Uncategorized

Wawa Zainal dpt DM dakwa suami buat ‘sesuatu’ dgn perempuan lain. Tapi ayat awek tu memang kelakar habis

Siapa sahaja tidak kenal dengan pasangan selebriti romantis, Wawa Zainal dan Aeril Zafril di mana gelagat ‘sweet’ mereka sering mencuri perhatian ramai ini?

Baru-baru ini, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin meluahkan rasa syukur atas hari ulang tahun perkahwinannya bersama suami menerusi laman sosial Instagram @w4w4_zainal.

Happy anniversary Wawa dan Aeril!

“Tak boleh bayangkan hidup tanpa awak. Doakan kekal hingga akhir hayat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bukan sekadar suami sahaja, tetapi pelakon berusia 30 tahun itu turut menganggap Aeril sebagai teman sebilik, ‘business partner’ dan sahabat baik. Bak kata orang, seperti ‘soulmate’ sehati sejiwa.

Namun, siapa sangka hari bahagia mereka itu dicemari dengan perbuatan tidak sopan seorang individu yang tidak dikenali di Instagram.

Seram baca DM mencurigakan

Semalam, pelakon drama ‘Sejadah Untuk Dia’ itu memuat naik ‘posting’ memaparkan ‘DM’ individu yang mengaku sebagai kawan baik kepada suaminya.

Apa yang mengejutkan adalah individu itu mendakwa Aeril melakukan perkara tidak senonoh bersama perempuan lain di sebuah hotel!

Malah, ia lebih mencurigakan apabila gaya bahasa Melayu yang digunakan oleh individu itu agak pelik dan sukar difahami kesahihannya.

“Seram betul ya zaman sekarang ni,” tulis Wawa.

Berniat untuk fitn4h suami

Meninjau ke ruangan komen, majoriti netizen berpendapat mesej tersebut menggunakan fungsi ‘Google Translate’ dan hanya satu percubaan untuk memfitnah suaminya serta menimbulkan kekacauan dalam rumah tangga mereka.

Bukan itu sahaja, perkongsian terbabit makin membuat netizen terhibur apabila melihat kemunculan komen Aeril sendiri yang kononnya cuba menjelaskan ‘situasi sebenar’.

Kami cuma membuat ‘homework’ je

Tolong periksa ‘handphone’ Aeril Dia cakap apa tu?


Seram tapi kelakar Ingat Aeril pandang ke diri dia

Wawa dan Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 33, berkahwin pada tahun 2013 secara rahsia sehingga mengejutkan banyak pihak.

Walau bagaimanapun, setelah berkahwin selama sembilan tahun, mereka kini dilihat hidup bahagia bersama tiga orang cahaya mata.

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal merupakan antara pasangan yang sangat romantis. Mereka juga tidak segan berkongsi aktiviti seharian mereka bersama keluarga di media sosial buat tatapan peminat.

Menerusi perkongsian doktor perubatan dan pakar motivasi terkenal iaitu Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad di Instagram, beliau ada memuat naik satu ‘posting’ perbualan bersama pasangan romantis itu membahaskan isu perkahwinan.

Menerusi video berdurasi lebih kurang tiga minit berkenaan, pasangan selebriti tersebut berkongsi mengenai perjalanan rumah tangga mereka yang dipenuhi dengan suka duka.

Pada awal perkahwinan, pasangan ini memaklumkan pernah dihentam kontroversi cukup hebat melibatkan pernikahan mereka yang sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan serta sumber pendapatan.

Wawa akui pernah minta cer4i

Dalam pada itu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengakui dia pernah meminta cerai daripada Aeril kerana ketika itu usianya masih muda dan masih belum matang.

Bagaimanapun, berkat kesabaran yang dimiliki oleh Aeril, perkahwinan mereka kekal sehingga kini.

“Pada waktu itu Wawa masih muda, kita sejenis belum matang maksudnya sikit-sikit gaduh, sikit-sikit benda yang kecil diperbesarkan. Sikit-sikit tanpa berfikir panjang, ‘eh kau ceraikan aku’.
“Saya belajar daripada sikap Aeril untuk menjadi seorang penyabar. Masa tu Aeril sangat sabar melayan Wawa.” Ujarnya

Aeril banyak sabar

Selain itu, pelakon jelita itu turut menjelaskan bahawa dia banyak belajar melalui sikap Aeril yang penyabar dan menegaskan pentingnya sikap bertolak ansur dengan pasangan masing-masing.

“Alhamdulillah, Wawa pun tak sangka kami bertahan sehingga sekarang, sembilan tahun perkahwinan yang mana Wawa banyak terinspirasi daripada Aeril. Banyakkan bersabar dan bertolak ansur dengan pasangan masing-masing,” luah Wawa.

Sekadar makluman, Wawa dan Aeril Zafrel berkahwin pada tahun 2013 secara rahsia sehingga mengejutkan banyak pihak.

Walau bagaimanapun, setelah berkahwin hampir lapan tahun, mereka kini dilihat hidup bahagia bersama tiga orang cahaya mata.

Rezeki makin luas selepas Wawa Zainal ubah sikap – “Sebelum ini saya suka bergaduh, s4kitkan hati Aeril Zafrel”

PELAKON Wawa Zainal mengakui rezekinya sekeluarga lebih terbuka luas selepas dia mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suami iaitu Aeril Zafrel.

Dalam hal ini, Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 29, berkata, dia percaya mengutamakan pasangan dan keluarga merupakan kunci kebahagiaan.

“Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap saya… sebelum ini saya suka bergaduh, sakitkan hati Aeril dan suka cari fasal.

“Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan! Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik.

“Apabila saya nilai semula, sekarang saya percaya kalau kita jaga hubungan dengan suami dan utamakan keluarga, InsyaAllah rezeki murah!” katanya kepada mStar.

Pasangan selebriti ini sering menerima pujian masyarakat apabila masing-masing dilihat menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni dan bahagia.

Malah mereka juga dijadikan contoh oleh segelintir pasangan yang baru memasuki alam perkahwinan.

Rasanya semua orang tahu diawal perkahwinan kami diuji dengan macam-macam ujian.

Sementara itu, Aeril pula mengakui hubungan mereka juga pernah diuji, namun dia sentiasa bersabar dan berpegang kepada prinsip sesebuah ikatan perkahwinan.

“Ramai tanya rahsia kekalkan keharmonian rumah tangga… tipulah kalau kita kahwin tak ada masalah!

“Rasanya semua orang tahu diawal perkahwinan kami diuji dengan macam-macam ujian tapi paling penting kami menyokong satu sama lain dan saling memaafkan.

“Masa mula-mula kahwin tu memang ada gaduh tapi apabila dah jadi suami isteri baru kita tahu 100 peratus tentang perangai pasangan dan dalam tempoh itulah ujian sebenarnya, ” ujarnya.

Wawa dan suami yang juga pelakon Aeril Zafrel berkahwin pada 2013.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5 dan Aya Soffya kini berusia 7 bulan.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *