Hiburan

Tinggi, Tegap & Sado, Ramai Terkejut Baca Biodata Sebenar Suami Hannah Delisha

Pernikahan aktres Hannah Delisha yang diumumkan minggu lalu nampak gayanya telah mengejutkan ramai pihak khususnya kaum lelaki.

Ramai dikatakan telah ‘patah hati’ selepas Hannah memilih jejaka bernama Imam Shah yang juga seorang pelakon sebagai pasangan hidup.

Tidak cukup dengan itu, ada juga suara-suara ‘nakal’ netizen memerli Imam kerana kelihatan agak muda dan mempunyai wajah ‘baby face’.

Namun, semua tanggapan itu mungkin berakhir selepas netizen menemui akaun Instagram milik Hisham.

Menerusi beberapa posting di Instagram, ramai yang terkejut kerana Imam sebenarnya mempunyai tubvh badan fizikal yang agak besar.

Selain agak tinggi, badannya juga kelihatan tegap dan ‘sado’.

Malah, terdapat banyak video yang mempamerkan dia sedang mempelajari ilmu silat, tinju dan muay thai.

“Boleh tahan tinggi dia ni”

“Sado dan tinggi rupanya suami Hannah”

“Pergghh siap belajar silat,” tulis beberapa netizen.

Sementara itu menerusi laporan Berita Harian SG, Imam menjelaskan dia lebih gemar menghabiskan waktu terluang dengan bersenam di gimnasium atau berehat di rumah.

Selain itu, Imam juga menyatakan dia seorang yang pemalu dan lebih suka merahsiakan kehidupan peribadinya kepada awam.

Untuk rekod, Hannah selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang juga seorang pelakon, Imam Shah di Singapura hari ini.

Difahamkan, mereka telah menjalinkan hubungan sejak 5 tahun sebelum akhirnya sampai ke jenjang pelamin.

Biodata Pelakon Drama Imam Shah, Suami Hannah Delisha

Siapa Imam Shah? Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib yang lebih terkenal sebagai Imam Shah merupakan seorang pelakon lelaki kelahiran Singapura.

Namanya menjadi tular lewat ini selepas mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Hannah Delisha.

Biodata / Profile / Latar Belakang

Nama penuhnya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib.

Dikenali dengan nama popular, Imam Shah.

Berumur 32 tahun.

Kelahiran Singapura.

Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model.

Antara drama Singapura yang dibintanginya termasuk Mengejar Mentari, S.O.S, Firasat, Firasat 2, Saga, 31 Disember, Faculty dan Saga 2.

Kemunculannya di kaca televisyen Malaysia menerusi siri Lafazkan Kalimah Cintamu (Astro Ria) dan Kau Yang Pertama (TV3).

Berkahwin dengan Hannah Delisha yang juga pelakon kelahiran Singapura pada 18 Februari 2021, selepas lima tahun berkenalan.

Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @imamemy telahpun mencatatkan lebih 120,000 pengikut.

Fakta Menarik

Anak kepada pelakon veteran, Mariana Yati.

Sepupu kepada aktres Nadiyah Shahab.

Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang amat pemalu dan gemar membuat hal sendiri.

Gemar meluangkan masa di gimnasium.

Penuntut seni silat, tinju dan muay thai.
Mengutamakan peningkatan kualiti dalam lakonan, sekaligus mengetepikan soal populariti.

Gemarkan privasi, justeru jarang berkongsi foto di Instagram.

Takut berhujah di pentas kerana sifatnya yang mudah menggelabah – bak karakter ibunya!

Memegang prinsip yang diperturunkan oleh ibunya, berbunyi – “apabila seseorang berasakan dirinya adalah yang terbaik, itulah jalan pada kemusnahan kerjayanya”.

Meletakkan pelakon Bront Palarae sebagai idola dalam karier lakonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber: https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *