Hiburan

Walaupvn Tak Reti Masak, Cara Sheila Rusly Ajar Elisha Tarik Perhatian

“Dapat mak mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa”

Betul tak? Bila dapat mak mertua yang baik dan sporting ni boleh diibaratkan seperti dapat cabutan bertuah lah!

Bagi yang mengikuti pelakon dan penerbit terkenal di Malaysia iaitu Sheila Rusly, pasti mengetahui bahawa baru-baru ini beliau baru sahaja menerima ‘bakal menantu’ di mana anak lelakinya, Uzair Haqimy, telah melangsungkan pertunangan bersama pelakon Elisya Sandha pada 31 Januari 2021.

Melihat kepada perhubungan Sheila dan bakal menantunya itu, mereka dilihat sangat akrab sehingga baru-baru ini, penerbit berkenaan siap membuat LIVE memasak bersama pelakon berkenaan.

Menulis di ruangan kapsyen :

“Buli Buli Kitchen

Senang giler!! @elisyasandhaofficial yang tak pandai buat pun jadi..

Chilli crab @seafoodathome_byhaq

Di dalam video berkenaan, Sheila mengajar Elisya cara-cara untuk memasak menu tersebut, siap kena usik sebab Elisya tak tahu nama menu yang hendak dimasaknya itu.

“Ni apa Sya?

“Cili Pes untuk ketam masak cili” ujar Elisya

“Mana ada ketam masak cilik dikkkk, macam mana ni sebut nama juadah pun tak reti?” usik Sheila

Video yang di muat naik berdurasi 7 minit itu turut menerima pelbagai respon dari netizen dan pengikut Sheila yang memuji beliau adalah seorang mertua yang sporting!

Betul lah orang cakap, bila berkahwin bukan bermakna kita berkahwin dengan pasangan kita sahaja, kita juga akan berkahwin dengan seluruh keluarga dia. Kan?

Elisha Tunang

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25, selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon, Elisya Sandha, 21, petang tadi.

Sheila berkata, majlis yang diadakan secara sederhana dan dihadiri 15 tetamu itu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga aktres popular, Fasha Sandha.

“Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.

“Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.

DISYORKAN UNTUK ANDA
‘Hamil atau tidak, biar kakak jawab sendiri’
Eva Mendes bertunang dengan Ryan Gosling?
Fasha nasihat adik jangan hanyut dunia glamor
‘Jangan ambil kerana saya adik Fasha Sandha’
“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,” katanya kepada BH Online.

Sheila Rusly menyarung cincin pertunangan di jari bakal menantunya, Elisya Sandha. – Foto IG Hatijah Teh Man
Sheila Rusly menyarung cincin pertunangan di jari bakal menantunya, Elisya Sandha. – Foto IG Hatijah Teh Man
Sheila berkata, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.

“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.

“Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” ujarnya.

Mengulas kriteria Elisya membuatkan hati terbuka menerimanya sebagai bakal menantu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mendedahkan, selain gadis idaman Haq, pelakon Misteri Mona itu juga diyakini mampu membahagiakan anak sulungnya itu.

“Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.

“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” cerita Sheila.


Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Sementara itu, Elisya ketika dihubungi meluahkan rasa syukur dengan statusnya sebagai tunangan orang.

“Maaf saya agak sibuk hari ini. Apa-apapun, Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik. Terima kasih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Majlis pertunangan itu turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial mereka.

Perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah apabila masing-masing gembira dengan penyatuan dua keluarga itu.

Sumber : Instagram Sheila Rusly

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *