Hiburan

Zarina Anjoulie dan bekas suami umum sesuatu yg mngejvtkan. Tak sangka ini reaksi warganet

TIDAK sampai sebulan pendedahan percerraian Zarina Anjoulie dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas, pelakon sensasi itu pada Selasa mengumumkan sudah rujuk semula sebagai suami isteri.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul memberitahu keputusan itu dibuat selepas mereka mengetepikan ego masing-masing dan berbincang secara baik. Mengakui tidak mahu sewenang-wenangnya putus asa dengan perkahwinan yang sudah dibina, Zarina berkata dia dan suaminya akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga mereka.

Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak.

“Ya, betul (rujuk)… kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.

“Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik. “Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi status mengatakan dia sudah rujuk bersama Yas dan meminta mana-mana wanita berhenti menghantar mesej di laman sosial suaminya.

Zarina dan Yas bernikah pada 17 Julai tahun lalu.

Menerusi laporan mStar pada 10 Februari lalu, Zarina memuat naik video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan pencerraian mereka.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerrai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Komen Orang Ramai

Zarina Anjoulie hadir ke mahkamah, lega urusan cerai selesai – “Semua berjalan lancar… cuma sedih tak dapat cakap bye dekat Yas!”

Terdahulu PELAKON Zarina Anjoulie meluahkan rasa syukur apabila urusan penceraiannya dengan Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas dipermudahkan dan berakhir dengan baik pada Rabu.

Menerusi laman Instagram, Zarina atau nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul, 34, berkongsi video dia hadir ke Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan bagi menyelesaikan urusan tersebut.

“Assalamualaikum guys, Anju hari ini di Mahkamah Sendayan… Alhamdulillah dah selesai semua kes cerai, semuanya berjalan lancar, semua orang sangat membantu.

“Anju jumpa Yas dekat situ je, lepas tu tak jumpa sudah… cuma sedih sikit tak dapat cakap bye kat Yas tadi. Hari ini nak sambung jemput Martin dekat sekolah dan teruskan kehidupan,” katanya.

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *