Amalan

Timang Cahaya Mata Keempat Ustaz Don Kongsi Kaedah Buat Tahnik

Memiliki tarikh kelahiran yang cantik buat anak kesayangan semestinya menjadi idaman setiap ibu bapa dalam kalangan kita.

Tarikh kelahiran itu hanyalah jangkaan yang diletakkan oleh pihak perubatan, namun waktu sebenarnya untuk bay1 itu dilahirkan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Tapi orang kata, kalau rezeki tu Allah sudah takdirkan, kita tetap akan dapat juga. Lebih-lebih lagi rezeki yang datang secara tldak disangka-sangka.

Demikianlah rezeki yang dinikmati oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal apabila anak keempatnya ditakdirkan lahir pada tarikh yang sama dengan anak ketiganya.

Malah difahamkan, dua lagi anaknya anak pertama dan kedua juga turut dilahirkan pada tarikh yang sama. Menakjubkan, bvkan? Mari ikuti perkongsian Ustaz Don di bawah ini.

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُه

‎الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين

‎اللهُمَّ صَلّى عَلَى سَيِّدنا مُحَمَّد وَعَلَى آله

Semalam, Allah Taala telah bagi kat kami sekeluarga hadiah. Dalam banyak-banyak hat dok ada, Allah pilih nak bagi kat kami. Syukur yamat La Ya Allah…

Apa dia ni? Hadiah apa ni? Dok tak duduk dok kata hadiah ni.. Ni kami nak habaq la. Pasai Allah Taala kata, “Adapun, mana-mana nikmat yang Allah bagi, khabarkanlah (sebagai tanda syukur)..”

Ya Allah, syukur yamat sebab hari ni kami sekeluarga menimang seorang cahaya mata lelaki. Iyaaaaa~ Sungguuuuhhh~

Ni sampai la ni dok rasa percaya tak percaya ni sama banyak. Sungguh aiihh. 11/2/2021 pukui 3:25 petang semalam. Kira saya la ni ada 4 orang anak ‘jantan’.

Yang dok habaq kata syukur sangat ni pasai, anak sulong dengan nombot 2 sama tarikh lahir. 18 Januari 2014 dan 18 Januari 2016.

Hat baby baru ni pi sama pulak dengan abang dia hat nombot 3. 11 Febuari 2019 abang no 3, 11 Febuari 2021 mai adik nombot 4. Allah.. Ya Rabb.

Saya dengan isteri tau tahap kami lagu mana. Ibadah dengan main ni sama banyak. Jauh sekali nak sampai kata doa makbul. Habih tu, macam mana boleh jadi lagu ni? Saya nak bagitau apa yang terbvku dalam ben4k hati ni.

1. Kehebatan doa.

Kami bila jumpa saja sapa yang dan, kami minta tolong doa bagi dapat sama tarikh lahir dengan anak nombot 3. Iya la, tau la kan kita kan, kalau boleh nak la sekali kan.

Tapi dalam masa sama, kita pun paham, benda bukan senang. Tapi apa saIahnya minta orang doa kan? Kan, betui dak?? Bila jadi lagu ni, perasan ada la yang tolong doa kat kami ni yang doa dia makbul. Ngam ngam lahir hari ni. Boleh jadi;

Berkat doa ibu bapak dan mertua

Berkat doa kawan-kawan

Berkat doa orang yang dapat nikmat

Berkat doa orang soleh

Berkat doa orang yang dizaIimi

Wallahua’lam bissawab..

Kami jumpa sapa saja, kami minta tolong doa.

2. Allah Taala Maha Hebat.

Ya Allah, kami bersyukur jadi hambaMu. Kami tahu kami banyak d0sa. Saya, isteri saya, keluarga saya, ibu bapak dan mertua saya, kawan-kawan saya dan semua kami ni, kami tau kami banyak d0sa.

Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Peng4mpun, Maha Mendengaq, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.

Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Peng4mpun, Maha Mendengaq, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana serta sangat suka memberi keampunan dan memperkenankan hajat.

Maka Ya Allah, kami tak jemu memohon, agar Engkau tempatkan kami dengan orang soleh.

آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih semua.

Don Daniyal Don Biyajid 11/2/2021

Dalam pada itu Ustaz Don juga berkongsi video kaedh untuk melaksankan Tahnik

Sayyidina Abu Musa al-Asy’ari menceritakan,

“Aku telah mendapat seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kehadapan Nabi Muhammad ‎ﷺ. Baginda ‎ﷺ menamakannya dengan Ibrahim dan mentahnik (belah mulut) nya dengan sebiji kurma”. HR Imam Muslim

Kawan2, Berdasarkan hadis ni, Sunnah Bertahnik. Kaedah atau kaifiat saja berbeza.

Banyak kaedah tahnik ini. Maksudnya nak baca apa, nak mula mana dulu. Banyak dan semua betui إنْ شَآء الله. Apa yang saya buat ialah hasil dari perkongsian

1) Al-Marhun TG Dato Haron Din (saya tgk depan mata)

2) TG Ustaz Taufik Mat Husin

FB : https://www.facebook.com/taufik.husin.35

(Saya call minta pandangan. Ni masa belajaq dulu la. Lama dh)

3) Habib Ali Zainal Abidin

@habibalizaenalalhamid

(Saya tgk depan mata dan Habib siap ulang habaq lagi)

4) Ustaz Muhadir Hj Joll

Jadi, dalam video ni saya buat, kawan-kawan boleh buat jugak.

How To Tahnik Anak Sendiri

Step 1

Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dpt mcm dlm botoi eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap p sumbat eyemore. Jahanam anak Bang)

Step 2

Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapak), dan nnt nk doa, mudah Allah kabul)

Step 3

Mula dengan Al-Fatihah

Step 4

Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betui dua dua)

Step 5

-Selawat Syifa

-Selawat Kamilah (nnt dengaq dalam video na)

Step 6

-Qul huwaALLah

-Qul A’uzubirab bil falaq

-Qul A’uzubirab binnas

Step 7

Amik Kurma. Kunyah2 sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nnt tgk video mcm mn nk masukkan dlm mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.

Step 8

Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 3 Surah Ali Imran

Step 9

Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yg saya baca. Itu dr Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.

Step 10

Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya.

Doalah dengan penuh

– ikhlas

– tawadhuq

– berharap Allah dengaq n perkenankan

– sungguh-sungguh.

‎آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين

Semoga Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran kita & kebajikan kita petang Jumaat ini.

Berikut Video Penuh Tahnik Sebagai rujukan. Harap ada manfaat.

Sumber: Facebook Ustaz Don Daniyal,sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *