Uncategorized

ANAK BUAT PRANK KONON ‘BERGADUH’ DGN ORANG YANG DOUBLE PARK. AYAH DATANG UNTUK TOLONG

Kadang kadang kita nak balas jasa ibu dan ayah kita memang tidak boleh habis. Pengorbanan mereka untuk membesarkan kita hanya Allah SWT sahaja yang boleh balas.

Video Berada Di Bawah Artikel

Tetapi tidak salah jika kita cuba untuk menghiburkan hati mereka jika kita berkemampuan.

Seorang pengguna Facebook bernama Perodua Liza Anuar adalah seorang jurujual Perodua. Beliau memuatnaik satu moment istimewa apabila seorang anak membelikan kereta Perodua Myvi untuk ayah tanpa memberitahu ayah dia.

Kisah kasih anak kepada ayah…apepun terima kasih pada Puan Khairul Liza berurusan dengan saya di Perodua Prima Saujana Kajang..beliau belikan kereta untuk ayah nya dijohor…

Selesai urusan disini saya hubungi sales advisor perodua Johor Bharu 1 En kahiruddin untuk deliverkan kereta disana.disane adik Puan Khairul Liza, En Acid request pada saya untuk prank ayah die untuk surprisekan kereta mohon kerjasama sales advisor untuk turut serta menjayakan prank.

Alhamdllh sebak dan terharu sgt tengok mereka membahagiakan ayah…Pak cik Tahniah pak Cik dapat anak² yang soleh dan solehah yang sygkan Pak Cik…..Terima kasih team Pssb Jb 1 membantu saya untuk menjayakan semua ni…semoga Allah memberikan rezeki pada kita semua.

PRANK KERETA DIBLOK DENGAN KERETA LAIN

Apa yang mereka buat untuk prank kan ayah mereka adalah dengan buat satu kekecohan di parking kereta dimana sebuah kereta Myvi berwarna biru telah meletakkan kereta di hadapan kereta mereka.

Ayah mereka tidak tahu semua ini prank lalu datang untuk meleraikan semua tetapi alangkah terkejutnya bila dia dapat tahu kereta Myvi biru itu adalah milik dia yang dihadiahkan oleh anak sendiri.

Video:

Rata rata netizen tinggalkan komen bangga dengan usaha anak untuk gembirakan hati seorang ayah.

“Abah tengah syok makan, korang pi buat drama. Abah pun naik angin la sama!!! . Expression pakcik bila tau, mmg best. Moga bertambah murah rezeki si anak yg menyantuni abahnya. Moga Allah murahkan rezki saya/kita semua utk berbakti pd ibu bapa sementara diorg masih ada. Buat rakan² yang telah kehilangan ayah/ibu, moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman”

“Alhamdulillah. Untung nya yg masih ada ayh. Rindu kt arwah ayh. Jaga la mak ayh sebaik mgkin slagi masih hidup. Jasa mereka membesarkn kita tiada ganti”

Sumber : FB Perodua Liza Anuar

Artikel: AwattSyeikhhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *