Amalan

Zul Yahya Bandingkan Sijil Degree Dgn Daj.jal, Sekali Kena Sekolahkan Dgn Cikgu Fadli Salleh

Pelakon Zul Yahya mengajak orang ramai memperbanyakkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia termasuk mengejar kehidupan dunia sehingga lalai menjadi umat Muhammad yang berguna.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook berkata, w4bak C0vid-19 yang menimbulkan kegelisahan masyarakat dunia dianggap sebagai peringatan Allah SWT untuk hambaNya yang banyak melakukan dosa.

Mengakui dirinya masih jahil, pelakon berusia 47 tahun itu meluahkan perasaan sedih apabila kehidupan ketika ini sudah terbatas kerana masjid dan surau telah ditutup bagi mengelak penularan wabak tersebut.

“Kita tak boleh lagi bebas macam dulu, bebas untuk beribadah. Allahuakbar! Ini pengajaran bagi kita. Iman masih lagi belum sempurna.

“Cukuplah, kita dah banyak buat kemungkaran dan perkara Allah tak suka. Banyak maksiat berlaku, perlakuan s0ngsang,” katanya.

Dalam video berdurasi 23 minit 11 saat itu, Zul menyeru orang ramai menghidupkan suasana masjid di dalam rumah dengan melakukan amal ibadah dan memperbaiki diri masing-masing.

“Sentiasa lihat kebesaran Allah SWT, jangan lagi lihat kebesaran dunia. Tengok Allah hantar makhluk yang kecil je, huru-hara dah satu dunia.

“Sampai bila kita nak biarkan masjid sepi? Sepi tiada tangisan dan amalan. Tiada apa-apa ibadah di masjid.

“Kita yang ada agama pun tak dapat nak tunjuk agama kita pada orang tiada agama. Allah dah sediakan syurga untuk kita tapi kita tak nampak,” ujarnya.

Dalam perkembangan terkini, Bekas pelakon Zul Yahya nekad memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah demi memberikan pendidikan agama yang lebih mendalam sebagai bekal ke akhirat.
Jelas Zul, dia tidak menidakkan sistem persekolahan di Malaysia sebaliknya percaya pada ketentuan qada’ dan qadar serta rezeki Allah.

“Saya dan isteri berpakat ini jalan yg terbaik. Hari ini bukan zaman nak kejar anak dapat berapa A tapi ilmu akhirat yang masih lagi nipis.

“Mereka memang sudah diberhentikan sekolah. Apa yang dipentingkan adalah ilmu agama. Dalam agama pasti ada kejayaan, bukan di akhirat tetapi di dunia lagi,” kata Zul Yahya dalam sesi siaran langsung di Facebook baru-baru ini.

Cikgu Fadli Salleh tampil berkongsi pendapat beliau di FB

Dalam hal ini, aku ada setuju dan tidak dengan Zul Yahya.

1. Kalau ikut Akta Pendidikan, ibubapa di Malaysia wajib hantar anak ke sekolah sekurangnya hingga darjah enam atau mereka boleh didenda RM5000 atau penj4ra atau kedua-duanya. Nak homeschooling, hantar masuk pondok ke apa, selepas umur 12 tahun lah. So, kalau dia nak hentikan anak-anak dari bersekolah rendah, aku tak setuju.

2. Jika selepas usia 12 tahun dia tak nak hantar anak ke sekolah Kebangsaan/swasta sebaliknya hantar anak tahfiz, dalami ilmu agama, persiap diri anak-anak dia dengan ilmu keagamaan dan seumpamanya, kenapa tidak kita menghormati pendapat dia. Itu hak dia. Itu keputusan dia untuk anak-anak. Itu aku setuju.

3. Aku setuju lulusan tidak menjamin rezeki anak-anak kita. Aku juga setuju degree dan master (dalam bidang duniawi) tak mampu selamatkan anak-anak dari d4jjal.

4. Cuma aku tidak setuju ayat sinis beliau seolahnya degree dan master itu tidak ada guna kepada orang Islam tambahan kita diakhir zaman. Jika degree dalam bidang hadis, master dalam bidang Fiqh, bahkan dalam bidang Sains, Medic dan seumpamanya, pasti lebih bermanfaat pada diri dan masyarakat. Tentang fitn4h d4jjal, boleh perkemaskan asas agama dan ikut saranan Nabi saw untuk elak fitn4h d4jjal.

Apa pun. Pada aku tidak patut kita mengec4m ZY berlebihan tentang isu ini. Itu pilihan dia untuk anak-anak dia, kita patut hormati hak itu selagi mana tidak menz4limi anak-anak dia, selagi mana tidak mel4nggar Akta Pendidikan.

Begitulah.

#MFS

Dalam pada itu, Cikgu Fadli juga berkongsi perancangan beliau untuk anak-anak

“Jika tanya pendapat peribadi aku tentang perancangan pendidikan anak-anak aku sendiri, aku suka ikut flow pendidikan anak-anak biasa + agama. Sekolah biasa, petang hantar sekolah agama.Sekolah menengah kalau dapat SBP/MRSM lebih baik, jika tidak sekolah Kebangsaan biasa. Didikan agama terap juga setiap cuti sekolah hantar ke tahfiz terdekat ke, bengkel hafalan MADAD ke, pondok ke apa. Kemudian jika ada rezeki ke University belajar sampai degree, master, PhD kalau mereka mampu.
Keluar University bekerja dan berkeluarga. Jika tak layak masuk University, jika mereka tak minat, aku nak hantar belajar kemahiran yang sesuai, train buka bisnes sendiri, ajar cari rezeki melalui cara lain. Seimbangkan dunia dan akhirat. Itu kalau aku lah. Dan itu perancangan awal akulah, mungkin berubah mengikut masa dan situasi”

“Semoga al Qur’an dan sunnah menjadi teman karib mereka hingga ke jannah dan menjadi hafiz hafizah alim alimah serta membantu agama menyambung dakwah Nabi saw… amin yra
papa dan mama syg semua anak2 papa dan mama kerana Allah swt ,papa dan mama nak kalian berjaya dunia dan akhirat
ini harapan kami ibu bapa di penghujung dunia yg sementara ini, dunia semakin tua dunia sementara akhirat selama2nya”

Bandingkan Sijil Degree Dengan Daj.jal, Zul Yahya Berhentikan Anak Sekolah

Zul yang mendirikan rumah tangga bersama Siti Raihan Mohd Rodzi mempunyai enam cahaya mata dan tiga daripadanya perempuan.

“Ada yang tanya anak-anak nak makan apa nanti? Tak kasihankan anak-anak? Saya percaya pada qada dan qadar. Yakin pada rezeki.

“Dunia semakin tua takkan tak nampak, sistem yang datang kepada kita hari ini luar biasa dan ramai yang rasa boleh hidup lama.

“Saya sendiri sudah berusia 50 tahun, apa akan jadi pada 50 tahun akan datang. Bagaimana agama dalam diri anak-anak kita? Mampukah degree dan master menyelamatkan mereka daripada d4jjal?” soalnya lagi.

Terdahulu, Zul berkongsi pandangannya untuk tidak meneruskan persekolahan anak-anaknya di Instagram dan Facebook hingga mencetuskan pelbagai keraguan dan provokasi.

“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami dari sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka tapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak. Insya-Allah.

“Ilmu akhirat itu lebih penting dari segala-gala ilmu,” tulisnya hingga dituduh sebagai ekstrimi.s agama.

Mengambil contoh daripada dirinya sendiri yang tidak punyai sijil persekolahan, Zul menegaskan rezeki akan mencurah-curah sekiranya tidak putus usaha.

“Sijil pada anak-anak pun belum tentu berikan kehidupan. Saya pun SRP tak ada, menulis pun tak pandai tapi Allahuakbar, Allah bagi rezeki macam-macam bentuk.

“Yang penting usaha, kalau ada sijil tapi malas tak guna juga.

“Kita bukan nak tolak dunia, tapi dunia ini untuk jambatan ke akhirat. Harus ditekankan pendidikan agama betul-betul dalam kehidupan anak-anak,” katanya yang turut menganggap modul pembelajaran di sekolah ‘tunggang-terbalik’.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *