Hiburan

Tomok Buang Perasaan Malu, Tak Kisah Belajar Mengaji Dgn Isteri Sendiri

Baru-baru ini Tomok ada memuat naik gambar isterinya, Ayu Abas mengajar anak-anak mereka mengaji.

Bukan itu yang jadi perhatian, sebaliknya netizen teruja melihat Tomok yang turut dilihat belajar mengaji dengan isterinya.

Menurutnya, penyanyi itu lega kerana hari tersebut Ayu tak memegang rotan.

Tak macam sebelum ini Tomok ada memuat naik gambar isterinya itu mengajar mengaji sambil memegang rotan.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi diterima dari netizen.Mereka memuji-muji pasangan berkenaan yang dilihat sama-sama menuntut ilmu agama.

Malah Tolomk juga dipuji kerana tidak ego dan tak kisah belajar mengaji dari isterinya.

Tomok dan Ayu berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga orang anak.

Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke syurga.

“alhamdulillah hari ni takda rotan kat sebelah” tulis Tomok berserta gambar dia sedang khusuk belajar mengaji dengan isteri

Berikut reaksi dari netizan

“MashaAllah abang bangga saye kepada abang tak pernah malu untuk belajar mengaji kepada Istri. Abang macam abah saye, abah saye pun belajar mengaji dengan Emak saye, sebab Ayah saye seorang Muallaf , Abah saye terlahir dari seorang Atheis terus pindah ke Kristen Khatolik dan Alhamdulillah sekarang Abah saye seorang Muslim… saye tengok abang Tom belajar mengaji dengan Dibu, saye jadi teringat Abah saye yang belajar mengaji kepada Emak saye”

Terdahulu Penantian penyanyi Tomok dan isteri selama 5 tahun untuk memiliki anak perempuan akhirnya termakbul. Pada 4 Jun 2020 yang lalu isteri Tomok, Ayu Abas telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 1.25 petang (selepas azan Zohor).

Bayi seberat hampir 3kg itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan sekitar ibu negara. Nampaknya Arrian dan Andra masing-masing sudah bergelar ‘Abang’! Bertambah meriahlah keluarga kecil mereka dengan kehadiran ‘orang baru’ yang diberi nama Siti Khadijah Shah Indrawan.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail merupakan vokalis kumpulan New Boyz yang popular era 90an mendirikan rumahtangga dengan Ayu Abas pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid Shah Indrawan, 8, dan Andrashah Iman Shah Indrawan, 5.

Tiada apa hendak dimalukan belajar ngaji pada usia lanjut

BELAJAR mengaji pada usia lanjut adakalanya membibitkan perasaan malu bagi segelintir orang. Namun, rasa itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama. Sementelah, menuntut ilmu itu merupakan kewajipan ke atas setiap insan.

Ya, barangkali perasaan itu terbit kerana sifat rendah diri mereka yang buta huruf, merangkak-rangkak mahupun tidak fasih dalam soal hukum tajwid.

Namun, ketahuilah itu hanya pandangan kita semata-mata. Hakikatnya tanggapan itu hanya akan merugikan diri. Walhal, ALLAH SWT telah menjanjikan ganjaran buat hamba-hamba-NYA yang tidak lancar membaca al-Quran, tetapi masih berusaha mempelajarinya.

Sabda Rasulullah SAW: “Seorang yang lancar membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH. Adapun, yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya usia bukanlah penghalang untuk seseorang itu belajar dan berjaya. Begitu juga apabila kita belajar mengaji. Tidak kiralah berapa pun usia kita, jangan sesekali menyerah kalah tanpa berusaha untuk belajar mengaji dan memperbaiki bacaan kalamullah sebelum ‘menutup mata’.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *