ringgit sahaja, saya turut ditawarkan sebuah rumah banglo di atas nama sendiri jika menerima tawaran tersebut,” tuturnya yang berdepan tawaran memualkan itu sekitar bulan puasa tahun lalu.

UNTUK kekal positif dan hidup tanpa tekanan, Reen Rahim langsung tidak ambil pusing dengan apa jua kontr0versi dan fitn4h yang dilemparkan ke mukanya.
Jelas Reen, mujurlah pegangannya masih kuat. Tuhan masih menjaga hatinya dan awal-awal lagi dia berjaya mengelak daripada menyahut tawaran berkenaan.

Akui Reen, dia belum terdesak dan masih waras dalam membezakan baik buruk angkara dunia, selain ada pegangan agama serta maruah keluarga yang perlu dijaga.

Akuinya lagi, mungkin perkara tersebut berlaku rentetan sikapnya yang gemar dan sering berpakaian mencolok mata dan seksi tidak seiring dengan watak yang dipegang.

Bagaimanapun, itulah Reen Rahim. Alah biasa tegal biasa. Dia kalis dengan skeptikal segelintir pihak yang mudah memulangkan fitn4h kepada dirinya. Pada masa sama, dia tetap ada b4tasan.

“Saya adalah saya. Saya tidak pernah salahkan sesiapa dalam apa jua yang berlaku. Saya hidup pun bukan kerana nak puaskan hati orang lain,” tutupnya.

Sumber:k0smo dan IG Reen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *