Hiburan

Teruja Dpt Pandu Mercedes,Pemandu Lenjan Kereta Sampai Hil4ng K4walan. Sekali Kawan Dia Masuk komen

Malang tidak berbau, begitulah pepatah yang sesuai digambarkan dengan kisah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Yazeed Hair Johari ini.

Menerusi sebuah ‘posting’ semalam, Yazeed memuat naik video serta gambar kemalangan membabitkan seorang pemandu dan penumpang yang menaiki kereta berjenama mewah Mercedes-AMG E43.

Difahamkan lagi, mereka sedang melakukan ‘test drive’ sebelum berlaku kejadian tersebut yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Melalui sebuah rakaman yang dikongsi, kelihatan pemandu berkenaan begitu teruja melakukan percubaan, maklumlah kereta ‘mewah’ dengan enjin berbunyi kuat membuatkan dia seolah-olah terleka ketika memandu.

“Sedap b*doh!”

Ye sedap memang sedap

Sewaktu sedang ‘syok’ menekan minyak dengan kuat… Secara tiba-tiba, pemandu dipercayai cuba untuk mengambil ‘corner’ namun tidak dapat mengawal kenderaan tersebut sebelum terbabas ke tepi jalan serta merempuh sebatang paip air.

“Ya sedap memang sedap. harap penumpang selamat. Apa pun nyawa nombor satu. Serious wey, kereta ‘test drive’ sekalipun, korang jangan ‘lenjan’ macam ni.
“Cukuplah tarik sikit-sikit untuk rasa sedapnya ‘traction’ dia. Anyway insurans ‘cover’ ke?” tulis Yazeed di bahagian kapsyen.
Menurut Yazeed, kereta baru dan ‘berjenama’ memanglah ‘sedap’ dipandu. Namun, nyawa tetap nombor satu. Dalam pada itu dia berpesan kepada orang ramai agar tidak terlalu teruja ketika memandu walaupun sewaktu ‘test drive’.

Di laman sosial Twitter pula, video berkenaan menjadi tular sehingga meraih 87,600 tontonan apabila ia dikongsi semula oleh @MOFASAD.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet memberikan pelbagai reaksi termasuk mengecam tindakan pemandu berkenaan.

Dapat pekerja macam ni, rugi syarikat

Terbabas sebab laju sangat

Pandu rileks2 lah… Nak laju dekat ‘highway’

Siapa sahaja yang tak teruja pandu kereta mewah kan? Apa pun, betul seperti kata brader Yazeed. Nyawa lebih penting! Hati-hatilah sewaktu memandu dalam apa situasi sekalipun.

Sumber: Facebook Yazeed, Twitter @MOFASAD

Kawan Masuk Komen

Dalam pada itu, seorang warganet yang mengaku mengenali pemandu terbabit tampil menjelaskan kawan dia seoang yang baik hati dan kuat berusaha. Mungkin ketika kejadian berlaku, kawannya itu pertama kali cuba pandu kereta mewah dan sangat teruja

“Maaf mencelah..mngsa dlm video ni adalah sahabat saya. Dia seorang yg sgt baik dan kuat berusaha. Mungkin ini kali pertama dia test drive kereta mewah dan teruja.
Tak kan sbb dia kata best BODO korang nk tabur fitn.ah macam2 dekat. Cuba letak korang ada kat tempat dia..adakah korang akan berzikir time teruja tu? Biasalah manusia .. dia test drive pon dgn member. Benda tu terkeluar spontan dr mulut dia.Sepatutnya kita sebagai org Islam doakan yg baik2. Bukan perli atau mengutuk. Tak jadi dekat diri sendiri seronok la mengata orang”

Nak beli kereta baru? Ini perkara yang anda perlu tahu

Pasti semua orang masih ingat lagi dengan kereta pertama mereka. Ramai yang anggap kereta macam bini/awek nombor satu dua. Walaupun kereta biasa-biasa saja, tetap sayang. Manakan tidak, kereta pertamalah yang selalunya membawa pelbagai kenangan manis – zaman belajar, bawa pergi temuduga kerja pertama, dan macam-macam lagi.

Bagi yang tiada pengalaman, ambil tahu serba sedikit tentang kereta akan banyak membantu anda nanti. Dah beli mahal-mahal, kena lah pandai jaga.

Jom kita mulakan dengan jagaan atau maintenance dengan jenama kereta popular Malaysia seperti Perodua, Proton, Honda dan Toyota sebagai rujukan. Servis selalunya dibuat pada setiap kilometer ke-10,000 atau 6 bulan sekali – mana-mana yang sampai dulu.

Kos untuk servis normal atau biasa dianggarkan sekitar RM 200 ke RM 400. Pada kilometer ke-30,000 atau 40,000, servis yang agak besar-besaran akan berharga sekitar RM 500 ke RM 1,000. Tak apa, itulah adat berkereta, kena keluar belanja.

Ini tidak termasuk barang-barang yang kadang-kadang boleh rosak seperti wiper, break pad, tayar dan macam-macam lagi. Wiper boleh dibeli semurah RM 20 sepasang atau kalau ada duit, yang ratus-ratus pun ada. Sama juga seperti brake pad, ada yang murah dan ada yang mahal sedikit.

Tayar untuk rim bersaiz 14 inci berharga sekitar RM 120 – RM 150 bergantung pada saiz sebenarnya, jenama dan juga penjualnya. Bagi tayar rim 15 inci pula, ia mahal sedikit iaitu sekitar RM 170 – RM250.

Jom cakap pasal insurans pula. Bagi yang belum pernah daftar kereta bawah nama sendiri sebelum ini, anda belum dapat menikmati No-Claim Discount (NCD). Ini bermaksud anda harus membayar harga penuh untuk tahun pertama dan selepas itu, perlahan-lahan kumpul kadar NCD anda.

Harga insuran akan berlainan bukan sahaja bergantung pada jenama kereta dan modelnya, tetapi ia juga bergantung kepada individu itu sendiri. Inilah sebabnya di pasaran lokal, jenama-jenama kereta sudah tidak dinyatakan harga termasuk dengan insuran sekali.

Bagi rujukan mudah untuk harga insuran yang perlu dibayar setiap tahun – jika kereta anda diinsurankan untuk RM 50,000, anda perlu membayar sekitar RM 1,500. Jika kereta tersebut dinilaikan pada RM 80,000, anda harus mengeluarkan kos insuran sekitar RM 2,300.

Cukai jalan pula tidak terlalu bergantung pada bermacam faktor kerana kebanyakan kereta yang berharga ‘entry-level’ dengan enjin 1.5 liter atau 1.6 liter memerlukan RM 90 untuk pembaharuan tahunan.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *