Hiburan

“Hannah Delisha kerap men4ngis” Mentua mula bagitahu satu persatu yang jadi

KISAH di sebalik perkahwinan rah.sia pelakon Hannah Delisha dilihat semakin ru.mit apabila dia dikatakan pula sedang berdepan mas4lah dalam keluarga sendiri.

Maklumat itu didedahkan ibu mentuanya, Mariana Yati yang melahirkan rasa simp4ti dengan nasi.b menimpa menantu kesayangannya itu.

Dakwa Mariana yang juga pelakon Singapura, hubungan Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, dengan ibu kand.ungnya ke.ruh sejak sekian lama.

“Hannah itu budak baik. Kasih4n saya tengok dia, setiap hari Hannah men4angis dan sentiasa berdoa agar hub.ungannya dan ibu akan kembali baik seperti dulu

Hannah (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama keluarga suaminya, Imam Shah.”Bagi saya sebagai seorang ibu, anak kami dah pun selamat disatukan, doa yang baik-baik sahaja sudahlah. Saya memang tidak akan buat apa yang dia (mak Hannah) buat (tidak merestui perkahwinan anak).

“Siapa kita nak menolak takdir dan ketentuan serta jodoh daripada Allah SWT,” katanya yang memberi kenyataan dari Singapura ketika dihubungi mStar.

Dakwaan yang dibuat Mariana itu seolah-olah mengukuhkan lagi speku,lasi kononnya ibu kandung Hannah iaitu Noor Ashikin Ahmad tidak merestui perkahwinan anaknya dengan Imam Shah, 32, selepas wanita itu meluahkan isi hati dalam bentuk puisi melalui laman sosialnya.

Kasihan saya tengok dia, setiap hari Hannah men4ngis dan sentiasa berdoa agar hubungannya dan ibu akan kembali baik seperti dulu.

Bercerita lanjut mengenai perkahwinan Hannah dan Imam, Mariana berkata ia diadakan atas kehendak pasangan itu sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Sampai hati dia (Noor Ashikin) cakap macam itu (isu restu ibu), ini semua kerja Tuhan yang dah tentukan jodoh anak dia dengan siapa.

“Hannah kahwin pun memang tiada paksaan daripada saya atau Imam,” katanya.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai tarikh sebenar perkahwinan pasangan itu, Mariana bagaimanapun meminta tidak didedahkan.

Hubungan Hannah dan ibunya diddakwa berdepan mas4lah.

Bagaimanapun, dia mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga anak dan menantunya itu.

“Ini hal mereka, sebaiknya biar Hannah dan Imam yang beri kenyataan sendiri, saya minta maaf tak dapat ulas mengenai perkara ini,” katanya.

Terdahulu mStar memb0ngkar mengenai kekeliruan tarikh sebenar kedua-dua pasangan itu dinikahkan selepas Mariana berkongsi beberapa keping gambar sekitar majlis berkenaan.

Gambar Eleena Sui yang dikesan menjadi pertikaian mengenai tarikh sebenar Hannah dan Imam bernikah.

Foto pelakon dan pengacara Eleena Sui yang merupakan salah seorang tetamu majlis itu menjadi punca timbulnya persoalan mengenai percanggahan tarikh berkenaan.

Hasil carian mStar di Instagram mendapati pada 19 Februari 2020 Eleena pernah berkongsi gambarnya dalam persalinan yang sama dan kelihatan seolah-olah duduk di kerusi pelamin mirip majlis pernikahan Hannah.

Menerusi gambar berkenaan Eleena kelihatan berbadan langsing, berbeza dengan penampilan terbaharunya sejak awal Februari lalu yang sedang sarat mengandung anak pertama iaitu pada bulan ketika Hannah dan Imam Shah berkongsi foto pada 18 Februari 2021 dengan penampilan berpakaian nikah.

Hannah Adlina Blackburne Birch melangsungkan pernikahan bersama seorang pelakon dan model senegara, Muhammad Iman Shah Abdul Mutalib di Singapura pada 18 Februari lalu.

Warisi Bakat Seni Ibu

Mungkin tidak ramai tahu, bakat seni pelakon muda kelahiran Singapura, Hannah Delisha, diwarisi daripada ibunya, penyanyi era 80-an, Noor Ashikin.

Ibu kepada pelakon yang mula menyerlah menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer itu pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Scorpio pada penghujung tahun 80-an dan dikenali dengan lagu seperti Tiada Lagi Ucapan Sayang, Kerana Mulut dan Sinar Di Matamu.

Beliau muncul di persada seni lebih kurang sama waktunya dengan Wann, Fauziah Latiff, Ella dan Datuk Awie.

Jadi, tidak hairanlah apabila Hannah turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, malah pernah merakamkan lagu seperti Retak (2014) dan Anugerah (2016).

“Semua itu cerita lama. Sekarang saya bersyukur warisan seni diteruskan oleh anak sendiri. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Kata Noor Ashikin, beliau berbangga dengan pencapaian awal anak perempuannya itu dalam bidang seni.

“Saya amat berharap dia akan terus berpijak di bumi nyata. Semoga tumpuannya dalam dunia seni juga tidak terganggu,” katanya yang turut bertindak sebagai penasihat dan perancang kepada kerjaya seni anaknya yang akan genap berusia 21 tahun pada 27 Oktober ini.

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *