Hiburan

Gelakkan Cikgu Sampai Kena Gantng Kerja, DJ Radio Tampil Berusara

PETALING JAYA – Hitz FM meng.gantung sementara tugas penyampai radio lelaki Hitz FM Sarawak berhubung perbu.atannya mentertawakan seorang guru di saluran DidikTV yang dik.ecam netizen hari ini.

Hitz FM dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan pihaknya mengambil seri.us akan ti.ndakan penyampai radio berkenaan.

“Hitz komited untuk menghiburkan dan menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia, dan dengan ikhlas memohon maaf atas kertela.njuran penyampai tersebut.

“Kami ambil se.rius perkara ini dan akan menjalankan si.asatan dalaman berhubung perkara ini. Buat masa ini, penyampai tersebut akan digan.tung tugas,” jelasnya.

Dalam kenyataannya menerusi satu video di Facebook, Yusuf akui silapnya atas tindakkannya yang dikatakan agak keterlaluan itu dan memohon maaf kepada guru tersebut.

Saya rasa saya tak patut gelakkan dia”

Katanya lagi, dia menyedari bahawa dalam program itu, guru-guru yang terlibat dalam program tersebut mengajar secara sukarela.

“Saya baru sahaja menyedari bahawa dalam program ini, guru-guru ini sebenarnya suka rela mengajar di hadapan kamera Saya rasa saya tak patut gelakkan dia, saya ingin meminta maaf atas tindakan saya kepada ahli keluarga, guru-guru dan mereka yang tersinggung dengan video yang saya dah buat tu.”

Terdahulu, gara-gara memuat naik video TikTok menggelakkan seorang guru bahasa Inggeris, penyampai radio tersebut menerima ke.caman hebat daripada netizen.

Yusuf juga meminta bantuan netizen yang mengenali guru tersebut dengan harapan dapat menghubunginya untuk memohon maaf secara peribadi kepada guru itu dan ahli keluarganya

Dalam masa yang sama, Yusuf juga membuat keputusan untuk rehatkan diri sebentar dari media sosial.

Atas teguran dan kritikan netizen, Yusuf menjelaskan bahawa dia bersikap terbuka dengan komen netizen terhadapnya kerana bagi Yusuf, ia dapat memberi pengajaran kepadanya untuk lebih peka dengan sensitiviti dalam sesuatu perkara.

Harap dapat lah warganet bantu dirinya untuk tebus balik kesalahan yang dia dah lakukan.

Sementara itu, HitzFM Sarawak telah membuat kenyataan dan sedang menjalankan siasatan dalaman. Malah, dia dig4ntung tugas buat masa ini.

Video memaparkan penyampai itu mentertawakan aksi seorang guru wanita yang sedang mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk saluran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disifatkan sebagai k.urang ajar.

Tular pasal cikgu Sains yang mengajar di Didik TV dikecam kerana ada istilah salah, sebutan tak ada slang mat saleh, pronounce kureng dan grammar tak betul.

1. Mengajar secara LIVE atau dikonti TV tidak mudah walau untuk mereka yang berpengalaman.

2. Bukan semua orang boleh beraksi dengan natural bila tahu ribuan mata bakal memandang. Maka panic, kesilapan mudah akan berlaku.

3. Guru ini bangsa Melayu. Lahir dan membesar di negara Malaysia. Nak harap dia cakap English slang macam mat saleh? Gila. Sama macam kau suruh mat saleh yang belajar Bahasa Melayu cakap macam kita cakap. Boleh?

4. Beliau guru Sains. Bukan guru English. Keberanian beliau nak tampil ke depan untuk mengajar tu pun dah satu rahmat dan patut dipuji, bukan dikeji.

5. Mata beliau memandang skrip masa mengajar. Kesilapan istilah dan grammar, besar kemungkinan salah dalam skrip yang ditulis. Patut ada pihak professional semak dahulu skrip, patut ada yang proofread sebelum luluskan skrip. Kesilapan dan kelemahan bab ni perlu diperbaiki.

6. Objektif pembelajaran adalah subjek Sains. Maka kesalahan sedikit sebanyak grammar sepatutnya tidak menjadi isu pun. Ilmu dapat disampaikan, murid faham, objektif tercapai. Lain la jika subjek English. Dan sekali lagi, jika ada pihak yang mahir dalam Bahasa Inggeris yang proofread skrip dan semak semua grammar dan istilah sebelum rakaman bermula, pasti lebih baik. Grammar yang betul dapat diguna dalam kelas adalah lebih baik walau bukan subjek English.

7. Mengecam, menyindir, memalukan sesuatu pihak seakan menjadi budaya dalam sesetengah masyarakat kita. Tajuk cerita diperbesarkan, martabat guru diperlekehkan. Ada pihak guna tajuk “Macam ini level cikgu negara kita?” hanya kerana kesalahan kecil. Ada salah, tegur melalui saluran yang betul tanpa perlu memalukan dan menjatuhkan martabat sesiapa.

8. Percayalah. Dalam menuntut ilmu ini perlu ada keberkatan. Dan keberkatan itu terletak pada redhanya seorang guru. Guru bukan maksum, ada salah. Kesalahan itu perlu ditegur dengan cara yang betul, bukan dijadi bahan gelak ketawa dan dipersenda.

9. Yang mana hebat sangat mengecam itu ini, cuba tawarkan diri mengajar secara LIVE atau di TV. Nak juga tengok hebat tara mana sampai kecam macam sempurna sangat ni.

10. Buat guru tersebut, anda hebat. Anda sangat berani. Pedulikan kata-kata negatif netizen. Ambil yang positif dan terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa. Saya sangat kagum dan bangga dengan cikgu.

Sekian, terima kasih.

Kredit : KosmoOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *