Hiburan

Siap Tolong Bayarkan Makanan, Gadis Ini Tercengang Kena Tinggal Lelaki Lebih Sejam

Zaman sekarang kita tidak boleh terlalu mudah percayakan seseorang, baik lelaki mahu pun perempuan

Tambahan lagi, jika orang yang kita baru kenal itu hanya melalui alam maya saja, lagilah bahaya. Apa sahaja boleh terjadi sekiranya kita tidak betul-betul selidik tentang latar belakang seseorang itu sebelum berjumpa.

Seperti yang berlaku kepada seorang gadis tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, dia dikatakan telah ditinggalkan oleh seorang lelaki sebaik saja mereka keluar makan bersama di sebuah restoran.

Terpinga-pinga selepas ditinggalkan lelaki lebih satu jam sebaik saja habis makan

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Maksu Dodot telah keluar bersama seorang lelaki yang dikatakan ingin membuat collaboration content bersamanya.

Selepas mereka menjamu selera di sebuah restoran di mana gadis ini yang membayar kesemua makanan, lelaki itu tiba-tiba berkata dia ingin ke tandas.

Namun apa yang lebih menyedihkan adalah apabila gadis itu ditinggalkan selama lebih satu jam seorang diri di restoran tersebut tanpa khabar berita daripada lelaki berkenaan.

Dah call tapi tak berjawab dan WhatsApp hanya ditinggalkan satu tick

Susulan video tersebut tular sehingga mencecah 1.2 juta views di TikTok, gadis itu dihujani ribuan komen daipada warganet yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku kepadanya dan mengapa dia keluar bersama lelaki lain walaupun dia sudah mempunyai teman lelaki.

“Mungkin dia pergi tandas tak jumpa jalan keluar” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video gadis tersebut telah meraih 1.2 juta tontonan, 68K tanda suka dan 1.8K komen di TikTok.

Rata-rata warganet memberikan pendapat mereka masing-masing selepas melihat video itu. Ada yang seakan tidak percaya masih wujud perangai orang seperti itu.

Malah ada yang menyamakan situasi gadis tersebut dengan cerita Bujang Lapok iaitu babak sewaktu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ditinggalkan di kedai makan.

Berikut video penuh dan penjelasan gadis tersebut:

Tanda Lelaki Tak Suka Kita (Tidak Serius Dalam Hubungan)

 

Berbeza dengan tanda lelaki sayang kita, orang perempuan juga boleh tahu tanda lelaki tak suka kita. Bukannya terus boleh baca, cuma lama-lama akan terbiasa.

Biasanya, ia bermula bila nampak si lelaki ini semakin tidak serius dalam perhubungan. Tambahan lagi, kejujurannya semakin diragui.

Kenapa lelaki suka abaikan, dan ignore orang perempuan?
Pelik bin ajaib.

Masa belum dapat, bukan main caring. 24 jam mesej tak berhenti. Tanya itu, tanya ini. Bila dah dapat, lain pula ceritanya. Langsung tak serius dalam perhubungan.

Menurut Brightside, salah satu tanda dia tak sayang kita; dia yang mulakan mesej kita, tapi tergantung begitu sahaja. Nampak macam kita yang terhegeh-hegeh.

Begitu juga sebelum kahwin, bukan main romantik. Lepas kahwin, terus hilang macam itu sahaja. Bukan sahaja buat tak tahu, malah mendiamkan diri.

Mari kita kupaskan perkara ini, apakah antara tanda lelaki tak suka kita, hingga buat tak tahu pada orang perempuan.

Sudah tak jadi sweet talker

Memang ada yang jenis begini. Dia punya cakap, memang manis. Hati rasa berbunga-bunga.

Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi.

Jangan terpedaya dengan orang lelaki macam ini. Dia sebenarnya tak ada apa-apa perasaan pun. Cuma si perempuan akan rasa diri terbuai-buati dengan layanan si lelaki.

Biasanya, lelaki begini ialah suami orang.

Mula abaikan kita

Apa lagi mahu, bukankah sudah dapat?

Analoginya begini. Nak tangkap ikan kena guna umpan. Bila sudah dapat ikan, takkan mahu guna umpan lagi?

Kalau dalam permainan, ia sudah tamat. Apa yang dia kejar dari dahulu, kini sudah ada depan mata. Apa yang dia susah payah masa dulu, sudah dalam genggaman.

Tanda lelaki tak suka kita, dia asyik rasa bosan

Kalau jadi begini, anda kena buat dia lebih rasa special. Baru dia mahu mencari-cari sesuatu yang menarik dalam diri.

Cari hobi yang sama-sama suka. Rendahkan ego, cuba-cuba join apa yang si lelaki itu buat pada waktu lapang dia.

Cuma kalau apa yang dia suka itu maksi4t, lari laju-laju. Itu sy4itan.

Lelaki itu kata expectation perempuan tinggi sangat

Bila minta itu ini, bila mula kawal hidup dia, itu tak kena, ini tak kena – dia mungkin rasa penat dan tawar hati.

Sebagai perempuan, anda kena perlahan-lahan. Tak boleh terlalu mendadak. Nanti dia rasa macam terancam.

Ya, macam haiwan-haiwan yang terancam mahu pupus dek kerakusan manusia.

Tak ada challenge

Macam main permainan juga. Bila sudah sampai level paling tinggi, lawan boss, macam dah tak best nak main lagi.

Si lelaki tercari-cari sesuatu yang dia boleh buktikan pada si perempuan.

Buat-buatlah merajuk. Untung nasib dia pujuk. Nasib tak baik, kena tinggal.

Tanda lelaki tak suka kita, dia lebih pentingkan kawan-kawan

Bila kawan Whatsapp, laju dia reply. Bila pasangan hantar mesej, bukan main lama mahu dapat balasan.

Hanya bluetick sahaja dapat.

Kenapa lelaki ego? Adakah kerana dia mahu tunjuk yang dia power depan kawan-kawan.

Cubalah tanya. Silap haribulan, lagi meningkat tahap ego dia.

Tanda lelaki tak suka kita, dia malas melayan

Lelaki ada lagi banyak perkara yang dia perlu fikir. Ingat dia ada masa untuk melayan si perempuan setiap saat dan masa.

Maka mulalah si perempuan bermonolog; “Tapi kenapa dulu dia boleh mesej hari-hari? Sekarang lain”

Misteri bukan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : Says

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *